
Viral di media sosial tentang kematian adik Adam Rayqal yang ditemui dalam peti sejuk selepas pengasuhnya mendakwa Adam telah diambil oleh bapanya dua hari lepas.
Kematian Adam ditangisi oleh hampir seluruh masyarakat Malaysia kerana menganggap ia adalah sesuatu yang kejam dan tidak berhati perut.
Selebriti tempatan juga tidak terkecuali untuk menzahirkan kedukaan atas tragedi yang menimpa ibu bapa Adam, Farrah Madihah Othman dan Mohd Sufi Naeif.
Penyanyi Wany Hasrita turut meluahkan kesedihan di ruangan IG stories miliknya
Walaupun masih belum berumah tangga, selebriti remaja juga turut bersimpati dan berduka cita atas apa yang terjadi kepada keluarga mangsa.
Farah Dhiya juga antara selebriti yang berkongsi emosi tentang kes yang terjadi pada adik Adam
“Stop judging and shaming the parents of Adam Rayqal”, antara yang ditulis oleh Lisa Surihani kepada netizen yang menghentam susulan daripada kes tersebut.
Kita yang mendengar berita ni pun dah sedih, apa lagi kaum keluarga Adam sendiri. Kami ucapkan salam takziah dan semoga mereka terus kuat untuk menempuh ujian dari Allah SWT ini.
Sumber: Instagram
Resepi Keropok Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Lekor. Guna 4 Bahan Je Rupanya!

“Alahai, bila la PKP ni akan berakhir sebabnya craving sangat dengan keropok lekor yang dekat pasar malam tu. Kena tunggu habis PKP ni la jawabnya…”
Keropok lekor adalah snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia. Berbeza dengan keropok biasa, keropok lekor mempunyai sedikit isi ala-ala fish stick. Luarannya yang rangup dan dalamannya lembut menjadikan keropok lekor begitu enak dinikmati.
Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini selengkapnya.
Bahan-bahan
8 Ekor ikan kembung
Garam
Ajinamoto
Tepung ubi atau tepung sagu
Cara membuat keropok lekor rangup!
- Hiris ikan, ambil bahagian isi sahaja.
- Kisar isi ikan guna mesin pengisar kering dan kisar sampai lumat dan hancur.
- Kemudian masukkan isi ikan dalam mangkuk dan campurkan garam serta ajinamoto.
- Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan tepung ubi atau tepung sagu, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
- Tabur tepung di atas pencanai uli, keluarkan doh keropok lekor kemudian bentukkan adunan menjadi panjang.
- Setelah siap bentukkan adunan keropok lekor menjadi panjang, panaskan air beserta sedikit garam dan rebus adunan keropok lekor sampai masak.
- Keropok lekor yang dah siap masak, tapis dan buang air rebusan. Sejukkan keropok lekor, kemudian keropok lekor dah boleh di goreng!
Senang je sebenarnya nak buat keropok lekor sendiri, yang penting tahu cara dan bahan-bahannya. Jadi jom hari ini jadikan keropok lekor menu untuk minum petang!
Moga resepi ini bermanfaat kepada semua, selamat mencuba.
Firasat Gadis 14 Tahun Jadi Kenyataan, Maut Di Tangan Suami Tak Sampai Sebulan Nikah

Kahwin muda! Darah juga masih muda! Belum mampu membuat keputusan dengan tepat hingga berakhir dengan tragedi.
Jika di negara kita memerlukan undang-undang dan kebenaran mahkamah untuk berkahwin di bawah umur (16 tahun bagi perempuan) tetapi di negara seberang, tidak menjadi soal. Tidak hairanlah pada usia 14 tahun, sudah ramai anak gadis mendirikan rumah tangga. Namun kerana ketidakmatangan mengemudi bahtera rumahtangga, ia berakhir dengan tragedi pembunuhan.
Di Lingkungan Harapan Tallumae, Mukim Bukaka, Daerah Tanete Riattang, Bone Sulawasi Selatan heboh dengan kisah seorang suami menikam isterinya sebanyak 20 kali tidak sampai sebulan keduanya bernikah.
Selmi, 14 tahun maut dibunuh suaminya sendiri, Kamaluddin, 20 tahun pada Jumaat lalu.
.
Menurut laporan Tribun Bone, biar sudah lama menjalin hubungan cinta, selepas bernikah pasangan suami isteri muda ini kerap bergaduh mulut tetapi kemudian berbaik semula selepas dinasihatkan oleh orang tua mereka.
Menurut jiran terdekat pasangan ini, pada malam sebelum kejadian, kedengaran keduanya masih bergelak ketawa sebelum Selmi (sebelum ini tinggal di rumah keluarga Selmi) dibawa oleh suaminya pulang ke rumah orang tuanya. Namun Selmi enggan mengikut suaminya pulang tetapi kemudian akur apabila dipujuk oleh kedua orang tuanya.
“Aku Ikut Dia, Pulang Tinggal Jasad”
Bahkan sebelum keluar melangkah dari rumah ibu bapanya, Selmi sempat memberitahu jika dia mengikut suaminya pulang pada malam itu, dia tak akan kembali lagi sebaliknya hanya jasadnya sahaja yang akan pulang.
“Aku akan mati jika mengikutnya. Namun memikirkan usianya masih muda, kedua orang tuanya siap memujuk.
Dan ternyata firasat gadis ini menjadi kenyataan apabila maut di tangan suaminya sendiri. Dalam pada itu dimaklumkan punca pembunuhan ini terjadi selepas Selmi mengakui sudah tiada lagi perasaan cinta kepada suaminya dan kerana itulah suaminya beremosi hingga bertindak di luar batasan.
.
Suami ada kes jenayah bunuh
Dalam pada itu, siasatan pihak berkuasa mendapati Kamaluddin pernah dihukum penjara atas kes bunuh seorang lelaki dan dia dijatuhi hukuman 7 tahun oleh pihak berkuasa. Malah ketika baru setahun menjalani hukuman penjara dan di saat perlu dipindahkan ke penjara lain, tidak tahu bagaimana Kamaluddin boleh dibebaskan.
Ternyata, tidak mudah untuk mengemudi bahtera rumah tangga pada usia muda apatah lagi bersikap panas baran. Sepatutnya belajarlah mengawal emosi kerana apabila menurut nafsu, padah buruknya. Sumber / gambar : Tribun Bone
Miss Malaysia Kempunan Beraksi Di Pentas Miss World Selepas Positif COVID-19

