
Isi Kandungan
ToggleFenomena selebriti Korea bukan sahaja hebat diperkatakan di negara mereka sendiri, malah Malaysia juga antara yang tersenarai mempunyai pengikut yang agak ramai dalam industri muzik mereka.
Sebut saja nama Blackpink, BTS atau EXO, kami pasti ramai yang meminati karya muzik nama-nama besar ini.
Namun begitu, mungkin ada yang masih tidak tahu hari istimewa selebriti kesayangan mereka.
Jadi kali ini kami nak kongsikan dengan korang antara selebriti-selebriti Korea yang menyambut birthday pada bulan September.
1. Lee Jong Suk
14 September 1989

2. Lee Jung Shin
15 September 1991

3. Kim Yoo Jung
22 September 1999

4. Jungkook BTS
1 September 1997

5. Park Jin Young
22 September 1994

6. Kim So Eun
6 September 1989

7. Song Joong Ki
19 September 1985

8. Jinwoo Winner
26 September 1991

9. Hyun Bin
25 September 1982

Siapa sini geng September?
Ernie Zakri Tampil Sebagai Cameo Dalam Drama Indonesia, Luka Cinta -“Kak Ninie Masuk Sinetron!”

Penyanyi popular, Ernie Zakri, baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila tampil sebagai cameo dalam drama Indonesia.
Drama tersebut, yang berjudul Luka Cinta, turut dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Dinda Kirana, Jerome Kurnia, dan Billy Davidson.
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Cipta Sejarah Di Indonesia, Menang Anugerah Di SCTV Awards 2024. Tahniah!
Dalam babak tersebut, pelantun lagu Ku Bersuara itu dilihat berperanan sebagai dirinya sendiri, bertemu dengan peminatnya dan memberikan pesanan berkenaan perhubungan.
Video yang memaparkan kemunculan Ernie tular di media sosial dan dikongsikan oleh pengguna TikTok @sgvszy. Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada peminatnya yang kebanyakannya berasal dari Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Anuar Zain Luah Kecewa Lagu Syamel Gagal Mara Ke AJL39 -“Antara Lagu Balada Yang Kuat Untuk Tahun Ini..”
Rata-rata peminat tidak menyangka bahawa kemunculan isteri kepada penyanyi Syamel dalam video itu adalah sebahagian daripada babak dalam drama, kerana ada yang menganggapnya sebagai temu ramah sebenar.
“Woi aku ingatkan interview tadi,” komen seorang pengguna.
ARTIKEL BERKAITAN: Sekali Lagi Figura Ernie Zakri Hiasi ‘Billboard’ New York Times Square. Tahniah!
“Kak Ninie masuk sinetron!” tulis juga pengguna lain.
Sebelum ini, Ernie Zakri juga meraih pengiktirafan di Indonesia apabila memenangi anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024, dengan lagu Masing-Masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok SgvSzy
Episod 9-16 ‘The World of the Married’ Untuk Tontonan 19 Tahun ke Atas Sahaja

Mesti korang tak sabar-sabar nak menunggu episod baru drama Korea The World of the Married malam ini bukan? Drama yang mencipta fenomena dan membuatkan ramai penonton sakit hati melihat kecurangan si suami ini sering mendapat perhatian pengguna di media sosial.
Lebih mendebarkan lagi, penerbit drama tersebut menjelaskan bahawa bermula episod 9 (malam ini) sehinggalah episod 16 (akhir), The World of the Married akan diklasifikasikan untuk tontonan 19 tahun ke atas.
Khabarnya, kandungan plot cerita untuk episod akan datang mempertarungkan psikologi di antara watak Ji Sun Woo dan Lee Tae Oh akan mula ‘menggila’.
Perubahan antara hubungan karakter-karakter tersebut saling berkaitan dan konflik yang terjadi di antara mereka akan lebih berkembang dan memberi situasi berbeza.
Bagi menjadikan konflik antara watak-watak ini lebih berkesan, pihak produksi mengambil keputusan untuk mengklasifikasikan drama ini bagi tontonan individu yang berusia 19 tahun ke atas sahaja.
Nah, korang sendiri pun mungkin dah boleh faham kenapa drama ini diubah klasifikasinya dek kerana banyak lagi scene-scene mendebarkan bakal ditonjolkan. Kalau korang pun geram dan sakit hati, rasanya drama ini memang sesuai sangatlah untuk tontonan orang dewasa sahaja. Hiks!
Fuh, tak sabar nak tengok episod 9 malam ini. Kita lihat ‘permainan’ apa yang mereka lakukan nanti.
Stay tuned!
Sumber: allkpop.com
Menghampiri Usia 5 Dekad, Bintang Utama Mis Tres Hermanas Kekal Anggun & Awet Muda

Vida, Kembalikanlah semangatku, Kembalikan ketenanganku, Kurebah tanpamu …
Bait-bait lagu Vida nyanyian kumpulan Phyne Ballerz pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Lagu yang disadur ini merupakan lagu asal bertajuk A Puro Dolor yang merupakan runut bunyi drama bersiri Mis Tres Hermanas nyanyian asal kumpulan Son by Four.
Mis Trez Hermanas merupakan drama bersiri Venezuela yang cukup popular di awal 2000-an. Memiliki lebih 150 episod ternyata drama bersiri ini berjaya mencuri hati penonton di Malaysia menerusi jalan cerita yang penuh dengan debaran, cinta dan kisah tragis.
Melihat kembali kepada jalan ceritanya, drama ini tidak akan berjaya tanpa persembahan hebat daripada pelakon utamanya, Scarlet Ortiz. Merupakan seorang pelakon dan model latin terkenal, keanggunan Scarlet memukau pandangan.
Kini setelah lebih 20 tahun berlalu dan mencecah usia 49 tahun, pemilik nama penuh Hevis Scarlet Ortiz Pacheco ini bahagia sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan. Dia berkahwin dengan rakan aktor dan juga model, Yul Burkle yang turut berperanan dalam drama bersiri Mis Tres Hermanas.
BACA JUGA: Kekal Awet Muda, Bintang Utama Pangako Sa Yo Masih Kacak Seperti 23 Tahun Lalu
Mengimbau kembali penglibatannya dalam dunia seni, Scarlet bukanlah orang asing. Dia memulakan langkah dalam dunia penuh gemerlapan dengan menyertai pertandingan ratu cantik Miss Venezuela pada tahun 1992.
Ketika menyertai pertandingan tersebut, dia baru berusia 18 tahun. Walaupun tidak berjaya sebagai pemenang, namun tuah menyelabahi. Bintangnya cukup bersinar. Kekal awet muda biarpun sudah mengampiri usia 50 tahun, Scarlet masih lagi kekal anggun seperti dahulu.
Figuranya masih terjaga rapi, kulitnya cukup mulus dan rambutnya kekal hitam berkilat dan lebat. Tidak keterlaluan penulis menyatakan yang di saling tak tumpah sama seperti 22 tahun yang lalu ketika drama bersiri Mis Tres Hermanas mula menemui peminat.
Membintangi puluhan drama dan filem, anak kelahiran Caracas ini turut melebarkan sayapnya sebagai seorang pemain teater pada tahun 2012 menerusi pementasan bertajuk Las Quiero a las dos.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.