Baru-baru ini, mahasiswa Malaysia di Bangladesh meminta Wisma Putra memberikan perlindungan kepada mereka susulan ketegangan yang sedang berlaku di negara itu. Ia ekoran protes di antara pelajar Bangladesh dan pasukan keselamatan Bangladesh

Menerusi ciapan di aplikasi X, salah seorang penuntut Malaysia di sana yang dikenali sebagai Akmal Azizan mendakwa mereka sedang meminta tempat perlindungan daripada kedutaan Malaysia di Bangladesh namun berdepan kesukaran untuk mendapatkannya.

“Selamatkan rakyat Malaysia di Bangladesh. Dah minta tempat untuk berlindung di kawasan kedutaan, tapi katanya tiada akses untuk buat semua tu.”

“Selamatkan Rakyat Malaysia Di Bangladesh, Kami Tiada Akses…” Pelajar Malaysia Minta Tempat Perlindungan
Kredit: Akmal Azizan

“Cuma suruh balik Malaysia guna duit sendiri saja. Jalan ke lapangan terbang tutup, ada pelajar Malaysia sangkut dan dipaksa untuk patah balik.

“Saya ‘fight’ untuk penempatan yang selamat saja. Semua kedutaan negara lain dah panggil pelajar untuk berlindung di kedutaan masing masing,” catatnya.

Tambah Akmal Azizan, talian telefon juga telah dipotong di negara itu selama dua hari. Malah, talian VPN pun tidak boleh disambungkan setelah mereka mencuba.

Perkongsian Akmal Azizan itu telah mendapat perhatian salah seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“Boleh sesiapa tolong maklum Akmal Azizan untuk ‘check’ mesej peribadi? Pegawai Wisma Putra ada mesej untuk tujuan komunikasi secara terus,” kata salah seorang pengguna X, Mohd. Faizal Hassan.

“Selamatkan Rakyat Malaysia Di Bangladesh, Kami Tiada Akses…” Pelajar Malaysia Minta Tempat Perlindungan
Kredit: Faizal Hassan

Sebelum ini, media melaporkan terdapat pelajar Malaysia yang terkesan susulan insiden protes di Bangladesh dan mereka telah dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka demi keselamatan mereka.

“Selamatkan Rakyat Malaysia Di Bangladesh, Kami Tiada Akses…” Pelajar Malaysia Minta Tempat Perlindungan
Kredit: Akmal Azizan

Ia susulan ribuan pelajar Bangladesh turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018. 

Disebabkan itu, negara berkenaan mengumumkan penutupan semua universiti awam dan swasta mulai 20 Julai lalu setelah ketegangan di sana memuncak pada hujung minggu lepas.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI