Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehilangan anak yang menjadi tonggak harapan keluarga. Apatah lagi pada usia muda, anak sudah menunjukkan sikap berdikari dan membantu keluarga.
Pemergian Muhammad Saifullah Mohammad Hafeiz, 16, yang meninggal dunia dirempuh bas di Setia Triangle, Bayan Lepas, semalam memberikan seribu kesedihan buat ibunya kerana anak sulung dari 7 beradik itu adalah tonggak harapan keluarganya.
Jelas ibu muda ini, dari awal lagi anaknya sudah menunjukkan petanda pelik dengan tidak menyelaminya seperti biasa.
“Biasa sebelum keluar, arwah akan salam saya tapi semalam tidak. Mungkin dia tidak mahu saya bersedih. Sepanjang hayatnya, dia sedikit pun tidak pernah susahkan kami, bahkan dia suka berdikari.Mencari wang sendiri jika mahukan sesuatu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Kata Siti Hajar lagi, sejurus selepas anaknya itu keluar, dirinya mendapat panggilan telefon memaklumkan kemalangan yang menimpa dirinya.
“Hati ini terlalu sedih dan sukar untuk saya terima berita begini,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mustaghfirin di Sungai Tiram, Bayan Lepas.
Kemalangan semalam yang meragut nyawa pelajar tingkatan empat yang bekerja sambilan sebagai runner penghantar pizza hut sememangnya mencetuskan simpati orang ramai.
Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, sebuah bas persiaran dari arah Persiaran Kelicap ke Bayan Lepas dikatakan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dan merempuh sebuah lagi kereta dipandu wanita bersama dua anaknya.
Ads
Bas itu kemudian merempuh motosikal yang diletakkan di tepi jalan dan motosikal yang ditunggang Muhammad Saifullah yang ketika itu berhenti di persimpangan lampu isyarat
PENUNGGANG motosikal yang maut dirempuh bas dalam kemalangan di persimpangan Jalan Dato Ismail Hasyim di Bayan Lepas petang semalam, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara dan bekerja separuh masa di sebuah restoran makanan segera.
Jenazah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara ini selamat dikebumikan pada jam 11 pagi tadi.
Dalam pada itu, Siti Hajar berkata, anak sulung daripada tujuh beradik itu adalah harapan keluarga kerana semangatnya dan sikap suka membantu dia dan suaminya.
Katanya, Muhammad Saifullah bekerja sambilan sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan segera sejak Mei lalu.
Ads
“Dia masih bersekolah, tetapi dari dulu dia jenis tidak suka duduk diam dan akan membuat kerja-kerja sambilan untuk mengumpul duit demi masa depannya.
“Malah, dia beritahu dia tidak mahu susahkan saya dan ayahnya, jadi apa sahaja dia nak, dia yang akan berusaha sendiri,” katanya.
Sementara itu, Mohammad Hafeiz menyifatkan anak lelakinya itu seorang pendiam kerana sifatnya yang kuat berdikari.
“Namun, dia anak yang baik, tidak pernah sekali pun susahkan saya dengan ibunya, malah rapat dengan keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, seorang pemandu kereta dan dua anaknya yang menaiki kereta Suzuki Swift turut cedera dalam kejadian itu.
Ads
“Mereka diberi bantuan sejurus kejadian oleh pihak berkuasa dan wanita serta dua anaknya dibawa ke hospital,” katanya.
Menurut Anbalagan, berdasarkan maklumat awal didapati bas berkenaan yang datang dari arah Persiaran Kelicap ke Bayan Lepas pada mulanya bergesel dengan sebuah kereta yang parkir di tepi jalan sebelum melanggar Suzuki Swift terbabit yang sedang membelok ke kanan.
“Selepas itu, bas yang dipercayai gagal dikawal melanggar sebuah lagi motosikal parkir di bahu jalan sebelum ke lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hasyim.
“Sebaik sampai di persimpangan itu, bas terbabit melanggar motosikal mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat sebelum merempuh tembok batu pagar perumahan berdekatan,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan awal polis dipercayai bas berkenaan hilang kawalan disebabkan masalah brek dan pemandunya kini ditahan dan akan menjalani ujian saringan awal air kencing.
