Selebriti Popular Tumpang Gembira Dengan Berita Royal Baby Megan Markle & Prince Harry

Share

Kisah ‘Royal Family’ sememangnya sentiasa mendapat liputan yang cukup sensasi daripada pelbagai media terutamanya keluarga diraja British yang dikepalai oleh Queen Elizabeth II.

Walau apa jua orang memperkatakan tentang mereka namun hakikatnya berita tentang Royal Family sentiasa menjadi bualan ramai dan tular di laman media sosial. Dan semalam Kensington Palace telah mengumumkan berita yang cukup menggembirakan keluarga diraja ini dan juga seluruh rakyat Great Britain.

Menerusi Instagram rasmi Kensinton Palace, mereka mengumumkan berita kehamilan isteri Prince Harry iaitu Megan Markle. Pasangan yang berkahwin pada awal tahun ini di beritakan cukup gembira dengan berita ini dan turut berkongsi kebahagian ini bersama rakyat jelata.

BACA: Tiara Ratu Elizabeth Dipinjam Sekali Lagi, Kali Ini Kepada Princess Eugenie

Menurut pengumuman di Instagram tersebut, ‘the royal baby’ dijangka akan dilahirkan pada bulan Mac 2019. Pasangan yang memegang gelaran Duke dan Duchess of Sussex ini turut melahirkan rasa penghargaan kepada sokongan daripada masyarakat pelbagai lapisan di seluruh dunia yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Kedua-dua mereka kini berada di Australia di atas lawatan rasmi ke negara tersebut. Berita kehamilan ini turut mendapat reaksi daripada selebriti-selebriti terkenal seperti Ellen DeGeneres, Andy Lee, Lily Allen, Bec Judd dan ramai lagi.

Rata-rata memang cukup teruja dengan berita ini dan tidak kurang juga yang berjenaka sambil mengucapkan tahniah.

British Army turut mengucapkan tahniah buat pasangan Prince Harry dan Megan Markle di atas berita gembira ini.

Is it gonna be baby boy or baby girl? Hiks!

Tahniah Prince Harry & Megan!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim