Selebriti Luah Rasa Sedih Susulan Kes Adam Rayqal

Share

Viral di media sosial tentang kematian adik Adam Rayqal yang ditemui dalam peti sejuk selepas pengasuhnya mendakwa Adam telah diambil oleh bapanya dua hari lepas.

Kematian Adam ditangisi oleh hampir seluruh masyarakat Malaysia kerana menganggap ia adalah sesuatu yang kejam dan tidak berhati perut.

Selebriti tempatan juga tidak terkecuali untuk menzahirkan kedukaan atas tragedi yang menimpa ibu bapa Adam, Farrah Madihah Othman dan Mohd Sufi Naeif.

Penyanyi Wany Hasrita turut meluahkan kesedihan di ruangan IG stories miliknya

Walaupun masih belum berumah tangga, selebriti remaja juga turut bersimpati dan berduka cita atas apa yang terjadi kepada keluarga mangsa.

Farah Dhiya juga antara selebriti yang berkongsi emosi tentang kes yang terjadi pada adik Adam

“Stop judging and shaming the parents of Adam Rayqal”, antara yang ditulis oleh Lisa Surihani kepada netizen yang menghentam susulan daripada kes tersebut.

Kita yang mendengar berita ni pun dah sedih, apa lagi kaum keluarga Adam sendiri. Kami ucapkan salam takziah dan semoga mereka terus kuat untuk menempuh ujian dari Allah SWT ini.

Sumber: Instagram

Published by
Noor Ain Norman