Memandangkan kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diseluruh negara disebabkan kenaikan kes pandemik Covid-19 yang membimbangkan.
Seperti biasa, orang ramai digalakkan duduk dirumah bagi mengurangkan jangkitan pandemik maut ini. Namun, bagi individu yang terpaksa keluar berkerja dan bertugas sepanjang PKP perlu mengemukakan surat kebenaran jika melalui sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh pihak polis.
Tapi untuk pengetahuan korang semua, mulai esok 8 Jun 2021 hanya 10 jenis surat yang diterima pakai oleh pihak polis ketika melalui (SJR) . 10 surat kebenaran dari agensi dan kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan 9 senarai dibawah.
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) – bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan
- Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) – bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) – bagi sektor pertanian/ perikanan /penternakan /perladangan dan komoditi
- Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi – bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi
- Bank Negara Malaysia (BNM)– bagi sektor institusi kewangan / insurans
- Suruhanjaya Sekuriti (SC) – bagi sektor urusniaga saham
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – bagi sektor kecil/penjaja gerai makanan
- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (SKMM) – bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran
- Kementerian Dalam Negeri (KDN)– untuk semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berada dibawah KDN
- Polis: Surat kebenaran daripada polis akan dikeluarkan untuk mereka yang bekerja sendiri, dan juga kebenaran melintasi sempadan untuk urusan kecemasan dan pengebumian.
Tambahan
- Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan 20% pula, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui CIMS 3.0 MITI. Bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dan kes-kes yang baharu (Reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.
- Bagi pekerja sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen / invois pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one-off iaitu bagi tempoh 2-3 hari sahaja. Surat penegsahan dariapda majikan perlu dikemukakan sebagai bukti.
Diperintahkan untuk patah balik
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan mengatakan bahawa semua surat itu, berdasarkan sektor yang diluluskan, akan diterima di sekatan jalan raya untuk pergerakan antara rumah pekerja dan tempat kerja mereka dalam tempoh sekatan pergerakan penuh.
Acryl mengatakan bahawa semua surat mesti bertarikh dari 1 Jun, dan sesiapa yang dijumpai tanpa surat atau izin yang telah tamat sekiranya ditahan di sekatan jalan akan diperintahkan untuk patah balik.
Ini tidak bermakna korang boleh cari ‘jalan tikus’ pula ya. Atur perjalanan dengan baik dan jangan keluar rumah sekiranya tidak ada urusan penting. Bagi mereka yang perlu bekerja, mungkin informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu korang.
Semoga korang semua jelas dengan info ini.
Sumber: Kosmo