Biasalah, apabila seorang selebriti memiliki kecantikan, berbakat dan digemari ramai, pasti akan ada lebih ramai netizen yang mengecamnya – kiri dan kanan.
Bekas anggota kumpulan F(X) iaitu Sulli juga pernah menjadi ‘target popular’ di kalangan selebriti Korea.
ARTIKEL BERKAITAN: Bintang Korea Sulli Ditemui Mati, SM Entertainment Belum Beri Kenyataan
Kes paling teruk yang pernah dihadapinya adalah pada tahun 2016 apabila dia dituduh mengambil bahagian dalam sesi photoshoot seksi lalu dikecam oleh netizen ‘feminist‘.
Berbeza dengan selebriti lain yang tidak suka untuk bercakap mengenai isu dikecam netizen ini secara terbuka, Sulli tidak mempunyai masalah untuk berkongsi pengalamannya merasa ‘down’ disebabkan kecaman.
Pada tahun 2014, Sulli menghentikan aktivitinya dengan bekas kumpulan f(x) selepas dia berhadapan dengan kecaman teruk secara online.
SM Entertainment pada waktu itu memberi kenyataan berbunyi, “Sulli menjadi terlalu penat dari segi mental dan fizikal disebabkan cercaan yang berterusan dan berita-berita palsu. Dia meminta untuk berehat sebentar daripada aktiviti sebagai seorang selebriti buat masa ini.”
Setahun kemudian pada Ogos 2015, Sulli mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan grup itu selepas 6 tahun bersama.
Sulli cuba untuk menguatkan kembali dirinya dan melawan balik rasa tertekan disebabkan kecaman. Dia menolak semua tuduhan dan menganggap tiada apa-apa yang berlaku.
Lalu pada awal tahun ini, Sulli dilantik menjadi hos-untuk rancangan temubual berjudul ‘Night of Hate Comments’.
Rancangan yang mula ditayangkan pada 21 Jun 2019 itu dihoskan oleh Sulli, Shin Dong-yup, Kim Sook dan Kim Jong-min.
Basically, ia berkisarkan kisah selebriti jemputan yang perlu berhadapan dengan pembuli siber dan membaca komen-komen haters secara langsung.
Disiarkan untuk 17 episod, episod terakhirnya akan keudara pada 18 Oktober ini.
Kali terakhir Sulli berhadapan dengan media dan jurugambar secara besar-besaran adalah ketika pelancaran koleksi fesyen stor pop-up milik Fendi di Seoul, pada 3 September lalu.
Sulli kelihatan ceria dan yakin di hadapan orang ramai.
Lalu, apabila Sulli dilaporkan mati akibat kes bunuh diri, ramai yang terkejut dengan insiden tersebut.
Ramai beranggapan awal bahawa dia masih tak dapat membendung rasa stres kerana kecaman. Tak kurang juga yang beranggapan dia bersedih kerana kehilangan orang yang rapat dengannya seperti ahli kumpulan shiNEE, Jonghyun yang mati akibat bunuh diri pada Disember 2017.
Adakah korang rasakan ia berlaku akibat kecaman netizen atau ada isu yang lebih berat berlaku kepada Sulli hingga dia bertindak sedemikian?
ARTIKEL BERKAITAN: 6 Selebriti Popular Mati Bunuh Diri Akibat Depresi
Video dan post terakhir Sulli di Instagram.
*
Sumber: AJU Daily