
Kisah ‘Royal Family’ sememangnya sentiasa mendapat liputan yang cukup sensasi daripada pelbagai media terutamanya keluarga diraja British yang dikepalai oleh Queen Elizabeth II.
Walau apa jua orang memperkatakan tentang mereka namun hakikatnya berita tentang Royal Family sentiasa menjadi bualan ramai dan tular di laman media sosial. Dan semalam Kensington Palace telah mengumumkan berita yang cukup menggembirakan keluarga diraja ini dan juga seluruh rakyat Great Britain.
Menerusi Instagram rasmi Kensinton Palace, mereka mengumumkan berita kehamilan isteri Prince Harry iaitu Megan Markle. Pasangan yang berkahwin pada awal tahun ini di beritakan cukup gembira dengan berita ini dan turut berkongsi kebahagian ini bersama rakyat jelata.
BACA: Tiara Ratu Elizabeth Dipinjam Sekali Lagi, Kali Ini Kepada Princess Eugenie
Menurut pengumuman di Instagram tersebut, ‘the royal baby’ dijangka akan dilahirkan pada bulan Mac 2019. Pasangan yang memegang gelaran Duke dan Duchess of Sussex ini turut melahirkan rasa penghargaan kepada sokongan daripada masyarakat pelbagai lapisan di seluruh dunia yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Kedua-dua mereka kini berada di Australia di atas lawatan rasmi ke negara tersebut. Berita kehamilan ini turut mendapat reaksi daripada selebriti-selebriti terkenal seperti Ellen DeGeneres, Andy Lee, Lily Allen, Bec Judd dan ramai lagi.
Rata-rata memang cukup teruja dengan berita ini dan tidak kurang juga yang berjenaka sambil mengucapkan tahniah.

Is it gonna be baby boy or baby girl? Hiks!
Tahniah Prince Harry & Megan!
“Lepas Ini Mak Tak Payah Jaga Lagi, Kakak Nak Pergi Jauh…”, Kata Akhir Pelajar Sebelum Maut

Ungkapan seorang anak yang meminta emaknya memberi tumpuan kepada adiknya sebelum keluar dari rumah pada Sabtu malam benar- benar menjadi kenyataan apabila dia dan kenalan lelakinya, maut selepas terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Ampang semalam.
“Lepas ini mak tak payah jaga kakak dah, kakak nak pergi jauh, selama-lamanya. Jaga saja adik” yang diungkapkannya sebelum keluar rumah memberi petanda dia ingin pergi selama-lamanya.
Kisah sedih ini dikongsikan oleh ibunya, Arizah Daud, 47 yang mengakui berasa amat sedih selepas kehilangan anak sulungnya, Nur Athirah binti Rohaizak, 17, pelajar SMK Bangsar yang maut dalam kejadian 5.55 pagi semalam di Jalan Ampang. Selain Athirah, kenalan lelakinya yang juga penunggang motosikal, Muhammad Fitri Samsudin, 19 tahun turut maut di lokasi kejadian.
“Sedih dan sebak hati saya. Tiada kata-kata mampu saya tuturkan,” katanya yang juga seorang balu selepas kematian arwah suaminya, Rohaizak bin Hamad kira-kira 7 tahun lalu.


Berkongsi kisah sedih ini, Arizah yang juga pengidap kanser payudara yang kini sudah merebak ke organ paru-parunya berkata, malam sebelum kejadian, anak sulungnya yang disapa Mok sudah tidur sebelum seseorang melaungkan namanya dari bawah mengajak keluar.
“Arwah bangun dari tidurnya. Dia ada minta duit RM10 dari pakciknya. Beriya-iya dia merayu minta duit itu bila pakciknya enggan beri. Katanya ini yang terakhir. Selepas ini dah tak minta dah. Malah arwah juga sempat berpesan pada neneknya agar tidak dikuncikan pintu rumah kerana mudah untuk dia masuk nanti.
“Pada saya dia cakap, selepas ini mak tak payah susah-susah jaga kakak lagi. Kakak nak pergi jauh dan jaga saja adik,” katanya yang sama sekali tidak menyangka anaknya maut kerana dia hanya mendapat berita ini selepas melihat whats app yang sudah viral di telefon bimbit jirannya.
“Saya nampak ic dan saya tahu itu anak…”
Jelas Arizah, pada pagi kejadian, dia ke Eco City berdekatan rumahnya untuk pendaftaran mengundi. Ketika itu jam lebih kurang 11 pagi.
“Semasa duduk sebelum jiran, dia sedang melihat-lihat telefon bimbitnya sebelum memaklumkan kepada saya, ada pelajar sekolah meninggal dunia di Jalan Ampang dan kad pengenalan mangsa sudah disebarkan melalui aplikasi Whats App itu. Memandangkan line agak perlahan, jadi ia mengambil masa sedikit. Tapi sebaik terpandang kad pengenalan anak, terus saya menangis. Emak minta saya jangan rebah dan ketika itu laju saja kaki melangkah dengan juraian air mata. Saya tak boleh nak berkongsi kesedihan ketika itu dengan sesiapa. Anak yang baru saja saya tengok depan mata tetapi hanya berita kesedihan yang saya dapat bila anak sudah jadi mayat.
“Saya pun tak tahu seberapa laju saya melangkah. Masa 20 minit hanya jadi 10 minit untuk sampai ke rumah. Sampai saja depan rumah, sudah ada anggota polis yang menunggu untuk memaklumkan kejadian ini,”katanya yang tak mampu menahan sebak di dada. Berkali-kali air matanya mengalir. Terlalu sebak dan sedih kerana Athirah anak perempuan sulung yang diharap mampu menjaganya kala sakit tetapi ternyata, anaknya itu pergi dahulu dijemput illahi.

Mengakui agak tertekan kerana kejadian ini, ditambah kanser payudara yang dihidapinya, kata Arizah, dia hanya mampu menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Ada macam-macam cerita saya dengar dan orang cakap. Kami hanya menunggu CCTV mengenai punca kematian. Polis cakap kejadian langgar lari, ada laporan akhbar cakap langgar pokok dan sebagainya,” katanya yang memaklumkan, jenazah anaknya dan kenalannya itu dimandi dan dikafankan di PPHUKM sebelum disolatkan di Kampung Limau di sini.
Sebagai ibu yang terpaksa menangung semua perbelanjaan selepas suaminya meninggal dunia, ditambah kanser payudara dihidapinya malah sebelah dari payudaranya sudah dibuang, kata Arizah apa yang dibimbanginya adalah keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
“Saya kini menumpang rumah emak di Blok 100, PPR Seri Pantai, Pantai Dalam bersama adik beradiknya yang lain. Saya sudah berkali-kali membuat permohonan rumah tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.
“Begitu juga dengan bantuan Baitulmal. Baru ini saja dapat selepas membuat rayuan banyak kali. Buat masa ini saya berniaga nasi lemak yang dimasak emak kerana dengan itu sajalah dapat menampung perbelanjaan sekolah anak dan lain-lain. Lain-lain kemahiran saya tak ada, hendak bergerak dengan cergas pun susah dengan masalah kesihatan ini,” katanya yang sangat berharap agar dapat menyewa rumah PPR kelolaan DBKL kerana dia sudah puas merayu.
“Sekarang ini saya selalu keluar masuk hospital. Kadang berhari-hari tambahan pula kanser sudah merebak ke paru-paru. Kadang hendak bernafas pun payah, tetapi kata orang hidup perlu diteruskan juga selagi ada hayat,” katanya sedih.

Dalam pada itu, ketua Blok 100, Azanam berkata, semua urusan mengenai keluarga ini turut diambil berat oleh pihaknya.
“Kami bersama-sama menyembahyangkan jenazah dan membantu sebarang urusan pengkebumian. Saya memang memahami masalah dihadapi oleh jiran ini dan usaha untuk dia memohon rumah sudah dilakukan, Cuma sekarang bergantung kepada pihak berkuasa memandangkan keadaan kesihatan dihadapinya sekarang ini,” katanya yang hadir sama bersama Remaja ke rumah keluarganya siang tadi.
Bagi yang mahu membantu meringankan beban keluarga ini, bolehlah salurkan ke akaun Maybank atas namanya, Arizah binti Daud di akaun 114254045494.
Baca juga catatan kawan sekolahnya yang berkongsi segala-galanya.
Mengarut Dan Boleh Ancam Nyawa, Ini 4 Trend “Social Media Challenges” Yang Pernah Viral!

