Kontroversi besar melanda dunia fesyen dan sukan baru-baru ini apabila model terkenal, Bella Hadid telah dipecat dari Adidas atas kontroversi yang melibatkan sokongannya terhadap Palestin.
Ia susulan Adidas melancarkan iklan terbaru mereka sempena peringatan Olimpik Munich 1972, di mana Bella Hadid dipilih sebagai model untuk mempromosikan kasut sukan SL72 yang pertama kali dilancarkan pada acara tersebut.
Walau bagaimanapun, kempen yang sepatutnya meriah itu berubah menjadi sebuah kontroversi apabila Israel mengkritik pemilihan Bella Hadid sebagai model Adidas.
Kredit: Elle
Kritikan itu berlandaskan 11 atlet Israel dibunuh oleh penyerang Palestin ketika suatu tragedi berlaku di Munich. Israel turut menuduh Bella Hadid sebagai anti-semitik dan menyatakan bahawa pelantikannya sebagai model itu tidak patut berlaku.
Ads
Disebabkan desakan dan tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk di media sosial yang menyuarakan rasa kurang senang terhadap jenama terkenal itu. Adidas telah mengambil keputusan mendadak dengan ‘memecat’ atau membatalkan Bella Hadid dari mana-mana kempen iklan mereka.
Dalam pada itu, sebarang bentuk promosi yang melibatkan Bella, bermula dari poster hingga video telah ditarik semula secara berperingkat.
Ads
Kredit: Page Six
Jenama Adidas juga turut mengeluarkan permintaan maaf kepada model berusia 28 tahun itu atas insiden yang berlaku. Mereka turut menyatakan bahawa mereka khilaf dan tidak sedar implikasi sensitif daripada pemilihan Bella sebagai model.
Ads
Meskipun begitu, Bella Hadid tetap mendapat sokongan dari orang ramai dan kini Adidas pula telah mendapat kritikan ramai pihak.
Susulan itu, Bella Hadid dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang selepas dipecat sebagai model Adidas. Model itu turut berpendapat bahawa Adidas telah gagal bertanggungjawab atas keputusan mereka dan telah memburukkan nama baiknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Bagi rumah yang tiada penghawa dingin lebih terasa kehangatannya.
Memetik laporan dari BERNAMA, beberapa kawasan di utara semenanjung terutama di Sik, Kedah dan Chuping, Perlis diramalkan akan mengalami kemuncak suhu panas sehingga 40 darjah Celcius pada akhir bulan ini atau awal April.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kemuncak suhu panas itu akan berlaku berikutan fasa penghujung monsun timur laut.
“Sekarang ini suhu akan terasa makin panas. Apabila sampai ke suhu yang kemuncak iaitu sekitar hujung Mac ini atau awal April, kita jangkakan suhu di beberapa kawasan akan mencapai sehingga 38 darjah Celcius.
“Bila suhu panas mencapai kemuncak, suhu di satu atau dua kawasan mungkin berada di tahap kedua iaitu tahap suhu maksimum boleh melebihi 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dan kawasan panas ini biasa berlaku di Sik dan Chuping,” katanya.
Mohd Hisham berkata, berdasarkan status gelombang haba ketika ini, lapan kawasan di negeri utara iaitu masing-masing di Chuping, Perlis; Kota Setar, Pendang, Sik dan Kulim di Kedah serta Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak berada di tahap berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian mencapai 35 hingga 37 darjah Celcius.
“Bulan lalu, hanya tiga kawasan iaitu di Chuping, Sik dan Kota Setar yang berada di tahap berjaga-jaga, tetapi sehingga semalam jumlah kawasan yang berada di tahap berjaga-jaga meningkat hingga lapan kawasan,” katanya.
Chuping dijangka mengalami cuaca panas sehingga 40 darjah celsius pada hujung bulan ini
Bagaimanapun, Mohd Hisham berkata kemuncak suhu panas dijangka tidak berpanjangan dan suhu akan kembali beransur normal apabila berganti dengan fasa peralihan monsun pada April atau awal Mei.
“Kemuncak suhu panas ini hanya sekejap dan akan beransur reda kerana ketika fasa peralihan monsun biasanya jumlah hujan akan lebih banyak iaitu sekitar 200 hingga 300 milimeter (mm) sebulan berbanding ketika ini hanya 50 mm sebulan.
