Korea Selatan adalah antara negara yang merekodkan kes COVID-19 tertinggi, iaitu setakat Sabtu lepas mencatatkan jumlah keseluruhan 8,086 kes. Namun, ia dilihat semakin menurun berbanding pada awal wabak tersebut menular.
Dalam menangani dan membantu masyarakat mencegah koronavirus ini, ramai diantara selebriti mereka yang bermurah hati turut sama memberikan bantuan dari segi kewangan kepada dalam situasi dunia genting ini.
Jom kita lihat siapakah selebriti Korea yang menyumbang dan apakah jenis sumbangan yang mereka berikan.
1. Park Seo Joon menyumbangkan sebanyak 100 juta Won (RM351,618.50) dan Lee Young Ae sebanyak 50 juta Won (RM175,809.25) untuk membantu Komuniti Sosial di Daegu yang sedang menangani pesakit yang dijangkiti COVID-19. Sumbangan tersebut digunakan untuk membeli peralatan medik yang diperlukan.
2. Shin Min Ah, Lee Byung Hun dan Yoo Jae Suk masing-masing menyumbangkan sebanyak 100 juta Won (RM351,618.50) untuk membantu pesakit COVID-19 di Korea.
3. Kim Jong Kook dan Kim Woo Bin juga turut memberi bantuan sebanyak 100 juta Won (RM351,618.50) kepada Community Chest of Korea. Bantuan ini diberikan untuk menangani dan mencegah COVID-19 seperti pembelian topeng muka dan hand sanitizer.
4. Suzy, Son Ye Jin dan Gong Yoo turut menyumbangkan 100 juta Won untuk membantu mencegah penularan virus COVID-19.
5. Park Hae Jin menanggung dana pembiayaan pembikinan video pesanan khidmat masyarakat ‘Instruksi Keselamatan Nasional COVID-19 melalui Kementerian Kesihatan & Dinas Pemadam Kebakaran Korea untuk mencegah penyebaran virus.
6. Kim Han Bin menyumbangkan sebanyak 100,000 topeng muka yang bernilai 200 juta Won (RM703,237) untuk mencegah penyebaran virus. Topeng muka tersebut diberikan kepada peminatnya, 20,000 topeng muka untuk Korea, 20,000 untuk China dan selebihnya dihantar ke Jepun, Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia.
7. IU memberi bantuan sebanyak 200 juta Won (RM703,237) kepada dua persatuan yang berbeza bagi membantu usaha pencegahan COVID-19 di Korea.
8. Pengarah filem Parasite turut memberikan sumbangan sebanyak 100 juta Won (RM351,618.50) untuk membantu misi pencegahan COVID-19.
Sebenarnya, ramai lagi selebriti mereka yang turut menderma untuk membantu masyarakat Korea dalam situasi wabak COVID-19 yang agak teruk disana. Kerja sosial ini turut boleh dipuji kerana kepekaan mereka dalam membantu masyarakat sememangnya wajar dijadikan contoh kepada semua.
Semoga lebih ramai pihak turut sama prihatin, tidak kiralah dimana sahaja korang berada. Jaga diri dan jaga jarak, amalkan penggunaan hand sanitizer dan topeng muka jika berada di luar.
Stay safe people!
Sumber: Twitter K_DramaIndo