Jika semalam negara dikejutkan dengan seramai 260 kes positif COVID-19, hari ini berlaku ledakan lebih besar apabila 287 kes baharu dicatatkan. Sekaligus menjadikan sebanyak 1540 kes aktif di negara ini.
Sesuatu yang jelas lagi menakutkan, jumlah mereka yang positif COVID-19 semakin ramai sekaligus membimbangkan ramai orang akan berlaku peningkatan lebih banyak kes.
Dalam kenyataan terkini, KKM mengesahkan sudah wujud tiga kluster dari Selangor iaitu kluster Seri Anggerik sebanyak 14 kes, kluster Seri Setia 4 kes selain kluster Jalan Meru 9 kes.
Semalam Selangor merekodkan 13 kes tempatan baharu semalam menjadikan kes aktif keseluruhan di negeri itu berjumlah 66 kes. Jika ditambah hari ini menjadikan kes aktif COVID-19 di Selangor adalah sebanyak 80 orang.
Ads
Menerusi perkongsian Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di laman web amirudinshari.com, daripada jumlah itu, 49 kes membabitkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.
"Malaysia juga merekodkan sebanyak 260 kes baru pada hari ini (semalam) iaitu jumlah kedua tertinggi sejak Februari 2020.
"Warga Selangor perlu mengambil iktibar dari maklumat ini dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap membasuh tangan," katanya.
Ads
Dalam pada itu, berdasarkan maklumat di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), 13 kes yang direkodkan semalam membabitkan tujuh kes daerah Petaling iaitu empat kes saringan pulang dari Sabah di Damansara, dua kes saringan pulang dari Sabah di Sungai Buloh serta satu kes saringan pulang dari Sabah di Petaling.
"Lima kes direkodkan di Klang (tiga kes saringan kontak rapat dan dua kes saringan pulang dari Sabah) serta satu kes di Sepang membabitkan satu kes saringan pulang dari Sabah di Dengkil," katanya.
Ads
Sehingga semalam, hanya dua daerah yang bersih daripada Covid-19 iaitu Kuala Selangor dan Sabak Bernam manakala tujuh daerah lain merekodkan kes aktif.
Klang mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 22 kes, Petaling (19), Hulu Langat (15), Hulu Selangor (6), Sepang (2) dan masing-masing satu kes aktif di Kuala Langat dan Gombak.
Sejumlah 2,284 kes COVID-19 direkodkan Selangor iaitu 2,007 adalah kes tempatan, 277 kes luar negara, manakala kematian pula mencatatkan 24 orang.
Stay safe, stay at home ya. Smber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekerja dari rumah atau pejabat? Inilah rumusan yang akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas selepas tiga kluster di tempat kerja di kesan di Lembah Klang.
Buat masa ini, kebanyakan pejabat mengusulkan bekerja dari rumah selepas kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober ini selepas berlaku peningkatan mendadak di Lembah Klang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam pemberitahuan semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat khas berkenaan susulan tiga kluster baharu yang dilaporkan di Lembah Klang berpunca dari tempat kerja.
Sebarang keputusan berhubung tindakan membenarkan pekerja sama ada terus bekerja di pejabat atau rumah akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, walaupun di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dibenarkan pergerakan pekerja untuk bekerja di pejabat atau sektor ekonomi namun kerajaan memohon majikan supaya membenarkan mereka ini boleh bekerja dari rumah.
"Tetapi sekarang sudah berlaku kes Covid-19 di tempat kerja, jadi saya akan bawa isu ini dalam mesyuarat khas MKN dipengerusi Perdana Menteri.
"Apa tindakan seterusnya bagi pekerja sama ada boleh terus bekerja di pejabat atau tidak akan diputuskan nanti dan kita serah pada perbincangan dalam mesyuarat itu nanti," katanya pada sidang media, hari ini.
Ismail Sabri berkata, dia mengharapkan sebelum sebarang keputusan dibuat majikan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.
"Ia bagi menjaga keselamatan pekerja di dalam syarikat terbabit," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden bunuh diri di kalangan pesakit yang disahkan positif wabak Covid-19 baru-baru ini telah dilaporkan di seluruh dunia. Malah video tular yang memaparkan seorang lelaki Itali yang tekad terjun bangunan juga menunjukkan bahawa pesakit positif boleh dilanda tekanan.
Terbaru, seorang pesakit yang masih dalam pemerhatian bagi kes Covid-19 di Hospital Serdang, Selangor bertindak untuk membunuh diri. Sekaligus ini merupakan kes pertama seumpama itu yang terjadi di Malaysia.
Sumber dari hospital tersebut mengesahkan kejadian itu terjadi, namun enggan mendedahkan sebarang maklumat dan meminta agar semua pihak menunggu kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan.
Menurut laporan New Straits Times, insiden tersebut terjadi sekitar jam 7.40 malam tadi di sebuah tandas yang terletak di wad 7D.
Mangsa ditemui oleh seorang jururawat yang terus memanggil bantuan daripada bahagian keselamatan hospital.
Assistant Commissioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof daripada balai polis Sepang pula memberitahu bahawa mangsa merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun yang telah diletakkan dibawah pemerhatian sejak 26 Mac lalu.
Walaupun keputusan pemeriksaan belum diterima oleh mangsa, tidak mustahil dirinya berada dalam keadaan tertekan sebelum mengambil keputusan drastik tersebut.
Diharap tiada lagilah kes sedemikian berlaku di kalangan pesakit yang disyaki mahupun sudahpun disahkan positif Covid-19 di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini, penganut Kristian telah dibenarkan untuk mengguna kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama tersebut selain perkataan Baitullah, Kaabah dan solat selepas Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita berbangsa Melanau dari Sarawak.
Rentetan daripada itu, isu ini terus menjadi kontroversi terutamanya dikalangan orang Islam di Malaysia.
Terbaru, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekalipun tetap dilarang sama sekali penggunaannya di negeri ini.
Sumber : Selangor Royal Office
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin menegaskan dan mengulangi pendirian baginda bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.
Baginda sebagai Ketua Agama Islam Selangor bertitah akan tetap mempertahankan kesucian kalimah Allah, kerana ia menjadi tuntutan agama dan tanggungjawab baginda seperti dalam firman Allah S.W.T di dalam ayat 65 surah at-Taubah, yang melarang daripada mempermainkan dan mempersendakan kalimah Allah.
“Beta sentiasa menekankan agar rakyat Beta dapat menghormati kepercayaan dan tidak cuba untuk menyentuh sensitiviti agama masing-masing, yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Selangor ini.
“Jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka, maka Beta juga menggesa agar penganut agama selain dari Islam untuk menghormati penganut agama Islam, khususnya dalam penggunaan kalimah Allah yang menjadi pegangan utama umat Islam,” titah baginda.
Rata-rata warganet dan rakyat jelata menyokong keputusan Sultan Selangor dan mendoakan kesejahteraan Tuanku. Apa-apapun harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber : Selangor Royal Office
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...