Istana negara menerusi kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.Keputusan ini dicapai susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara sebelah pagi tadi agar Baginda boleh mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Perlantikan ini selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Seterusnya pada jam 5 petang ini, difahamkan bakal berlangsung Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.
Nantikan kemaskini susulan daripada REMAJA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.