Tular di media sosial apabila seorang pengguna di TikTok memuat naik video kehadiran seekor anjing di kawasan sebuah flat bertukar menjadi kecoh gara-gara haiwan tersebut masuk ke dalam kereta mereka dan turut membunyikan hon.
Tidak dinafikan, ramai yang takut dengan anjing lebih-lebih lagi umat Islam kerana kita tidak dibiasakan dengan haiwan peliharaan tersebut. Kadang bimbang juga sekiranya hairan itu bertindak di luar jangkaan seperti mengejar atau menggigit.
Walau bagaimanapun, ada satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok juga, mengenai alat yang boleh digunakan untuk menghalau anjing.
Dikenali sebagai Shameer Iqmal, video yang dimuat naik empat hari lepas telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan. Alat ini akan mengeluarkan bunyi ultrasonic yang hanya boleh didengar oleh haiwan. Katanya, ada yang jadi dan ada juga anjing yang buat ‘relax’ sahaja. Hiks! Tapi apa-apa pun ikhtiar sahaja la kan.
Ads
Ads
Dalam video tersebut, Shameer juga berkongsi situasi dimana dia menggunakan alatan tersebut terhadap haiwan-haiwan itu dan nyata, memang anjing tersebut beredar daripadanya.
Ads
Alat ini boleh dibeli di Shopee dengan harga serendah RM18.
Wah, kalau macam ni bolehlah beli satu kan. Lepas ni kalau nak berjogging rasa selamatlah sikit. Hiks!
Kita sering mendengar tentang tempat-tempat percutian yang bercuaca agak sejuk seperti di Cameron Highlands, Genting Highlands dan Kundasang. Namun, mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa Bukit Larut, Taiping juga antara tarikan kawasan dingin yang korang boleh lawati.
Bukit Larut adalah resort bukit tertua di Malaysia yang ditumbuhi dengan bunga liar dan kehijauan yang subur tanpa dicemari dengan binaan pusat membeli-belah atau taman tema. Selain daripada udara dan persekitaran yang menyegarkan, suhunya yang sejuk juga merupakan tarikan utama disini.
Dengan suhu sekitar 10 hingga 15 darjah celsius sepanjang tahun, korang dapat menikmati aktiviti yang menyeronokkan tanpa banyak berpeluh. Antara aktiviti yang korang boleh lakukan adalah jungle trekking sambil mendengar kicauan burung, menjelajah kolam Burma yang berhampiran kaki bukit dan melawat kebun teh di tanah tinggi. Atau mungkin korang boleh sahaja berjalan-jalan sambil menikmati udara segar.
Nah, apa lagi guys. Bagi korang yang tercari-cari port lepak sebagai weekend getaway, rasanya Bukit Larut antara lokasi pilihan yang sesuai dan luar daripada kebiasaan. Jika dah selalu ke Cameron dan Genting Highlands, mungkin kali ni boleh ambil udara di tempat lain pula. Hiks!
Selain itu, lokasinya yang tidak jauh dari ibu kota juga memudahkan korang untuk berkunjung ke sana. Lebih kurang 3 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke
Taiping. So, why not kan?
Tindakan pantas Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sering mendapat perhatian dan pujian masyarakat. Mana tidaknya, jika hari ini viral kisah tentang kesusahan yang menimpa seseorang individu itu, keesokkan harinya pasti Ustaz Ebit hadir menyalurkan sumbangan. Tidak kira di ceruk mana sekali pun golongan susah itu berada, Ustaz Ebit tetap akan datang menjenguk.
Terbaru, Ustaz Ebit telah memberikan bantuan kepada pasangan adik-beradik yang kehilangan rumah mereka akibat kebakaran. Ustaz terus menziarahi mereka dan membayar kontraktor untuk mendirikan kediaman baru bagi pasangan adik-beradik itu.
Ustaz Ebit juga turut menaja sebanyak RM40,000 kepada seorang pelajar cemerlang yang tidak mampu menyambung pelajarannya ke peringkat Association of chartered certified accountants ( ACCA).
Jika mahu menyebut segala bantuan yang telah diberikan oleh Ustaz Ebit, memang terlalu banyak untuk disenaraikan. Mungkin ada yang tertanya-tanya banyak betul duit ustaz sehingga mampu memberikan bantuan kepada orang ramai.
Ha, bagi korang yang tidak tahu, berikut kami senaraikan antara perniagaan yang diusahakan oleh Ustaz Ebit menurut Majalah Labur.
1. Motivator dan seminar
Ustaz pernah bekerja bersama dengan Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Hamim sebagai motivator dan juga trainer. Antara yang dikendalikannya adalah program koprat teambuilding selama 4 tahun.
Selepas itu, barulah ustaz memulakan program motivasinya sendiri di bawah syarikat Transform Education & Training Sdn Bhd dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.
2. Kafe Paramount Coffee House
Ustaz Ebit mempunyai tiga cawangan kafe Paramount Coffee House yang merupakan perniagaan keluarga. Perniagaan ini sudah bermula sejak tahun 2015 atas nama Azmy bin Ibrahim Lew.
