Sedekad Bersama, Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

Share

Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.

Tapi malang tidak berbau, rumah tangga bahagia selama sedekad antara pasangan selebriti tempatan Diana Danielle dan Farid Kamil dilanda badai Danielle dikatakan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada awal bulan ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Pemfailan Penceraian Puteri Sarah Tertangguh Hingga Ke Minggu Depan Sebabkan Ini

Permohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Pagi ini, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Untuk info, Farid Kamil dan Diana Diana Danielle  mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

BACA LAGI : Pemfailan Penceraian Puteri Sarah Tertangguh Hingga Ke Minggu Depan Sebabkan Ini

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana