Selepas 18 Tahun, Akhirnya Masyarakat Dunia Mula Jemu Dengan Facebook

Share

Jika sebelum ini, pemilik Facebook yang merupakan laman media sosial terbesar di dunia serta mempunyai lebih dari dua bilion pengguna aktif setiap bulan iaitu Mark Zuckerberg dilapor merancang untuk penjenamaan semula syarikat, yang kini dikenali sebagai Meta.

Foto Via The Verge

BACA: Facebook Rancang Tukar Nama Syarikatnya Akhir Bulan Ini

Terkini, Facebook dilaporkan buat kali pertamanya memperlihatkan pengguna aktif harian yang berkurangan sebanyak satu juta pengguna jika dibandingkan pada suku ketiga tahun 2021, memetik laporan The Verge

.

Mengikut laporan ini lagi, kehilangan satu juta pengguna aktif itu berlaku di Amerika Utara di mana negara itu dipercayai menghasilkan jumlah wang paling banyak kepada Facebook melalui pengiklanan.

Difahamkan, angka penurunan itu menyebabkan kini hanya 1.929 bilion pengguna harian Facebook jika dibandingkan daripada suku ketiga sebelumnya iaitu sebanyak 1.93 bilion pengguna aktif.

Foto Via Pexels

Malah, hal ini juga terjadi selepas 18 tahun Facebook diperkenalkan kepada dunia.

Dalam pada itu, saham Meta yang masih berdagang di bawah nama Facebook turut mencatatkan penurunan sebanyak 20 peratus. Walau bagaimanapun, angka keseluruhan masih menunjukkan bahawa Facebook tetap mempunyai angka pengguna terbesar iaitu sebanyak 1.929 bilion pengguna aktif harian.

Sebab mengapa berlakunya penurunan ini adalah dipercayai kerana kurangnya perkaitan aplikasi ini dalam kalangan golongan muda.

Begitulah kehidupan ada naik dan turunnya juga kan. Hmm…korang rasa agak-agaknya golongan muda lari ke laman sosial mana sekarang?

BACA LAGI : Facebook Tidak Lagi Selamat? 500 Juta Data Peribadi Pengguna Facebook Terdedah Termasuk Malaysia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: The Verge & The Spectator Index

Published by
Nana