Ramai yang sering mengungkapkan perkataan ini tetapi sejauh manakah anda sanggup berkorban demi seorang sahabat sejati?
Ini yang berlaku pada selebriti Hollywood, Selena Gomez yang mengakui telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya, Francia Raisa. Dia yang mendedahkan perkara ini menerusi akaun Instagramnya turut berkongsi foto kesan pembedahan bersama kapsyen yang sangat menyentuh hati.
“Saya sedar ada para peminat mempersoalkan mengapa saya tidak mempromosikan muzik baru saya.
“Sebenarnya pada ketika itu saya diberitahu perlu mendapatkan pemindahan buah pinggang disebabkan penyakit Lupus yang dihadapi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan juga team doktor yang hebat kerana membantu sepanjang proses sebelum dan selepas pembedahan.
“Akhir sekali, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan kepada sahabat cantik saya, Francia Raisa di atas pengorbanan yang dilakukan olehnya. Dia telah memberikan hadiah yang tiada nilainya dengan menyumbangkan buah pinggangnya. I love you so much sis!” tulisnya.
Dalam coretannya juga, Selena memberitahu bahawa tidak ramai yang tahu tentang penyakit yang dihidapinya itu.Jadi, persoalannya apakah sebenarnya dimaksudkan dengan penyakit lupus?
Menurut data daripada Lupus Foundation of America, 1.5 juta individu di Amerika Syarikat menderita penyakit lupus. Buat anda yang mungkin tidak pernah tahu apa itu lupus, berikut merupakan tujuh fakta tentang penyakit ini.
Ads
1. Banyak simptom yang berlaku
Lupus boleh menyerang pada mana-mana anggota badan dan orang yang menghidap penyakit ini mempunyai pelbagai simptom yang berbeza-beza.
Ramai yang menderita penyakit ini pada awalnya mengalami sakit kepala, sakit-sakit otot dan lain-lain. Namun, berbeza dengan penyakit-penyakit lain, jika anda mengalami simptom ini, anda akan mengalami kesakitan yang lebih dahsyat.
Ada juga simptom-simptom lain yang boleh dilihat seperti ruam yang berbentuk rama-rama pada tulang hidung. Ruam ini merupakan satu petanda jelas tetapi tidak semua menghidap lupus mempunyai simptom-simptom ini.
2. Memerlukan tempoh yang lama untuk didiagnos
Kebanyakan doktor memerlukan tempoh yang sangat lama, sekitar lima tahun untuk mendiagnosis pesakit lupus. Ini kerana simptom-simptom penyakit ini adalah pelbagai dan berbeza-beza.
Ads
3. Menyerang beberapa sistem tubuh
Ada beberapa bahagian tubuh yang paling banyak diserang penyakit ini, antaranya adalah radang pada jantung dan paru-paru. Selain itu, buah pinggang juga sering menjadi sasaran dan inilah yang terjadi pada selebriti Hollywood, Selena Gomez.
Lupus yang menyerang buah pinggang dinamakan nefritis, yang menyebabkan radang dan tidak dapat mencuci darah dengan baik. Selain itu, lupus juga boleh menyerang kulit, sistem saraf dan sistem pencernaan.
4. Memerlukan ubat yang kuat
Oleh sebab penyakit ini agak serius, ubat yang diperlukan untuk menyembuhkannya juga perlu mempunyai kesan yang kuat dan kerana itu juga, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang luar biasa.
Ubat ini berfungsi menghentikan sistem kekebalan yang menyerang tubuh dan memberikan risiko yang tinggi, bahkan boleh menyebabkan kanser.
Ads
5. Diet khusus
Beberapa bahan makanan ternyata dapat mengaktifkan penyakit ini. Pesakit perlu mengelakkan daripada mengambil tauge kerana ia mengandungi asam amino l-canavanine yang boleh menyebabkan lupus.
6. Sinaran matahari
Pancaran matahari boleh menyebabkan ruam pada kulit, sakit sendi dan melemahkan tubuh. Lebih baik jika anda mengenakan topi dan sunblock untuk mengelakkan cahaya matahari.
7. Kebanyakan pesakit adalah wanita
Walaupun pesakit lupus ini jarang-jarang berlaku, tetapi 90 peratus daripada pesakit ini adalah golongan wanita. Namun, belum ada penjelasan yang yang jelas tentang alasan kenapa wanita lebih banyak menderita penyakit ini.
Setelah difahami, rupa-rupanya penyakit yang dihidap oleh Selena Gomez ini agak serius juga. Untuk pengetahuan anda, beberapa selebriti lain Hollywood juga pernah menghidap penyakit ini, antaranya Kristen Johnson, Toni Braxton, Shannon Boxx dan Nick Cannon.
Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti gejala-gejala penyakit lupus ini.
Setiap manusia akan melalui ujian kehidupan. Sama ada kecil, besar, berat atau ringan semuanya adalah tahap menguji keimanan seseorang. Apa yang kita perlukan hanyalah terus berdoa, memohon agar diperkuatkan hati untuk menerima takdir ditetapkan oleh Allah taala.
Empat hari lalu, viral di media sosial kisah seorang gadis Siti Halijah Abdul Rahim yang melalui musibah apabila mencuba aktiviti lasak rope swing di Kuala Kubu Bharu tapi malangnya tali yang mengikatnya gagal berfungsi dengan baik sebelum putus dan terhempas di dalam sungai.
Dari hari ke hari, adiknya Mohamad Yakub tidak pernah jemu untuk up date kisah kakaknya demi memberi kekuatan dan semangat buat kakaknya itu. Ada kalanya kisahnya sangat menyentuh hati dan semoga Halijah cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Bagi yang ingin terus menyumbang, bolehlah salurkan sumbangan ke akaun Maybank : 562106708990 atas nama Rizqin Gendua Enterprise (personal akaun terdahulu sudah ditukar atas nasihat pihak Maybank dan kini ahli keluarga menggunakan current akaun).
Dalam satu perkongsian baru ini, Yakub turut berkongsi perkembangan terkini kakaknya.
Jika beberapa hari lepas, kakaknya ada bertanya satu soalan yang membuatkan ahli keluarga terdiam.
“Lepas tu awak ada tanya aku. Dik tapak kaki aku tak leh gerak pun. Sama je lepas bedah dengan sblm bedah. Jemm otak aku Jah nk jawab soalan tu. Sebab doktor pakar ada cakap tapak kaki awak kena tengok pada saraf yang terhimpit dek tulang awak yang hancur tu. Kalau dia recovery elok, maka potensi dia nak bergerak balik tu ada. Then ko tanya aku lagi kalau tak ada? Ni solan aku tak boleh nk jawab Jah. Kita kena usaha, doa dan tawakkal. Insyaa Allah pasti ada jalan nya.
Dalam satu perkongsian semalam, Yakub turut berkongsi kisah kakaknya.
Selalu menangis kesakitan
ADIK AKU RISAU NI..
4.10.2020 doktor dah mula try bukak tiub kencing awak Jah. Awak tak berak, tak kencing dan tak rasa itu semua. Awak menangis sakit-sakit dan sakit tu yang selalu keluar dari mulut awak Jah. Awak sangat struggle. Nampak di raut wajah awak yang awak lawan sakit tu semua. Jah awak jangan down!
Awak kena kuat! Kami semua ada dengan awak Jah! Gerakkan kaki, pusingkan badan belajar pelan pelan duduk.. yes! Tak semudah kata-kata Jah but i know u! U always keep trying till u can do! Semalam awak tak boleh tak boleh tidur Jah. Sakit awak cakap kami ni tak tahu nak buat apa dah. Tak reti nk cakap ape dah. Cuma dorongan doa dan semangat yang kami mampu bagi. Malam ni aku harap kau tidur lena Jah. Ramai kawan-kawan kau datang ni bagi semangat. Fiti dan Syafiq pun datang dari RENTAS. Alhamdulillah, dia orang always asking u and how your condition.
Akan mula buat fisio
Awak senyum dan gembira bila semua orang ambil berat tentang awak. Tak lama lagi awak akan dibawa ke fisio Jah. Awak kena belajar benda baru Jah. Jangan mengalah Jah ye. Jangan fed-up Jah ye. Dia nampak benda sama dan sakit tapi dia sangat penting untuk masa depan awak Jah. Kami kat luar sini hari-hari memikirkan apa yang perlu kami buat. Yang terbaik untuk awak lepas nie. Harap lepas nie berak dan kencing awak dah boleh secara normal ye amin.
Harap awak dapat mengisi masa lapang awak dgn menikmati alam ciptaan Allah kembali Jah. Kami semua doakan awak. Cepat sembuh ye. Aku dah lama tak wresling dengan awak Jah…
Siapa yang tak kenal dengan Serena Williams bintang tenis bertaraf dunia ini. Melihat kelincahannya beraksi di gelanggang tenis tidak pernah membuatkan kita kecewa.
Namun, malangnya bintang tenis terkemuka dunia ini mengumumkan akan bersara daripada dunia tenis tidak lama lagi.
Menurut laporan Vogue, Serena Williams memberitahu keputusannya yang mahu bersara adalah kerana ingin menambah bilangan ahli keluarganya.
Tindakannya ingin mempunyai anak lagi adalah kerana anak perempuannya, Olympia yang berusia 4 tahun itu berhasrat mahu menjadi seorang kakak.
Serena yang membesar dengan lima adik beradik perempuan menyatakan kakaknya adalah wira terhadap dirinya. Jadi memberikan Olympia seorang adik merupakan keputusan yang telah lama difikirkan oleh Serena.
Pada tahun 2017, ramai tidak menyedari bahawa ikon tenis tersebut sedang mengandung Olympia ketika perlawanan Terbuka Australia. Disebabkan usianya kini sudah 41 tahun membuatkan Serena ingin lebih fokus kepada keluarga.
Serena berkata dia dan suami sedang berusaha untuk mempunyai anak lagi. Mengikut maklumat kesihatan daripada doktor Serena menyatakan bahawa mereka boleh menambah bilangan ahli keluarga apabila sudah bersedia.
Selain memberi tumpuan kepada ahli keluarga, bintang tenis tersebut juga ingin fokus firma pelaburannya iaitu Serena Ventures. Difahamkan perlawanan Terbuka Amerika Syarikat pada tahun ini akan menjadi perlawanan terakhir Serena Williams.
Pemain tenis Serena Williams baru-baru ini tampil di muka depan majalah Vogue. Kali ini dia tidak keseorangan kerana dia bersama Olympia, anak perempuannya yang baru berusia empat tahun.
Vogue tampilkan kedua-duanya untuk edisi khas, iaitu Isu September 2022. Untuk muka depan, yang dirakam oleh jurugambar Luis Alberto Rodriguez, Serena Williams bergambar di pantai dengan gaun Balenciaga berona biru laut dan anting-anting statement Bulgari.
Besar pengorbanan seorang ibu ni kan….huhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira tiga minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai keadaan semasa remaja penerima hati pertama negara yang berdepan dengan komplikasi kesihatan.
Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23 berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selama 18 hari berturut-turut di Hospital Selayang.
Pada waktu Subuh hari ini, dia disahkan telah meninggal dunia.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penderma hatinya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45 yang juga merupakan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Kata Wan Mohd Hafizam, dia dimaklumkan oleh bapa Allahyarham, Muhamad Zaini Rahim pagi tadi sejurus Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah akan dibawa ke Kampung Masjid Tikam Batu, Kedah pada hari ini untuk urusan pengebumian dan dirinya akan turut mengiringinya sebagai tanda penghormatan terakhir. Terdahulu, jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Hospital Selayang.
“Sebagai penderma hati, saya turut terkesan dengan pemergiannya. Doakan semuanya dipermudahkan.”
Untuk pengetahuan, Mohd Afiq merupakan penerima hati yang melalui pembedahan pertama seakannya di Malaysia pada tahun 1999. Ini berikutan masalah hatinya yang bengkak pada usia 14 bulan.
Berita tersebut telah menarik perhatian pihak media seluruh negara pada waktu tersebut setelah Wan Mohd Hafizam, seorang jejaka yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan keluarga Allahyarham menawarkan diri untuk membantu kanak-kanak tersebut. Malah, pembedahan tersebut juga mencatat sejarah dalam dunia perubatan tempatan.
REMAJA ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua yang mengenali Allahyarham Mohd Afiq Ikmal.
Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.Bertempat di...