Well, itulah yang sedang berlaku kepada superstar, Selena Gomez dan isteri kepada bekas teman lelakinya iaitu Hailey Bieber.
Cuma dalam kes ini, mereka ‘hampir’ terserempak di gymnasium yang sama pada setiap hari. Menurut sumber, kedua-duanya merupakan ahli kelas Hot Pilates di West Hollywood tetapi masing-masing berjaya untuk mengelak daripada bertemu sehingga kini.
Selena dikatakan mengambil kelas private, jadi tak timbul persoalan jika dia dan isteri kepada Justin Bieber itu berlatih dalam sesi yang sama.
That being said, Selena dan Hailey juga belum pernah datang ke Hot Pilates pada hari yang sama. Takut-takut tak terserempak dekat dalam kelas, tapi terserempak dalam lif pula kan.
Awkward..
Sebelum korang bertanya soalan seperti – “Dalam banyak-banyak gym di West Hollywood, kenapa pilih yang itu juga?” – insiden seperti ini bukanlah sesuatu yang baru di kalangan kita sendiri.
Pernah kan terserempak dengan ex–boyfriend, ex-girlfriend, bekas itulah inilah. Apa yang patut kita lakukan jika itu terjadi?
Kami cadangkan 5 tindakan ini agar korang kelihatan sudah move on dan matang. (gitu!)
Jangan Mengelak
Ya, kami serius.
Walaupun hati korang menyuruh untuk berpatah balik dan sembunyi selama 5 minit sehingga dia hilang, jangan jadi seperti kanak-kanak.
Korang dah besar dan matang. Jika takdir menemukan masing-masing, terima saja.
Pendekkan Masa
Usah mudah melayan apa yang diperkatakan oleh mereka. Keep it short dengan memberi salam, bertanya khabar dan mengucapkan selamat tinggal dengan mesra seperti, “Take care.”
Lagi panjang korang membebel, lagi banyak perkara yang tak patut korang cakap terkeluar dari mulut. 5 minit (atau kurang daripada itu) sudah memadai.
Tak Perlu Kata Apa-Apa
REMAJA faham, hati korang mungkin masih sedih mengenangkan nasib hubungan tak menjadi. Tup-tup dia dah ada pasangan lain.
Jika tak selesa untuk bercakap (atau gentar korang akan naikkan suara di depan semua orang kerana masih marah dengannya), lebih baik korang senyap, lambai tangan dan senyum.
You do not owe anyone a chit chat session.
Jangan Obses
Jika korang seperti Selena dan Hailey yang pergi ke lokasi yang sama dan mungkin sekali akan terserempak, jangan terlalu memikirkannya.
Lebih banyak kamu memikirkan tentang kemungkinan bertemu, kamu akan menjadi lebih obses secara tak sengaja.
Fokus terhadap sebab kamu ke tempat itu (jika di kampus, untuk belajar. jika di pejabat, untuk bekerja) dan lakukan tugasan tersebut sebaik mungkin.
Berlatih Bercakap
What?!
Bukankah tip keempat tentang membuang sifat obsesif? Ya, tetapi tak salah untuk korang berlatih bercakap ayat yang betul JIKA ditakdirkan terserempak.
Jangan pendam dilema ini seorang diri. Luahkan kepada BFF korang dan lakukan latihan berdialog dengannya. Percayalah, korang akan lebih yakin dan bersedia jika terserempak.