“Kita juga sedang pantau bila monsun timur laut ini akan berakhir. Kita lihat sekurang-kurangnya 21 haribulan (Mac) dan ke atas ia (monsun timur laut) akan tamat dan bila peralihan monsun, kita akan menerima hujan kebiasaannya setiap petang,” katanya dan menambah fenomena cuaca panas ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara.
Orang ramai digalakkan menggunakan payung bila berjalan di tengah panas bagi mengelak strok haba
Ketahui risiko strok haba
Bila terdedah kepada cuaca panas berterusan, masa yang sama berolahraga, tubuh akan terdedah kepada kehilangan air dengan sangat cepat. Tentu korang pernah dengar tentang strok habakan.
Apa yang dimaksudkan dengan strok haba ini?
Strok haba terjadi bila tubuh kekurangan air akibat cuaca panas berterusan terutama mencecah 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celsius.
Kita digalakkan meminum air dengan banyak dan tidak terlalu terdedah kepada cuaca matahari secara terus dalam situasi Malaysia hadapi cuaca panas begini
Dalam hal ini, andai berlaku strok haba, korang berpotensi alami dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak selain bermasalah pada organ dalam badan. Boleh jadi koma dan seterusnya kematian.
Tanda dan Gejala
Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
Denyutan jantung menjadi cepat
Pernafasan cepat dan pendek
Tekanan darah menurun
Badan kering dan panas
Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
Rasa kepala berpusing
Pening
Rasa mual
Sawan atau pengsan
Rawatan di tempat kejadian :
Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
Sejukkan mangsa dengan selimut yang lembap atau siram dengan air sejuk.
Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.
Pencegahan
Jangan lakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
Banyakkan minum air kosong 3-4 liter sehari
Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itulah yang dapat kami gambarkan mengenai majlis pernikahan serta resepsi anak perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Ally Mukhriz yang berlangsung pada hujung minggu ini.
Menariknya, Ally tak sekadar mengharapkan khidmat jururancang acara saja. Dia turut melibatkan ahli keluarganya termasuklah ayahnya sendiri sepanjang tempoh merancang.
“Banyak perancangan yang perlu kami lakukan. Berbanding majlis pertunangan tempoh hari ia lebih mudah kerana hanya membabitkan sehari saja.
“Majlis perkahwinan ini pula terdiri daripada akad, beberapa majlis bersanding termasuk di Kedah. Jadi saya bertuah kerana memiliki jururancang perkahwinan.
“Ahli keluarga saya juga tidak terlepas daripada merancang majlis perkahwinan saya. 10 orang semuanya termasuklah ayah dan ibu yang memberikan sokongan. Itu amat penting. Kami kerap duduk berbincang untuk mengemukakan idea dan melaksanakan.
“At the end of the day, everyone wants it to be beautiful, nice event,” katanya tempoh hari sewaktu bertemu dengan REMAJA.
Ally atau nama penuhnya, Meera Alyanna Mukhriz dan suami, Ezran Daud Cheah selamat diijab kabulkan di Kuala Lumpur kelmarin dalam persalinan serba putih.
Manakala majlis resepsi pula berlangsung semalam dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi undangan majlis.
Ally dan Ezran bersama Tengku Puteri Iman Afzan serta Tengku Abu Bakar Ahmad.
Ally dan Ezran cukup elegan dalam persalinan songket eksklusif rekaan Fiziwoo. Manakala persiapan solekan dan dandanan pula adalah hasil sentuhan Noriana serta Ckay Liow.
Ditanya mengenai apakah perancangannya selepas ini, Ally berkata dia masih sama seperti biasa dan akan kembali bekerja.
Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, kita akan meraikan dunia sinema di Malaysia sepanjang tahun 2022 menerusi acara Festival Filem Malaysia 2022 yang dijadualkan berlangsung dari Bandaraya Melaka.
Namun tahukah korang, pada minggu lalu negera Seberang, Indonesia juga telah menyelenggarakan Festival Filem Indonesia (FFI) dengan penuh sukses.
Turut dikenali sebagai Piala Citra, FFI merupakan di antara malam penghargaan anak seni Indonesia yang amat dinanti-nantikan demi mengetahui karya serta karyawan manakah yang berjaya menarik perhatian pihak juri.
Tidak cukup sekadar itu, FFI juga tekenal sebagai medan fesyen dalam kalangan selebriti Indonesia yang tidak melepaskan peluang untuk melaram! Tampil berbeza dengan acara karpet merah di negara Barat, FFI 2022 kali ini menampakkan para selebriti dalam busana yang diilhamkan daripada fabrik seni Batik Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...