Kredit: Kosmo

Baru-baru ini, usaha pelakon Datin Seri Umie Aida dan usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa membuahkan hasil apabila berjaya mengumpul dana kutipan sebanyak RM300,000 menerusi program Bersamamu Rafah bagi membantu meringankan beban rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel.

Program itu dianjurkan oleh Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dengan kerjasama Musolla Aisya. Dan menurut penaung Musolla Aisya, Datin Seri Umie Aida berkata, pihaknya mensasarkan kutipan dana sebanyak RM500,000 untuk Tabung Bersamamu Rafah.

“Alhamdulilah Datuk Alha selalu menyokong dan kami bekerjasama sejak tahun lalu iaitu dalam program bersama berkaitan Palestin juga” – Umie Aida

“Kami berharap agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama menjayakan usaha ini. Setiap sumbangan yang diberikan akan membawa sinar harapan kepada saudara kita di Rafah yang menghadapi pelbagai kesukaran” – Umie Aida

Jelasnya lagi, tabung Bersamamu Rafah itu akan mengumpul kutipan dana bermula hari ini sehingga 8 Jun.

Ads
Selebriti & Pempengaruh Sasar Setengah Juta Kumpul Dana Tabung Bersamamu Rafah
Kredit: Instagram @alhaalfa

Sementara itu, Datuk Alha Alfa selaku penaung Penubuhan Erat Kasih Alha Alfa berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran semua pihak untuk menyertai acara itu dan menyumbang kepada Tabung Bersamamu Rafah. Pihaknya juga turut menyumbang sebanyak RM150,000 hasil kutipan jualan produk di platform Tiktok.

Ads

“Marilah kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang sesama manusia” – Alha Alfa

Kerjasama strategik ini juga disokong oleh rakan kolaborasi, Cinta Gaza Malaysia dan AICT Global dalam memastikan matlamat kutipan dana ini dapat dicapai. Tidak ketinggalan, pengasas produk, perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang turut serta memberi sokongan terhadap inisiatif mulia ini.

Ads

Program Bersamamu Rafah ini juga diserikan dengan kehadiran 80 orang selebriti dan pempengaruh seperti Zizi Kirana, Kaka Azraff, Beto Kusyairy, Vanidah Imran, Lufya, Fouziah Gous, Lan Pet Pet dan ramai lagi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI