“Selalu Elak Foundation Takut Muka Bercapuk” – Ikut 4 Tip Makeup Artist Ni Guarantee Jadi

Share

 

Girls, lets get real.

 

Walaupun ramai di kalangan korang yang gemar untuk ‘bersiap’ dan bersolek pada setiap hari, 3 daripada 5 orang remaja perempuan akan skip langkah awal solekan iaitu bedak asas!

Bedak asas ataupun foundation merupakan alat solek yang jarang digunakan oleh remaja kerana ia 1) Melambatkan proses bersolek 2)Merimaskan kulit dan 3) Sukar untuk dipakai.

Hhm, sebenarnya mudah je nak pakai foundation ni kalau korang tahu caranya.

Instagram

Pada acara pelancaran Matte Serum Foundation oleh Chriszen Malaysia pada minggu ini, penulis berkesempatan untuk mendapat beberapa tip berguna daripada jurusolek terkenal, Ayang Kamell berkenaan penggunaan foundation.

 

01

Pilih Warna Yang Betul

Satu masalah yang dihadapi oleh ramai perempuan semasa membeli foundation adalah mereka memilih warna yang salah. Mesti korang pernah hadapi situasi ini, semasa mencuba tester di kaunter nampak okay je warna foundation pada kulit tangan. Tapi semasa mencuba di rumah dan keluar dari rumah dengan foundation itu, muka nampak bercapuk sis!

Okay, sebenarnya warna foundation itu yang tak sesuai dengan kulit muka korang.

Instagram Lain orang, lain shades yang sesuai untuk korang.

Pertama, sepatutnya korang mencuba foundation pada jawline dan bukannya pada belakang tapak tangan. Pilih satu jawline dan ratakan foundation di situ. Tunggu hingga 15 minit dan lihat efek warnanya. Jika tidak kena dengan warna kulit, itu bukanlah foundation untuk korang.

 

02

Guna Jari Je

Ramai Beauty YouTubers selalu memakai berus ketika meratakan foundation. Kita pun terikut-ikutlah nak guna berus juga. Sebenarnya, penggunaan jari adalah lebih baik! Menurut Ayang, jari kita mempunyai garisan halus (grain) yang bagus untuk meratakan foundation

pada kulit muka.

Tapi kalau korang mekapkan orang lain, barulah perlu menggunakan berus kerana faktor kebersihan.

 

03

Terlebih Tarikh Luput

Ramai memandang rendah akan tarikh luput alat solek. Katanya, ini bukan makanan. Jadi kalau terlebih pakai seharusnya tak ada masalah. Betul ke?

Instagram Selalu,tarikh luput ni ada pada botol foundation.

Sebenarnya, kita tak dinasihatkan untuk memakai foundation melebihi tempoh yang ditetapkan. Korang boleh lihat label berbentuk tin terbuka pada botol foundation.

Jika ia menyebut 12M bermakna foundation tersebut hanya boleh digunakan untuk 12 bulan saja. 24M pula mewakili 2 tahun. Selepas tempoh tu, buang sajalah sis. Tekstur foundation pun dah tak boleh tahan lama.

 

04

Tak Tahan Lama

Akhir sekali, masalah yang selalu dihadapi adalah foundation mudah ‘luntur’ daripada wajah. Selain faktor berpeluh, sebenarnya tak ada alasan untuk foundation yang bagus luntur dalam tempoh 8 jam pemakaian.

Korang boleh pastikan ia kekal on fleek dengan memakai primer

terlebih dahulu. Bukan saja ia membuatkan foundation tahan lebih lama, malah primer yang mempunyai kandungan serum akan memelihara liang pori sebelum korang meratakan foundation.

Secara tak langsung, kulit korang sihat dan ‘tak tersumbat’ walaupun dilapisi foundation.

 


 

Untuk lihat tip lanjut, klik video di bawah

Published by
FZ