Selain daripada digunakan untuk berkumur dan memastikan mulut anda tidak berbau. Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang anda tak pernah tahu.
ARTIKEL BERKAITAN : 13 Tip Kecantikan Ringkas Tapi Efisyen Guna Jeli Petroleum
10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh anda amalkan.
1. Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak. Listerine mampu menghilangkan bau tengik ketiak anda dan memberikan bau yang lebih segar.
2. Hilangkan Kegatalan Akibat Gigitan Serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
3. Membasmi Kuman di Mangkuk Tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
4. Membantu Hilangkan Kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine ke atasnya. Urut Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga terasa sejuk. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih jimat daripada bayar rawatan kelemumur di salon.
5. Menghilangkan Kutu di Bulu Haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
6. Membersihkan Muka yang Berjerawat
Sapukan sedikit Listerine ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Hebatkan!
7. Membasmi Kuman di Berus Gigi
Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah boleh gunakan tanpa was-was berus gigi anda!
8. Bersihkan Skrin TV atau Monitor Komputer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
9. Hilangkan Bau Busuk di Dalam Tong Sampah
Tong sampah di rumah jika berbau boleh ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan Masalah Kaki Anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Bolehlah anda cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.
BACA LAGI: Punca Jerawat Kerap Muncul Di Dagu & Cara Lenyapkannya Ikut Saranan Doktor
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.