Selain Stranger Things, 5 Siri Netflix Ini Juga Direkomen Untuk Ditonton!

Share

 Sebenarnya banyak drama menarik lain kat Netflix tau! 

Minggu ini tentunya sangat memuaskan hati peminat siri Stranger Things apabila musim ketiga drama tersebut kini boleh diakses di aplikasi Netflix. 

Namun begitu, jangan tak tahu ya bahawa ada lagi drama-drama lain yang not bad untuk ditonton di aplikasi tersebut.

Bukan sahaja ia mempunyai mesej tersendiri namun plot twist drama tersebut pasti membuatkan korang mind-blown!

The Chilling Adventure Of Sabrina

Mengisahkan Sabrina yang merupakan separuh manusia dan separuh ahli Sihir. Selama 16 tahun dia mempunyai kehidupan yang normal hinggalah semasa usiannya mencecah 16 tahun.

Umbrella Academy

Cerita ini berkisarkan 7 orang yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Dibesarkan oleh seorang bapa angkat yang tidak berperikemanusiaan, kesemua  mereka mempunyai satu tujuan sahaja iaitu menjadi superhero. Semua berubah bila bapa angkat mereka meninggal dunia dan harus bersatu kembali untuk merungkai kematian bapa angkat mereka itu.

The Haunting Of The Hill House

Cerita ini berkisarkan satu keluarga yang tinggal di sebuah rumah berhantu yang seterusnya membawa kepad tragedi yang menghantui mereka hingga bertahun lamanya.

You

Drama  ini mengisahkan obsesi seorang lelaki kepada seorang wanita hingga dia sanggup melakukan apa sahaja untuk wanita tersebut. Sekali pandang macam lelaki itu tidak bahaya namun sebenarnya…

Sex Education

Drama komedi yang menceritakan kisah-kisah yang dihadapi remaja ketika membesar. Cukup menyeronokkan!

 

IKLAN