Hiburan

Selebriti Bollywood Ini Berdarah Diraja, Siap Ada Istana Mewah!

Share

Bagi kebanyakan daripada kita, kisah seperti dalam filem The Princess Diaries mungkin hanya seperti cerita dongeng, tetapi sebaliknya ia mungkin boleh menjadi kenyataan jika dilihat daripada salah silah keturunan silam keluarga besar kita.

ARTIKEL BERKAITAN : Tuah Berdarah DiRaja, Charlotte Casiraghi Jadi Wajah Baru Chanel

Mungkin ada individu yang merupakan kerabat diraja tetapi masih menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan. Para selebriti tidak terkecuali kerana ada diantaranya yang sememangnya berketurunan diraja, namun tidak menceritakan latar belakang mereka.

Di Bollywood, ramai tak tahu bintang filem popular ini sebenarnya mempunyai darah diraja.

Merupakan seorang putera raja dari keturunan keluarga diraja India, keluarga diraja ini dilihat berkumpul di Pataudi Palace atau Istana Pataudi bersama teman-teman mereka. Dalam gambar itu, Kareena Kapoor kelihatan elegan manakala Saif kelihatan seperti seorang raja dengan latar belakang Istana Pataudi yang merupakan warisan nenek moyangnya.

 

Laporan dari bollywoodshaadis.com menyebut bapa Saif Ali Khan, Mansoor Ali Khan Pataudi adalah seorang bekas kapten kumpulan kriket di India dan juga Nawab Pataudi iaitu pemerintah Pataudi dari era 1952 hingga 1971.

Pataudi adalah sebuah bandar indah yang terletak di kaki bukit Aravali, Daerah Gurgaon, India. Ini adalah bandar yang pernah menjadi kerajaan kecil sebelum India mencapai kemerdekaannya.

Selepas Mansoor Ali Khan meninggal dunia, Saif Ali Khan telah dinobatkan sebagai Nawab Pataudi. Beliau adalah putera ke-10 yang masih mempunyai darah biru di India.

Seperti putera di negara lain, Saif juga mempunyai istana iaitu Istana Pataudi yang terletak di kota Pataudi di daerah Gurgaon di Haryana.

Sayangnya selepas kemerdekaan India, keluarga itu kehilangan title (Pataudi) mereka termasuklah istana tersebut. Dalam satu temu bual dengan akhbar India, Saif mendedahkan bagaimana mereka terpaksa ‘menebus’ semula hartanah itu menggunakan wang simpanannya sebagai pelakon filem daripada rangkaian hotel Neemrana.

Kini Istana Pataudi kembali menjadi milik pasangan ini dan dijadikan rumah penginapan singgah keluarga mereka. Apakah rupa interior Istana Pataudi? Mari lihat sedikit info tentang istana ini seperti dilaporkan oleh India Today.

(1) Warisan Keluarga Pemerintah

Pataudi Palace seperti yang dijelaskan sebelumnya, telah diserahkan dari pemerintah yang terakhir, Iftikhar Ali Khan kepada anaknya, Mansoor Ali Khan.

Selepas Mansoor Ali Khan meninggal, Saif Ali menjadi pewaris. Jadi ia mempunyai istana dengan seni bina yang mengagumkan, sebuah dewan besar dan taman-taman yang rimbun.

(2) Rumah Kolonial

Pada awal tahun 1900-an, Pataudi Palace telah direka dan dibina dalam gaya rumah kolonial Imperial Delhi oleh Robert Tor Russell, dibantu oleh arkitek Austria, Karl Molt von Heinz. Selepas mewarisi tempat ini, Saif Ali Khan mengambil pereka dalaman Darshini Shah untuk mengubahsuainya.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan keselesaan dan menjadi lebih bergaya daripada hanya mewah dan besar.

(3) Istana Bernilai RM466 Juta

Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan sebenarnya banyak menghabiskan kehidupan sehariannya di Mumbai. Tetapi, mereka sering memilih Pataudi Palace sebagai lokasi percutian musim sejuk.

Seperti yang dilaporkan oleh architecturaldigest.in, rumah percutian Saif Ali Khan dan ahli keluarganya ini mempunyai kawasan seluas 10 hektar dan mempunyai 150 bilik, termasuk tujuh bilik persalinan, tujuh bilik tidur, tujuh bilik snooker, serta ruang tamu dan ruang makan mewah. Istana ini bernilai RM466 juta.

 

(4) Dihiasi Foto Lama

Sebagai warisan keluarga diraja, tidak hairanlah Istana Pataudi mempunyai banyak kenangan sejarah. Semua kenangan dicatatkan dalam gambar-gambar lama yang menghiasi di pelbagai tempat di istana yang indah ini.

(5) Pernah Dijadikan Hotel

Mansoor Ali Khan pernah menyewa tempat ini selama 17 tahun dengan Francis Wacziarg dan Aman Nath, pemilik rangkaian Neemrana Hotels. Tempat ini dikendalikan sebagai The Pataudi Palace Hotel antara tahun 2005 dan 2014 sebelum Saif Ali Khan mengambil alih harta pusaka ini.

Menurut laporan dari architecturaldigest.in, Saif terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk mendapatkan semula istana ini dari pemilik hotel.

(6) Lokasi Penggambaran Filem

Jadi lokasi penggambaran filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts.

Kerana mereka tidak mendiami Istana Pataudi setiap hari, Kareena dan Saif Ali membuat istana mereka sebagai lokasi penggambaran seperti filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts, kepada filem-filem popular lain iaitu Mangal Pandey, Veer Zara, juga menyewa Istana Pataudi sebagai lokasi penggambaran.

Bukan biasa-biasa keluarga ini ye!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana