Selena Dan Justin Tak Dapat Restu Ibu – Berbaloi Ke Hubungan Keluarga Putus Sebab BF?

Share

Dunia Internet seakan berhenti sekejap apabila netizen mendapat tahu Selena Gomez dan ibunya, Mandy Teefey saling unfollow sesama sendiri di Instagram.

Lalu ramai yang membuat spekulasi bahawa mereka sedang dalam pertelingkahan disebabkan oleh seorang individu.

Justin Bieber.

Keputusan untuk unfollow itu terjadi sehari selepas Mandy dimasukkan ke hospital kerana dia melalui tekanan perasaan yang serius. Mungkin tertekan disebabkan oleh Justin?

Hal ini sebenarnya telah lama berlarutan sejak Selena Gomez dan Justin Bieber kembali menjalin hubungan kira-kira dua bulan lalu.

Keluarga Justin menerima berita tersebut dengan baik dan gembira anak bujang mereka itu sudah rapat kembali dengan Selena. Mengapa tidak, Selena banyak memberikan impak positif kepada Justin sepanjang mereka bersama pada tahun 2011 dan 2012.

Aww, comel je!

 

Namun, keluarga Selena secara terus-terang menyatakan mereka tidak sukakan hubungan tersebut lalu tidak merestui keputusan Selena untuk membaiki luka lama.

Peminat dunia pop culture serba tahu mengenai prestasi kesihatan merosot yang menggangu Selena beberapa tahun kebelakangan ini, mainly disebabkan oleh kes bersama Justin. Mungkin keluarga Selena terutamanya ibunya hanya tak mahu anaknya itu melalui fasa buruk dalam hidupnya lagi JIKA hubungan mereka tamat.

Hhm, biasalah perasaan seorang ibu yang ingin melindungi anak perempuannya. Tetapi kalau sehingga tidak merestui hubungan mereka berdua walaupun, technically, Selena sudah berusia 25 tahun dan seharusnya tahu membuat keputusan sendiri. Macam mana pula tu?

Jadi, Wajar Teruskan Hubungan Atau Tidak?

Di kalangan selebriti Hollywood, memanglah pertelingkahan di antara selebriti dan ibu bapa bukan cerita baru lagi. Tak heran pun kalau ibu dan anak tak bertegur bertahun-tahun

Tapi kita dekat Malaysia dan kita mempunyai tatasusila warga Asia.

Agama sendiri menyuruh umatnya untuk menghormati ibu bapa dan mendapatkan restu mereka dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan. Pada pendapat penulis:

01

Lebih baik sekiranya perkara ini dibawa berbincang terlebih dahulu antara pasangan dan ibu bapa. Jika boleh diselesaikan dengan duduk bercakap, kan senang. Apa yang penting, semua pihak perlu menghormati poin masing-masing.

Korang kena dengar apa yang mereka nak cakap sebagai orang tua korang, mereka pun perlu dengar sebab apa korang memilih pasangan. Jangan cuba tinggikan suara – derhaka nanti.

02

Kalau perbincangan ‘tak jalan’, barulah cuba bawa ibu bapa kepada pasangan untuk bertemu dengan ibu bapa korang. Mereka lebih mengetahui diri anak mereka sendiri, kan.

Sekurang-kurangnya, korang berdua sudah menampakkan hubungan ke jalan yang lebih serius.

03

Ibu bapa masih berkeras hati? Hhm, pergi slow-talk dengan ibu bapa dan minta mereka berikan masa sedikit untuk terima hubungan itu. Pada masa yang sama, minta mereka doakan agar korang dikurniakan jodoh yang baik dalam masa terdekat. Doa ibu tu berkat tau.

04

Korang sendiri kenalah usaha! Solat istikharah agar diberikan petunjuk sama ada pasangan adalah orang yang paling tepat untuk dijadikan teman. InsyaAllah, Tuhan akan tunjukkan jalan.

 

Published by
FZ