Pemergian insan bernama Siti Sarah Binti Raissuddin, 37 pada jam 5.13 pagi hari ini merupakan satu pemergian yang amat dirasai. Bukan saja penghibur dan usahawan tersebut menjadi kesayangan para peminatnya, malah Siti Sarah telah menyentuh hati beberapa pihak lain yang selalu berhubung dengannya bagi urusan bersedekah.
Dalam diam, Siti Sarah banyak berbudi kepada golongan masyarakat yang memerlukan bantuan. Tampil ‘membuka cerita’ selepas mendapat tahu berita pemergian Allahyarhamah ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dan juga pendakwah bebas popular, Ebit Lew.
Menerusi hantaran di Facebook dan Instagram, mereka berdua telah berkongsi kisah bagaimana Siti Sarah dan suaminya sentiasa ringan tulang bagi menghulurkan bantuan dalam beberapa kesempatan yang diperolehi mereka.
Nadir Al Nuri misalnya telah dihubungi Siti Sarah baru-baru ini untuk bersedekah sempena ibadah korban Hari Raya Aidiladha di Palestin.
Ads
“Allah, tersentap kejap bila baca berita daripada Shuib tentang pemergian Siti Sarah. Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.
“Masa itu, saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu Ringgit. Bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir. Selepas itu, beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.
“Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat. Peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.
Ads
“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, Al-Fatihah,” catat beliau.
Sumber Foto : Facebook Nadir Al Nuri.
Tertera pada foto yang dikongsikan Nadir ialah nama-nama ahli keluarga Siti Sarah termasuklah bapanya, Raisuddin bin Hamzah; arwah ibunya, Noor Aini binti Mohamad; suaminya, Shahmira bin Muhamad (Shuib); tiga orang cahaya matanya, Uwais Al Qarni, Dzakira Takita Zahra dan Ariq Matin serta dirinya sendiri.
Ads
Sementara itu, Ebit Lew turut tampil ke hadapan untuk berkongsi keikhlasan Siti Sarah yang juga pernah menghubunginya bagi urusan pemberian sedekah kepada anak-anak yatim yang diselia oleh pendakwah bebas itu.
“Ya Allah, sedihnya rasa. InsyaAllah, Shuib, Siti Sarah dan anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.
“Siti Sarah banyak kali tanya kepada saya (yang dia) ingin bayarkan sewa beberapa buah rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan. Semoga Allah beri syurga Firdaus kepadanya.
“Sabar ya Shuib, Allah sayang.. InsyaAllah,” catat beliau.
Sesungguhnya, hati budi seseorang insan itu adalah rahsia di antara dirinya dan Tuhan Yang Maha Esa. Dalam diam, Allahyarhamah Siti Sarah dipermudahkan oleh-Nya untuk terus mengejar saham akhirat menerusi bantuan yang dihulurkannya selama ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan orang yang beriman.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, perasaan sebak tidak dapat disorokkan oleh pelakon, Amyra Rosli apabila terpaksa melepaskan suami tercinta, Amar Baharin (40), yang menyertai misi berbasikal sejauh 8,000 kilometer ke Makkah bermula dari Padang Besar, Perlis pada pagi Ahad lalu.
Menurut Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli (34) dalam ucapannya, beliau mengakui dia tidak sekuat dua isteri Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, yang turut serta dalam misi sama.
“Saya mungkin tidak secekal kedua-dua isteri Datuk sebab pertama kali berpisah jauh dan untuk tempoh lama dengan suami,” katanya.
“Saya mendoakan mereka sebagai musafir yang dilindungi dari hari ini sehingga sampai ke destinasi yang mereka tuju,” ujarnya.
Kredit foto: Arena Malaysia AsiaKredit foto: Arena Malaysia Asia
Walaupun agak berat hati, Amyra tetap menyatakan sokongan penuh terhadap suaminya dan mendoakan keselamatan Amar dan Muqharabbin serta berharap agar misi untuk ke Tanah Suci Makkah berjaya.
Dalam satu temu bual sebelum ini, Amar berkongsi rasa syukurnya kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada misi ini.
Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama ‘Bila Hati Telah Hitam’ itu, beliau percaya peluang ini hadir atas jemputan daripada Allah SWT.
“Kalau Allah tidak jemput, tidak kira sesenang mana, atau banyak masa sekali pun, kita tidak akan sampai. Cuma cara jemputan ini adalah dengan saya berkayuh,” katanya.
Amar menambah, beliau juga memilih untuk menyahut cabaran ini sebagai satu usaha mencabar keupayaan dirinya sendiri.
“Misi sebegini pun tidak selalu dilakukan, jadi saya nak cabar diri untuk lihat sejauh mana kemampuan saya, mengembara bersama Datuk ke Tanah Arab,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Arena Malaysia AsiaKredit foto: Arena Malaysia Asia
Sekadar info, Amar Baharin dan Datuk Muqharabbin telah memulakan misi #JourneyToTanahHaram dengan berbasikal sejauh 8,000 kilometer dari Padang Besar, Perlis sejak Ahad lalu. Misi unik ini dijangka mengambil masa beberapa bulan sebelum mereka tiba di Madinah sekitar bulan Julai akan datang.
