Selamat Lakukan Aktiviti Akuatik Ketika Musim Virus COVID-19 Tapi Awas, Ini Pesanan WHO!

Share

Berenang merupakan aktiviti sukan akuatik. Ia adalah sukan yang menggunakan banyak otot dan mudah untuk membakar kalori serta menyihatkan.

Musim-musim perintah kawalan pergerakan ini mesti korang bosan duduk dalam rumah dan mula la berfikir nak beriadah salah satunya dengan berenang.

Tapi selamatkah melakukan aktiviti ini di musim Covid-19 ini?

Memetik halaman World Runners, baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan kadar pengklorinan sebanyak 15mg seliter di kolam renang untuk membunuh virus, seperti polio, rotavirus dan virus coxsackie, dan virus pembunuh senyap seperti COVID-19.

Pengklorinan adalah proses memberikan klorin (Cl2) atau hipoklorit ke dalam air yang telah menjalani proses penapisan.

Kaedah ini sememangnya digunakan untuk membunuh bakteria dan mikrob tertentu di dalam air kerana klorin sangat toksik. Walaupun dikelaskan sebagai selamat, WHO juga mencadangkan, sesiapa sahaja perlu membersihkan diri sebelum dan selepas berenang.

Minggu lalu, Pool Water Treatment and Advisory Group (PWTAG) juga mendakwa telah berunding dengan bidang Kesihatan Awam British mengenai perkara itu.

“Kami telah memeriksa garis panduan nasional kami yang mengesahkan bahawa virus korona boleh dimusnahkan dengan tahap klorin tertentu yang digunakan di kolam renang,” kata PWTAG dalam satu kenyataan.

“Walau bagaimanapun, pelawat diingatkan untuk mandi sebelum menggunakan dan ketika meninggalkan kolam.”

Nampaknya, berenang di kolam renang ternyata selamat untuk melakukan aktiviti kecergasan.

Tapi masalahnya kalau kolam dekat rumah sendiri boleh la kita pantau tahap klorin dia. Ni kolam yang public ni macam mana kita nak pantau yek. 

 

Published by
Nana