Namun bagi sesetengah daripada mereka yang ikhlas berkarya demi minat, bakat dan peminat sendiri, populariti kadangkala tidak menjamin mereka akan gembira dengan karier seni.
Mungkin itulah yang dirasai oleh penyanyi dan pelakon berbakat, Naim Daniel.
Menerusi satu posting di Instagram kelmarin, dia meluahkan rasa kecewa mengenai tanggapan segelintir masyarakat mengenai kehidupan seorang selebriti.
“Ada masalah sebelum show, orang tak peduli.
“Kalau terlepas pandang seorang peminat, dibilangnya angkuh.
“Awak tak boleh buat silap, jangan sekali. Sebab orang akan lupa segala satu benda manis yang pernah awak kerjakan.
*
Naim juga jelas kecewa dengan isu bayaran murah terhadap penyanyi setiap kali dia menjayakan persembahan.
“Pekerjaan awak ini mungkin nombor 900 yang penting di dunia, kalau boleh lagi murah rate awak, lagi orang nak.
“Lagi kesian bila orang tanya, “Main alat muzik atau menyanyi je pun takkanlah mahal?” Padahal mereka lupa, selain beruang, manusia juga perlu cari makan. Kita masih perlu membayar segala bil dan belanja.
“Tapi yalah, awak penghibur, mana logik bayar mengikut kemahiran awak kan?”
Luahan Naim yang merupakan salah seorang coverstar untuk Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019 juga mendapat respon balas yang bersetuju dengannya.
Antara yang menyatakan sokongan dan persetujuan terhadap nasib seorang penghibur seperti Naim ialah rakan seperjuangannya sendiri.
Ia termasuklah Ismail Izzani, Wani Kayrie, Fieya Julia, Afieq Shazwan, Sissy Iman, Sarah Suhairi, Charis Ow dan Sheryl Shazwanie. Mereka rata-rata turut berdepan isu yang sama.
*
Bagi REMAJA, bakat/usaha seorang penghibur dan bayaran yang diterimanya haruslah seiring. Kalau kita sendiri menerima gaji bulanan yang jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya, kita pun marah kan?
Ingat, selebriti pun manusia biasa juga.