Acara pelepasan misi ini turut disempurnakan sendiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang hadir memberi semangat kepada para peserta. Mereka dijadualkan merentasi beberapa negara seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Tanah Suci Mekah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya isu tentang Australia masih lagi menjadi bualan kerana masih ada lagi individu yang berhadapan dengan kesukaran untuk mendapat visa lawatan ke negara tersebut.
Seperti yang terjadi kepada Nabilah Johar ini, visanya gagal dibuat dan direject sebanyak tiga kali. Apa yang menariknya, dia membuat permohonan kepada Air Asia untuk refund tiket penerbangan yang telah dibeli.
.
Ha, rupanya boleh ya kalau nak refund tiket flight jika visa korang tak lepas?
Jom kita lihat bagaimana Nabilah buat untuk mendapatkan ganti rugi tiket penerbangannya. Tapi cara ini hanya untuk flight Air Asia ya.
1. Contact Air Asia, boleh PM melalui Twitter, Air Asia reply cepat
2. Beritahu yang visa tidak lulus dan attach screenshot visa refusal memo
.
.
3. Nanti Air Asia akan minta booking number, nama dan lain-lain
4. Dalam kes Nabilah, dia menghubungi Air Asia lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh fly. Jadi, terdapat caj cancellation fees RM140/one way. Selebihnya mereka akan refund melalu credit account
Credit account ini boleh digunakan untuk beli tiket penerbangan seterusnya atau nak bayarkan tiket orang lain pun boleh
Credit account ini expired 3 bulan, korang boleh beli flight selepas dari 3 bulan ni tak ada masalah tapi bayaran semua perlu dibuat dalam masa 3 bulan tersebut.
.
5. Air Asia refund sangat cepat. Dalam masa dua ke tiga jam Nabilah dah dapat credit account tersebut.
6. Total bayaran balik RM402 (harga tiket asal RM682)
.
Menurut gadis ini lagi, ada juga rakannya pernah dapat full refund daripada Air Asia disebabkan visa tak lepas. Dapat dalam bentuk credit account juga tapi dia claim awal dua, tiga bulan sebelum fly. So, lain kes mungkin lain Air Asia akan caj.
Tapi tak mengapalah kan, daripada hangus semua, dapat balik sebahagian duit pun jadilah. At least terubat la sikit sedih tu bila tak dapat pergi travel. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mahalnya kasih sayang dan pengorbanan sang suami buat isteri tercinta dalam melayari rumah tangga sehingga ke akhir hayat. Ya, itulah yang boleh diungkapkan buat seorang pelakon senior ini yang setia menjaga dan menemani suri hatinya.
Edika Yusof, seorang figura versatil dan juga model ketika usia mudanya. Gaya dan wajahnya yang bagaikan tidak dimamah usia walau usianya kini sudah menginjak 55 tahun, namanya kini semakin menjadi sebutan dan rebutan pengarah drama bagi mewarnai naskhah mereka di layar skrin.
Selain bercerita mengenai kerjayanya sebagai anak seni, pasti ramai juga yang sedia maklum mengenai kisah pengorbanan pelakon ini yang setia menjaga isteri tercintanya yang juga usahawan, Nor Hidayah Yusri yang lumpuh separuh badan gara-gara jangkitan meningitis selepas melahirkan anak kedua mereka.
Sudah tentunya bukan mudah sebagai seorang suami dan juga bapa dalam membesarkan anak-anak pada sama menjaga isteri yang sentiasa memerlukan disampingnya. Sememangnya bukan mudah untujk menjadi lelaki setabah figura ini.
Terbaharu, perkongsian video memperlihatkan pelakon filem popular Maria Mariana bersama isteri dan anak-anaknya yang dimuat naik di akaun TikTok telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi kapsyen di hantaran tersebut, dia menyatakan seseorang itu perlu belajar menerima takdir Allah dan ikhlas dengan apa yang telah terjadi.
“Kekuatan yang sebenar adalah apabila kita belajar menerima takdir Allah dan mengikhlaskan yang telah terjadi,” tulisnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna memuji Edika yang tetap setia menjaga wanita tercintanya itu dengan penuh kasih sayang. Malah, ada segelintirnya juga mengatakan Hidayah sangat bertuah mempunyai seorang suami seperti pelakon kacak itu.
“Lelaki hensem selalu setia macam aku. Kenapa aku pilih setia? Sebab aku betul-betul rasa betapa besarnya pengorbanan isteri aku semasa melahirkan semua anak-anak aku. Aku yang tolong sambut anak-anak aku sndiri. Mahu menyebut kahwin lain sebagai gurauan pun aku tak sanggup walaupun dengan kawan,” komen seorang pengguna
“Sangat salute dengan Edika Yusof dan bertuahnya isteri awak… semoga kalian terus bahagia hingga ke jannah… contoh cinta unconditionally,” komen pengguna lain.
“Bila cinta lahir dari hati yang ikhlas dan jujur… maka inilah hasilnya. Saya respect abang Edika Yusof… Insya Allah saya akan jadikan teladan untuk saya,” komen warganet lain.
Sekadar informasi, Nor Hidayah mengalami perisitiwa hitam itu pada tahun 2005 di mana pada mulanya mengalami koma selama sembilan hari dan lumpuh setelah sedar dari tempoh tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...