3. Butik pakaian busana Muslim
Hari pertama ustaz membuka butiknya, jualan jubah habis semuanya. Butik ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor dan diberi nama Elew’s Design.
4. Penulis buku
Pernah menulis 9 buah buku dan kesemua bukunya itu masih laris walaupun sudah 8 tahun di pasaran. Antara buku yang dihasilkannya adalah Isteriku Bidadari, Tangisan Umat, Menulusuri Cinta, Perjalanan Hidayah Umat dan 11 Amalan Memiliki Kekayaan.
5. Rancangan Talk Show
Pernah mempunyai dua program televisyen, iaitu Door to Door Ebit Lew di Astro Oasis dan A bit With Ebit ditayangkan di TV Al Hijrah. TV program ini ditayangkan semalam dua musim dan ustaz mendapat bayaran syarikat media untuk pengiklanan.
6. Pendakwah media sosial
Facebook dan YouTube antara yang banyak memberi bayaran kepada Ustaz Ebit melalui video yang telah dimuat naik di media sosialnya. Khabarnya, melalui saluran YouTube sahaja pendapatan ustaz boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sebulan.
7. Pasar raya ElewSmart
Pasar raya ElewSmart menawarkan harga barangan yang murah dan menyediakan Food Bank bagi membantu golongan yang memerlukan. Sehingga kini, terdapat 21 cawangan ElewSmart termasuklah Kajang, Cyberjaya, Shah Alam, Cheras, Prima Gombak dan banyak lagi.
Maka dengan itu, tidak hairanlah jika Ustaz Ebit sering memberi bantuan kepada golongan susah. Kami percaya, sikap mulia yang ditunjukkan oleh pendakwah ini juga menjadi asbab rezeki beliau dimurahkan. Semoga kisah-kisah yang dipaparkan oleh Ustaz Ebit membuka mata individu lain untuk turut sama memberikan bantuan jika berkemampuan.
Namanya mungkin asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia, namun jika anda penggemar filem Thailand, pasti akan kenal dengan sosok wanita berusia 29 tahun ini. Mai Davika Hoorne atau lebih popular dengan gelaran Mai Davika merupakan salah seorang pelakon yang sudah menggondol banyak penghargaan tidak kiralah anugerah bersandarkan populariti ataupun bakat.
Mula menceburi bidang hiburan pada tahun 2010, dia terkenal menerusi lakonannya dalam filem Pee Mak berlakon di samping Mario Maurer pada 2013. Filem yang sehingga kini memegang rekod sebagai filem paling tinggi kutipan sepanjang zaman mengutip sebanyak lebih USD33 juta ini menjadi salah satu filem ikonik negara Gajah Putih ini sekaligus melonjak nama Mai Davika lebih tinggi.
Walaupun begitu, filem yang benar-benar menjadikannya sebagai salah seorang pelakon prolifik adalah menerusi lakonannya dalam filem Heart Attack bergandingan dengan Sunny Suwanmethanon. Hasil lakonannya yang mantap, dia telah berjaya menggondol anugerah pelakon wanita terbaik bagi Anugerah Persatuan Filem Kebangsaan Thailand. Anugerah ini merupakan antara anugerah berprestij dan utama di negara itu.
Memiliki lebih 15 juta pengikut di Instagram, kecantikannya membuatkan anak kacukan Belgium di sebelah ayahnya dan Thailand di sebelah ibunya ini menjadi pilihan jenama fesyen antarabangsa untuk mengayakan busana mereka. Bukan sekadar menjadi wajah wakilan bintang dalam negara, dia bahkan dijemput khas untuk menghadiri pertunjukan fesyen di luar negara. Lebih mengujakan, untuk sesetengah jenama dia berjalan di pentas runway sebagai peragawati.
Biarpun sudah bergelar seorang pelakon dan selebriti popular, dia tidak bersikap sambil lewa dalam memastikan tahap pelajarannya berada pada peringkat tertinggi. Pada Januari tahun ini, dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Mai Davikah telah bergraduasi untuk pengajiannya di peringkat sarjana dalam bidang seni komunikasi dari Universiti Rangsit.
Menyambut hari graduasi dalam suasana pandemik Covid-19, wanita cantik berkulit putih mulus ini berkongsi di Instagram dengan ucapan khusus untuk peminatnya. Ujarnya, “Pada 23hb, Davika akan menerima ijazah sarjananya. Tahun ini disebabkan pandemik Covid-19 yang rumit, saya sangat bimbang dan berharap semua orang selamat. Saya harap semua orang menjaga jarak, tidak perlu datang ke universiti untuk mengucapkan tahniah kepada saya. Apabila keadaan menjadi lebih baik, kita akan berjumpa tidak lama lagi. Saya sangat rindukan awak.”
Kini Mai masih lagi belum mendirikan rumah tangga, namun bintang yang bakal menginjak usia 30 tahun pada Mei nanti sudah pun dimiliki. Dia telah menjalin hubungan cinta bersama Chantavit Dhanasevi yang juga merupakan seorang pelakon terkenal di Thailand.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...