Selebriti Malaysia ‘Berkampung’ Di Milan Demi Onitsuka Tiger, Lihat Gaya Mereka!

Share

 

Minggu Fesyen di negara Eropah mulai hangat dilangsungkan pada bulan ini bersempena kempen musim bunga/panas 2023 and it can only mean one thing : penampilan selebriti!

Jika pada minggu lalu, peminat teruja menyaksikan kelibat beberapa selebriti kelahiran Malaysia berada di kota New York sebagai jemputan khas ke pertunjukan fesyen Coach. Antaranya termasuklah penyanyi Yuna, Joe Flizzow, Daiyan Trisha dan pengacara, Yaya Zahir.

Pada minggu ini mula, sekumpulan lagi selebriti Malaysia telah ‘terbang’ ke Milan, Itali untuk pertunjukan fesyen jenama pakaian sukan dari Jepun, Onitsuka Tiger pula pada 21 September 2022. Mereka terdiri daripada duta pertama Onitsuka Tiger dari Malaysia Hael Husaini, Daiyan Trisha dan pasangan fesyenista negara, Scha Alyahya serta Awal Ashaari.

Wakil Malaysia bersama selebriti Indonesia, Luna Maya.

Di bawah kelolaan Andrea Pompilio yang juga bertanggungjawab ke atas hala tuju jenama Asics, Onitsuka Tiger perlu membuktikan bahawa persalinan kasual dan sukan yang sudah sinonim dengan jenama itu juga boleh ditransformasikan dengan rekaan dan siluet yang berbeza.

Helaian pakaian daripada koleksi Onitsuka Tiger kali ini majoritinya terdiri daripada warna hitam dan putih. Kedengaran basic namun ia diolah dengan cara Andrea. Pilihan seluar trek kelihatan kemas, manakala hoodie labuh hingga melepasi lutut pula dipadankan dengan celana pendek di dalam.

Hael Husaini.

Ternyata, Andrea memilih konsep uniseks bagi koleksi kali ini apabila setiap satu boleh digayakan oleh mana-mana jantina; seperti yang ditunjukkan oleh selebriti Malaysia yang berada di sana.

Hael Husaini memilih top labuh bersama jaket bomber berkolar, manakala Daiyan pula kelihatan edgy dalam persalinan sweater dress dan skirt bersama sneakers putih.

(Dari Kiri) : Kim Yugyeom dari Got7 dan Hael Husaini.
(Dari Kiri) : Daiyan Trisha dan Hael Husaini.
Daiyan Trisha.

Kehadiran Scha Alyahya dalam dress serba hitam bersama sarung kaki berpaten belang harimau (juga dalam rona hitam) bertambah menarik apabila pasangannya, Awal Ashaari bertindak berani untuk memadankan top putih dan vest hitam dengan aksesori skaf kepala.

Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Scha dan Awal kini akan terus berada di Milan bagi menghadiri beberapa lagi pertunjukan fesyen jenama terkemuka seperti Moschino, Emporio Armani dan Boss.

Untuk melihat koleksi penuh Onitsuka Tiger musim bunga/luruh 2023, KLIK DI SINI.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

”.

Published by
FZ