Dulu, trend “Social Media Challenges” atau pun cabaran sosial media di telefon bimbit dianggap salah satu cara release tension atau sekadar suka-suka. Namun, kini ketagih penduduk dunia terhadap cabaran media sosial ini dilihat sudah ditahap melampau malah turut mengundang bahaya.
Baru-baru ini timbul pula satu lagi cabaran yang sedang popular di seluruh dunia iaitu ‘tripping jump challenge’ yang mana cabaran ini melibatkan seorang individu yang berada di tengah akan di-prank kononnya perlu melompat setinggi mungkin, sementara dua lagi rakan di sebelahnya akan menyepak kaki individu tersebut.
Antara kecederaan yang akan dihadapi, risiko kecederaan serius pada kepala, sekiranya bahagian itu terhentak dengan kuat di lantai sewaktu terjatuh. Pastinya, bahaya yang menanti sekiranya kepada terhentak dengan kuat ke atas konkrit, misalnya berlaku gegaran otak.
Sepanjang cabaran ini tular, seorang remaja perempuan di Brazil meninggal dunia selepas melakukan permainan yang popular dalam kalangan remaja.
Selain ‘tripping jump’/ ‘skullbreaker challenge’, ini 4 cabaran yang pernah popular di media sosial yang turut mendatangkan bahaya sehingga membawa maut.
- Momo challenge
Korang masih ingat dengan kes kanak-kanak mati sebab terpengaruh dengan “Momo Challenge” tahun lepas?
Cabaran ini meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’ menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook. Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.
Menurut sumber, cabaran ini juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.
2. Choking game
Cabaran ini pernah mencetuskan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia. Cabaran yang turut diberi nama ‘pass-out challenge’ memerlukan seseorang bertindak menekan dada dengan kuat hingga tidak bernafas selama beberapa saat.
Kesan daripada tekanan (choking) itu dikatakan akan menyebabkan hilang nafas selama beberapa saat, namun ia juga boleh mengundang maut.
3. Keke challenge
Cabaran ini ramai rakyat Malaysia buat, artis pun tak ketinggalan melakukan cabaran ini. Cabaran yang memerlukan pencabar turun dari kereta bergerak sambil menari untuk lagu ‘In My Feeling’ oleh penyanyi, Drake. Rata-rata, cabaran ini menerima kecaman kerana bukan sahaja membahayakan malah tidak kelihatan bermoral.
Ketika cabaran itu menular, Arab Saudi mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kekechallenge atas sebab yang sama, tidak selamat dan mungkin tidak bermoral.
4. Cabaran Bird Box
Cabaran Bird Box ini pula timbul inspirasi dari filem Netflix yang mana ia memerlukan mereka melakukan pelbagai kegiatan termasuk memandu, berjalan dan membeli-belah dengan mata mereka ditutup dengan kain. Ish…serius bahaya kan!
Dalam senarai video cabaran diatas, sebenarnya, ada lagi kes-kes kematian. So apa pendapat korang?
Adakah Filem Seram Sihir SICCIN Terinspirasi Dari Kitab Kuno Ini? Artifak Purba Ini Cuba Dijual USD 1.86 Juta