Setelah beberapa minggu berada di Puerto Rico untuk mewakili Malaysia di pertandingan Miss World 2021, akhirnya tiba masa untuk Dr. Lavanya Sivaji berada di pentas akhir pertandingan ratu cantik berprestij itu demi merebut gelaran Miss World pada tahun ini.
Bagaimanapun, satu perkhabaran menyedihkan hadir semalam setelah wanita berusia 25 tahun itu disahkan positif COVID-19 setelah dia menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) yang diwajibkan ke atas para peserta.

Berita tersebut telah dimaklumkan oleh Pengarah Nasional Miss World Malaysia, Dr. Sean Wong semalam menerusi satu kenyataan media yang dikemukakan.
“Doktor telah menilai keadaan kesihatannya dan dia kini sihat sahaja. Namun menurut Organisasi Miss World dan garis panduan yang ditetapkan, sekiranya ada peserta yang positif ujian PCR untuk COVID-19, peserta tersebut akan diminat untuk diasingkan bagi tempoh 10 hari dan tidak dibenarkan untuk berada di atas pentas semasa acara akhir.
“Biarpun tidak akan berada di pentas tersebut, Organisasi Miss Wrld telah memberikan kami jaminan bahawa para peserta yang terkesan dengan jangkitan wabak ini masih akan diadili oleh para juri dan masih mampu memenangi gelaran Miss World 2021.
“Para juri akan melihat kepada bakat unik mereka, persembahan terdahulu dan video yang telah direkodkan sebelum membuat keputusan,” ujarnya.

Dr. Lavanya Sivaji merupakan salah seorang wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik tahun ini yang menerima perhatian penyokong tempatan. Ini berikutan ketiadaan wakil negara ke Miss Universe 2021 sebelum ini dek kerana lokasi pertandingan yang dilangsungkan di Eilat, Israel.
Perkhabaran ini sudah semestinya membuatkan penyokong merasa sedikit kecewa kerana sekali lagi tidak dapat melihat wakil negara beraksi. Tambahan pula apabila Dr. Lavanya tampil tidak kurang hebatnya berbanding wakil negara lain sejak dia tiba di Puerto Rico pada November lalu hingga sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN : Ratu Malaysia Jadi Sasaran 16,000 Warganet Indonesia Gara-Gara Kain Batik – REMAJA
Tidak mengapalah guys, faktor kesihatan tetap harus diutamakan. Cuma nasib yang tidak menyebelahi Malaysia setelah wakil negara dijangkiti wabak COVID-19.
Terdahulu semasa pertandingan Miss Universe 2021 dilangsungkan, hanya seorang pesertanya yang positif COVID-19. Wakil Perancis, Clémence Botino didapati positif hanya beberapa hari setelah tiba di Israel. Bagaimanapun, gadis berusia 24 tahun itu selamat menjalani proses kuarantin selama 10 hari dan sempat bersaing di pentas akhir hinggakan berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 peserta terbaik.
ARTIKEL BERKAITAN : Berani & Percaya Diri. Ini Penampilan TANPA SOLEKAN 8 Finalis Miss Universe 2021 – REMAJA
BACA LAGI : Boleh! Wakil Pertama Bahrain Ke Miss Universe Minta Untuk Tidak Pakai Bikini – REMAJA
[KEMAS KINI]
Organisasi Miss World mengumumkan bahawa mereka memutuskan untuk menangguhkan tarikh pentas akhir Miss World 2021. Bagaimanapun, mereka masih belum menyatakan tarikh sebenar yang dipilih dan hanya memaklumkan acara akhir akan didakan di Puerto Rico Coliseum Jose Miguel Agrelot dalam tempoh 90 hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.