Al Fatihah (dengan bacaan untuk arwah). Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semestinya, barisan frontliner petugas perubatan dan keselamatan antara individu yang bertungkus lumus memberikan khidmat bakti terbaik melawan Covid-19 di negara kita.
Terbaru, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan berita gembira buat petugas KKM dalam Sidang Media Perkembangan Covid-19 hari ini.
Selepas beberapa bulan berkhidmat tanpa henti bagi mengawal pendemik ini, frontliner akan diberikan cuti secara bergilir-gilir bermula minggu hadapan.
“Mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk kita memberi ‘time off’ kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir.”
Perkara tersebut disampaikan bagi memberikan masa untuk frontliner berehat sebentar dan memulihkan semangat masing-masing selepas bertungkus-lumus selama hampir 5 bulan.
“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.”
Penurunan Kes
Pengumuman tersebut dilakukan selepas melihat keadaan terkini yang semakin baik dan kes positif Covid-19 di Malaysia juga semakin menurun.
“Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) juga semakin berkurangan.”
Berita tersebut sudah tentu memberikan sinar kegembiraan buat para barisan hadapan yang pastinya lelah dalam menangani Covid-19 ini.
Cuti yang diberikan sudah tentu dapat meneutralkan kembali semangat juang mereka agar dapat kembali bertugas dengan lebih dedikasi selepas kembalinya dari bercuti.
Memang wajar frontliner dan wira tak didendang kita ini diberikan cuti setelah berhempas pulas menagani pandemik membawa maut ini.
Satu mayat lelaki dipercayai warga Malaysia berketurunan Cina telah ditemui oleh pihak berkuasa Austrarila di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, pada hari Ahad.
Mayat didakwa milik lelaki berusia 24 tahun bernama Jacky Chong Kai Wong itu dijumpai kira-kira pada jam 3.30 petang selepas penyiasat memulakan pencarian di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta.
Walaupun masih belum dikenal pasti secara rasmi, polis percaya ia milik Chong.
Menurut laporan portal 9News, Jacky dipercayai telah meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021. Chong sudahpun menetap di Sydney sejak 2016 namun tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Disember 2020.
Kata keluarganya kepada pihak polis, mereka percaya Chong mungkin bekerja di New South Wales sebelum kehilangannya.
Setelah penemuan mayat itu, polis kini akan menjalani pemeriksaan forensik dan proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas jasad bagi mengesahkan identitinya.
Terdahulu pada tahun 2021, pasukan petugas polis yang sedang menyiasat kes sindiket dadah pada waktu itu mendapati mangsa tidak dapat dikesan. Setelah siasatan dijalankan, tiga lelaki berusia 33, 22 dan 28 didakwa pada akhir Mac lalu berhubung kematian Chong.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
28 September lalu, seluruh dunia dikejutkan dengan tragedi gempa bumi berukuran 7.4 skala ritcher yang melanda Sulawesi Tengah dan mengakibatkan tsunami di Perairan Palu dan kawasan sekitarnya.
Banyak bangunan, rumah penduduk, hotel, pusat membeli belah, hospital dan lain-lainnya rosak teruk sehinggakan Jambatan Ponulele yang menjadi Ikon Kota Palu roboh dilanda gelombang besar tsunami.
Kemusnahan besar dapat dilihat termasuklah ke hari ini di mana jalan raya yang menghubungkan Palu-Poso dan Makassar masih ditutup akibat retakan dan rekahan kuat sehinggakan tiada kenderaan boleh melaluinya.
Ratusan orang meninggal dan ramai yang belum ditemui dicelah runtuhan. Ribuan orang kehilangan rumah yang telah musnah. Di sebalik tragedi menimpa tetapi Allah tetap menunjukkan kekuasaannya dengan memelihara rumah Allah iaitu Masjid Baiturrahman dengan hanya sebahagian kubahnya rosak.
Ini 6 fakta tentang gempa dan tsunami yang berlaku di Palu dan Donggala yang perlu korang tahu.
