Nama Eyra Hazali semakin meningkat naik selepas kemunculannya dalam drama Mr Grey yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun lalu.
Kini, menerusi drama terbarunya yang ditayangkan di Astro Prima, Eyra digandingkan pula bersama finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry. Walaupun baru pertama kali digandingkan bersama, chemistry yang terjalin antara mereka turut memberi impak dalam drama bersiri tersebut.
Sejak Eyra berhijrah mengenakan hijab, ramai yang memuji kecantikan anak gadis ini. Dia pernah menjelaskan bahawa sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat dan semuanya berlaku sekelip mata ketika Eyra bangun untuk menunaikan solat Subuh pada waktu itu dan dia terus nekad untuk menutup aurat.
Perkongsian ini juga telah dibuat oleh Pencetus Ummah Amin di laman instagramnya dengan caption:
Boring jugak dengan tazkirah dari ustaz ustazah, apa kata korang dengar tazkirah artis ni. Simple, padat dan pengalaman diri dia sendiri..
Percayalah! Siapa jaga hukum Allah apsti Allah akan buka pintu rezeki tanpa dia sedar. Rezeki paling istimewa hati jadi tenang kemudian dibanyakkan hartanya. Doakan artis ini dilindungi Allah dan Malaikat dan kekal istiqamah atas jalan agama nya..
Ayat ni Win teruk: “Selangkah kita keluar tanpa bertudung (tak tutup aurat), selangkah kita tarik ayah kita ke neraka”
Keputusan Eyra Hazali mendapat pujian dan reaksi positif daripada netizen. Ramai yang mendoakan agar anak muda ini istiqamah dan mendoakan yang baik-baik untuknya.
Baru berusia 20 tahun, Eyra Hazali antara yang dilihat bakal menjadi pelapis pelakon wanita yang ada sekarang. Pernah menangguhkan keputusan untuk bertudung kerana terlalu memikirkan tentang kerjayanya, kami yakin bahawa walaupun sudah berhijab, ia tidak langsung menganggu perjalanan karier seninya.
Dengan bakat yang ada, Eyra Hazali mampu mendapat tempat dalam industri. Apa-apa pun, kita doakan agar Eyra terus mempamerkan sikap istiqamahnya ini dan menjadi contoh terbaik untuk anak muda hari ini.
InsyaAllah!