Inpirasi

Selepas 2 Peserta Kegemaran Tarik Diri, Miss Universe Indonesia Nobatkan Clara Shafira Krebs Juara

Share

Negara Indonesia telah menobatkan model dan pemilik perniagaan fesyen, Clara Shafira Krebs sebagai Miss Universe Indonesia 2024 sekaligus bakal mewakili negara berkenaan ke pertandingan Miss Universe di Mexico, November nanti.

Clara, 21 yang merupakan graduan cum laude dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa daripada Universitas Pelita Harapan (UPH), Tangerang di Indonesia berjaya mengenepikan 13 peserta lain bagi memenangi mahkota keramat itu.

Clara Shafira Krebs

Turut ditewaskan oleh Clara adalah dua orang peserta kegemaran ramai, Vina Anggi Sitorus dari Sumatera Utara dan model berdarah kacukan, Karen Afralia Nijsen.

Ini setelah masing-masing memilih untuk mengundurkan diri dan tidak meneruskan perjuangan dalam pertandingan Miss Universe Indonesia 2024; hanya tiga hari sebelum pentas akhir berlangsung.

Miss Universe Indonesia dalam pada itu menabalkan Fiza Khan sebagai naib juaranya manakala Nadia Tjoa yang berpengalaman dalam dunia ratu cantik menerusi pertandingan Miss Face of Humanity pula berada di kedudukan ketiga.

Clara bersama-sama Fiza Khan (kanan) dan Nadia Tjoa (kiri).
Vina Anggi Sitorus
Karen Afralia Nijsen

 

Gadis Berdikari

Mencari pengalaman awal dalam bidang fesyen sebagai seorang model di Indonesia, Clara seterusnya mengasah minatnya itu dengan menjadi pemilik label fesyennya sendiri, Lucille.

Ilmu yang dikutip oleh Clara ketika melanjutkan pengajian dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa nyata tidak disia-siakannya begitu sahaja.

Bukan sekadar sibuk berkecimpung sebagai usahawanita fesyen, Clara juga mengaktifkan tagline

‘Beauty with Brains and Behaviour’ dan memperjuangkan isu kesihatan mental menerusi platform yang diasaskan olehnya sendiri iaitu Our Safe Space.

Menurut Clara, ia merupakan platform selamat untuk gadis-gadis di Indonesia yang memerlukan bantuan yang berkaitan dengan isu yang popular dalam kalangan remaja ini.

“Aku menggunakan media sosial untuk mempengaruhi pengikutku. Ketika mempromosikan sesuatu jenama, aku akan memilih yang selari dengan nilai yang aku terapkan.

“Aku akan menolak kerjasama jika tidak sesuai dengan nilai diskriminatif terhadap wanita,” katanya ketika sesi soal jawab di pentas finale, malam tadi.

Setakat hari ini, negara-negara dari rantau Asia Tenggara yang telah memahkotakan wakil masing-masing ialah Malaysia (Sandra Lim), Indonesia (Clara Shafira Krebs), Thailand (Opal Suchata), Filipina (Chelsea Manalo), Vietnam (Nguyen Cao Ky Duyen), Kemboja (Davin Prasath), Laos (Phiranya Thipphomvong) dan Myanmar (Thet San Andersen).

Satu-satunya negara yang belum melangsungkan pentas akhirnya ialah Singapura sedang bersiap sedia untuk memahkotakan juaranya pada 22 September (Ahad) ini.

BACA: Negara Restui Kemenangan Sandra Lim Sebagai Miss Universe Malaysia 2024, “Saya Bersedia Jalankan Tugas… – REMAJA

BACA LAGI: Chelsea Manalo Buat Kejutan, Gadis Berkulit Gelap Pertama Juarai Miss Universe Philippines – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