Filem seram dari Turki yang terinspirasi dari kisah benar mengenai ilmu sihir, SICCIN mendapat sambutan hangat dari peminat filem seram. Bermula dari Siccin 1, filem ini diteruskan sehingga ke Siccin 7 dan masih mendapat sambutan dari peminat-peminatnya.
Ternyata adaptasi kisah benar iaitu ritual sihir serta pengguna jin yang diamalkan begitu meluas di Turki ini diakui peminat sebagai seram yang berjaya menarik perhatian mereka.
Namun perkongsian di page The Major mengenai kitab sihir purba berasal dari Syria dan diseludup dan dirampas di Turki ini mempunyai hubung kait dengan filem seram mengenai sihir Sicccin? Kalau diteliti dari muka surat kitab purba ini ia memang nampak menyeramkan.
Baca perkongsian artikel ditulis oleh Mohd Fauzi Bin Shamsir ini.
Polis Turki telah menahan empat orang lelaki yang dipercayai bekas pejuang Faylaq al-Rahman dan seorang warganegara Turki sewaktu dalam perjalanan untuk melakukan urusniaga dengan pembeli yang berniat untuk menjual dua buah skroll manuskrip dipercayai adalah dari kitab Talmud langka, dan satu buku manuskrip kuno yang ditulis dengan berlapis emas di tempat kejadian yang terletak di wilayah barat laut Bilecik pada 8 Mei, lapor RT TV Rusia pada 11 Mei lalu .
Akhbar Turki Daily Sabah menyatakan bahawa pihak Polis telah merampas dua buah skroll Talmud kuno sewaktu penangkapan keatas kumpulan tersebut . Menurut akhbar lagi , artifak purba tersebut adalah dengan bernilai USD $ 1.86 juta.
Polis di wilayah Aksaray tengah bahagiam Turki telah melakukan siasatan lebih lanjut setelah kejayaan mereka telah menemui Alkitab bersejarah di dalam sebuah kereta milik warga Syria dan Iraq http://sabahdai.ly/O6hzaU.
Sumber dari pihak pembangkang kerajaan Syria telah mengesahkan bahawa sekumpulan pejuang Faylaq al-Rahman yang diberkas itu telah mencuri Taurat kuno tersebut dari sebuah tempat rumah ibadat berusia 2.000 tahun di daerah Jobar, di timur ibu kota Syria, Damsyik.
Daerah itu kini telah berada di bawah kawalan kumpulan pejuang yang disokong AS Faylaq al-Rahman dari tahun 2013 hingga Mac 2018, setelah akhirnya dapat dibebaskan oleh pihak Tentera Arab Syria (FSA).
Setelah pembebasan wilayah Jobar, pihak aktivis yang berpihak kepada pro-pemerintah kerajaan Syria mendedahkan bahawa banyak lagi dari rumah ibadat Yahudi bersejarah di daerah ini telah dijarah dan dimusnahkan oleh pejuang Faylaq al-Rahman, yang bahkan telah melakukam dengan menggali terowong bawah tanah menuju ke bawah lokasi kuil bersejarah itu dalam usaha mencuri "harta karun Yahudi".
Dengan terdedahnya penangkapan ini adalah skandal kedua yang melibatkan kumpulan "pembangkang" Ghouta Timur dapat dikaitkan setelah mereka mengundurkan diri dari wilayah tersebut.
Pada 5 Mac, agensi berita Iran, Fars telah mendedahkan bahawa pemimpin politik yang bernama Jaysh al-Islam Mohammed Alloush telah mencuri sebuah harta khazanah purba yang dianggarkan bernilai USD $ 47 juta daripada kumpulannya sendiri sebelum dia melepaskan jawatannya.
Gulungan skroll itu dikatakan telah dihasilkan daripada kulit haiwan liar , gazelle dengan bersulam emas dan dihiasi dengan pelbagai hiasan seperti permata jenis ruby dan zamrud dalam pelbagai saiz.
Setelah penyiasat membongkar kes kecurian gulungan skroll itu dengan melakukan siasatan lebih teliti, mereka telah melaporkan menemui sesuatu yang aneh di salah satu mukasurat daripada skroll itu dengan lakaran – gambar kepala kambing yang kelihatan seolah kelihatan terbentuk seperti rupa pentagram:
Terdapat lebih banyak skroll dan manuskrip diambil daripada kitab Talmud yang dijumpai di Syria pada tahun 2018 dengan menampilkan lebih banyak lakaran ,sigil dan simbolisme berunsur sihir hitam Setan seperti iblis Baphomet, segitiga Illuminati dengan mata semua yang melihat, fitnah darah, ular, tanda tangan kabbalah, burung hantu dan banyak lagi perkara lain.
Kredit :: Zaid_wordpress.com