Selamat Tinggal SmartTAG, RFID Dijangka Kurangkan Kesesakan Plaza Tol

Share

Kalau dulu ramai yang merungut bila stuck dekat tol sebab kena beratur panjang, tambah pula bila tiba musim perayaan. Tak semua menggunakan perkhidmatan SmartTAG dan sehinggalah sistem ini diselaraskan dengan hanya membuka laluan Touch n Go bagi memudahkan pengguna jalan raya.

Namun, baru-baru ini Pengarah Lembaga Lebuh raya Malaysia, Dato’ Ismail Bin Md Salleh telah mengumumkan sistem baru bayaran elektronik tol iaitu RFID yang akan mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 28 Januari 2018.

 

Apa sebenarnya RFID ni?

Dengarnya, sistem RFID adalah lebih cekap dan canggih daripada perkhidmatan Touch n Go dan SmartTAG.

Pengguna hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu perlahankan kereta atau berhenti sepenuhnya. RFID bertindak seperti pengimbas barcode

jarak jauh yang menggunakan scanner pada pintu gerbang tol.

 

Jarak imbasan juga lebih jauh daripada sistem yang digunakan SmartTAG iaitu sehingga 27 meter dan lebih pantas dengan masa respon sekitar 10 milisaat. Pergh, canggih tak?

Tapi, kalau anda dah biasa ke Singapura mesti dah biasa dengan teknologi ini kerana mereka juga menggunakan sistem ERP untuk kutipan bayaran tol elektronik.

 

 

Tak kisah la janji RFID ni dijangka lebih efisien dan dapat mengurangkan kesesakan yang disebabkan beratur panjang di lorong smartTAG kerana kereta harus memperlahankan kenderaan sehingga terpaksa berhenti.

Harapnya selepas ini tiada lagi kesulitan yang bakal ditempuh oleh pengguna jalan raya di Malaysia.

 

 

Sumber: Viralitive

Published by
Noor Ain Norman