Selalu Gagal Interview Kerja Kerajaan, Wanita Ini Kongsi 6 Perkara Yang Perlu Korang Alert

Share

Boleh dikatakan bekerja di sektor kerajaan adalah impian kebanyakan rakyat Malaysia. Ramai yang berebut-rebut nak kerja goverment, tapi nak dapatkan kerja tu bukan mudah ya.

Maklum saja, semua prosedur kerajaan ni agak ketat kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. But, no worries guys. Ini ada tip yang diberikan oleh individu yang dah beberapa kali menghadiri interview kerajaan berkongsi info tentang cara-cara lebih bersedia ketika diinterview nanti.

Bagi korang yang dah tercalon dalam senarai interview, boleh la jadiakan tip ini sebagai rujukan. Tapi, yang tak tercalon pun boleh baca juga, mana la tahu akan datang ada rezeki lain kan.

Nah, berikut 6 perkara perting yang perlu korang alert!

1. Dokumen yang perlu dibawa (boring yang diberi untuk diisi + resume + sijil)

Borang

Isi borang dengan detail, jangan sesekali tertinggal butiran yang patut korang tulis dikosongkan. Kalau jenis isi borang tak lengkap dan tulisan macam cakar ayam, korang dikira sebagai orang yang cuai dan pemalas nak baca borang.

Hati-hati, mereka ni sangat teliti.

Resume

Buat resume seperti buku skrap. Cover resume tu buat la logo Malaysia ke, loga Spa ke, dan bahagian bawah buat la:

Nama:

Nombor IC:

Jawatan: (Jawatan yang dapat masa interview)

Bahagian dalam buku skrap tu pula buat pembahagi guna kertas warna (akademi/kokurikulum/lain-lain). Susun korang punya salinan sijil ikut turutan pembahagi. Tak perlu bawa design bunga-bunga, ikut era perubahan sekarang. Cukuplah tunjuk bahawa korang ni pandai guna komputer.

Kalau nak tahu, dari situ interviewer dah anggap korang up to date dalam bidang computer/filing. Zass, 3 markah penuh dalam tangan.

Sijil

Ramai yang bawa salinan sijil bodoh macam tu saja tanpa ada pengesahan. Disahkan ni bermaksud di cop dan ditandatangani oleh ketua kampung atau ketua jabatan. Wajib di cop semua sijil korang, termasuk salinan IC dan sijil kelahiran.

Tambahan

Sijil original make sure diletakkan dalam flip file yang boleh selak sehelai-sehelai. Jangan letak satu envelope sampai interviewer kena bawa keluar tengok satu persatu. Leceh. Zass, dapat lagi 3 markah buta-buta.

2. Pemakaian

Untuk pakaian perempuan:

a. Berwarna gelap (navy blue/maroon/hitam)

b. Kosong atau kain bercorak batik dipadankan dengan baju kosong. Elakkan pakai baju bercorak meriah/labuci macam orang nak pergi kenduri kahwin.

c. Handbag sederhana kecil (kalau boleh tinggalkan di luar bilik interviewer, suruh orang jaga. Bawa masuk file je.

d. Pakai jam besi pada tangan sebelah kiri. Jangan pakai gelang/cincin dan aksesori. Simpan dulu.

e. Kasut flat bertutup warna hitam atau ada tumit sikit. Jangan guna wedges pulak. Korang bukan nak pergi mall. Hiks!

f. Tudung kosong warna gelap (jangan pakai color block pula). Sebaiknya, pakai la warna hitam.

g. Make up soft je, supaya tak nampak pucat.

3. Step pertama masuk ke bilik interviewer

– Bangun dari tempat menunggu apabila nama dipanggil, kemudian ketuk pintu tiga kali. Tunggu mereka cakap masuk, baru korang masuk. Dekat sini pun ada markah tau.

– Selalunya interviewer ada tiga orang. Korang akan duduk di tengah-tengah berhadapan mereka dengan sebuah kerusi tanpa meja. Time ni la korang kena bagi resume, borang dan salinan sijil korang.

4. Cara bercakap

Masa interview, cakap macam biasa. Macam cakap dengan bos (kalau pernah bekerja). Jangan terlalu over buat macam interviewer tu kawan dan jangan terlalu formal. Make sure korang bercakap tak melebihi interviewer. Tapi jangan kurang sangat. Orang tanya sepatah, jawab sepatah.

5. Soalan yang akan dikemukakan

a. Kenalkan diri awak

Nama, umur, tarikh lahir, tinggal dekat mana, nama mak ay ah, mak ayah kerja mana (nyatakan kalau dah meninggal dunia atau bercerai), berapa adik beradik, tamat pengajian peringkat mana. Done!

b. Soalan am

Kena study mengenai jawatan korang. Paling penting, study senarai tugas bagi jawatan korang dan waktu terangkan pada interviewer cuba kaitkan dengan pengalaman kerja yang korang ada.

c. Isu semasa

Isu semasa sukan, negara dan apa-apa isu yang tengah hangat tu study la sikit. Kadang-kadang soalan am ni susah sikit dan tak jangka apa yang nak ditanya.

d. Pengetahuan am

Siapa perdana menteri pertama, siapa bapa permodenan. Part sejarah Malaysia ni mohon study juga ya sebab ada yang tanya siapa bapa pemodenan dan apa nama sultan Pahang?

Kalau nak sebut nama menteri atau sultan, kena sebut pangkat dia sekali. Kalau tak, jawapan korang dikira tak tepat.

6. Akhir sekali

Habis je interview, mereka akan cakap “Baiklah terima kasih”. Bangun daripada kerusi perlahan-lahan dan pergi semula ke depan ambil file, kemudian salam (yang sama jantina). Cakap terima kasih dengan nada ceria. Jalan kebelakang sampai di kerusi korang. Jangan membontot!

Ini adalah info-info untuk jawatan yang directly dipanggil interview. Bagi yang kena menduduki exam pula, selalunya pengetahuan am juga. Plus, soalan matematik. So, be ready ya!

Good luck gaiss!

Sumber: IIUMC

Published by
Noor Ain Norman