Masjid Baiturrahman tidak runtuh – Dapat dilihat dengan gempa berukuran 7.7 skala ritcher mampu meruntuhkan bangunan tinggi termasuk Jambatan Ponulele yang menjadi Ikon Pelancongan Kota Palu. Sama kejadian di Acheh, dalam tsunami dan gempa ini, Masjid Baitulrahman di Kota Palu hanya rosak sebahagian kubahnya sementera bangunannya masih utuh. Kata beberapa orang saksi, selepas gempa itu, teriakan Allahuakbar, Subhanallah dan kalimah-kalimah suci berkumandang.2. 1203 orang meninggal – Sehari selepas gempa dan tsunami terjadi, Jumaat 28 September, 420 korban jiwa dilaporkan. Namun angkanya terus meningkat sehari selepas itu kepada 832 orang apabila operasi mencari dilakukan. Dipercayai jumlah kematian akan lebih meningkat terutama dalam runtuhan bangunan dikeluarkan (terkini pada hari Isnin 1 Oktober, jumlah korban dinyatakan sebanyak 1203 orang).
Operasi mencari dan menyelamat banyak dilakukan di sekitar Hotel Roa Roa yang runtuh, pusat beli belah Ramayana, Pantai Talise sehingga ke kawasan perumahan Balaroa. Dipercayai sekitar 50-60 orang masih tertimbus di hotel yang popular di kalangan pelancong ini.
Munculnya lumpur dari permukaan tanah yang menyebabkan amblasnya bangunan dan pohon di Kabupaten Sigi dekat perbatasan Palu akibat gempa 7,4 SR adalah fenomena likuifaksi (liquefaction) Likuifaksi adalah tanah berubah menjadi lumpur seperti cairan dan kehilangan kekuatan. pic.twitter.com/uxTODECMEX
3. Tanah bergerak menelan apa saja – Tentu korang dan tengok video bagaimana tanah berlumpur yang bergerak dan meruntuhkan semua bangunan di sekelilingnya. Video berdurasi lebih kurang dua minit itu memaparkan bagaimana rumah dan pokok-pokok kepala khususnya berputar sebelum hanyut.
Untuk makluman, fenomena ini dipanggil Pencairan atau Likuifaksi. Seorang ahli geologi Indonesia, Rovinky Dwi Putrohari menjelaskan pencairan ini terjadi apabila tanah kehilangan kekuatan akibat serapan air. Gempa mengakibatkan kekuatan lapisan tanah menghilang dan mengakibatkan gelongsoran. Lapisan tanah yang terdiri dari batu pasir akan berubah akibat gempa.Jadi bukan bumi Sulawesi ditelan ya sebagaimana viral di media sosial.
4. Ramai terperangkap dalam pusat beli belah dan hotel – Pusat membeli belah terbesar di Kota Palu, Mal Tatura di Jalan Emy Saelan hancur dan tinggal sebahagian selepas gempa berlaku. Dipercayai ada ratusan orang terperangkap dalam pusat beli belah ini.Begitu juga hotel Roa-Roa di Jalan Pattimura yang sangat terkenal di kalangan pelancong luar, semuanya masih terperangkap selepas hotel ini musnah teruk. Hospital juga terjejas termasuk Jambatan Ponulela yang menjadi ikon pelancongan Kota Palu juga runtuh akibat tsunami dasyhat ini.
5. Penduduk berebut makanan dan minyak kenderaan – Terputusnya hubungan mengakibatkan banyak mini market yang runtuh diserbu orang ramai yang terputus makanan. Begitu juga minyak petrol yang diagih-agihkan juga menjadi rebutan mangsa yang terselamat.
6. Amaran tsunami tidak berfungsi – Penduduk mendakwa amaran tsunami tidak kedengaran sebelum kejadian. Sebab itulah banyak rakaman video menyaksikan bagaimana orang ramai mampu merakam ombak besar datang menghempas sebelum masing-masing melarikan diri.
Kepala Pusat Data Informasi dan Human BNPB Sutopo berkata, banyak bouy rosak selepas gempa sedangkan amaran tsunami ini sangat membantu penduduk melarikan diri. Sebab itulah korban tsunami dan gempa ini mengorbankan ramai penduduk kerana siren amaran ini dikatakan berfungsi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...