Selepas 20 Tahun, Apple Tamatkan Pengeluaran iPod

Share

Apple telah mengumumkan akan menamatkan peranti iPod Touch yang pernah menjadi kegilaan dalam revolusi mendengar muzik satu ketika dahulu. iPod pertama dilancarkan sekitar tahun 2002 dan ia boleh menyimpan sehingga 1,000 trek lagu. Kini, lebih daripada 90 juta lagu yang terdapat pada perkhidmatan penstriman Apple.

IPod Touch telah direka oleh pasukan sama yang kemudiannya mencipta iPhone, sekali gus membayangi fungsi yang ada pada iPod. Kali terakhir, Apple mengemas kini iPod adalah pada tahun 2019.

Foto: Apple

Apple tidak akan lagi mengeluarkan produk baharu iPod dan hanya sekadar menawarkan iPod Touch sehingga stok sedia ada habis dijual. Terdapat pelbagai model iPod termasuklah Nano dan Shuffle, tetapi iPod Touch yang dilancarkan pada 2007 adalah model terakhir yang akan dihentikan.

Ramai pengguna iPod berkongsi pendapat di media sosial tentang khabar berita ini dan masing-masing meluahkan rasa serta pengalaman mereka menggunakan peranti muzik tersebut.


Hari demi hari membuatkan ramai pengguna Apple yang beralih kepada iPhone dan ini secara tidak langsung menjadi sebab mengapa jenama ini menghentikan pengeluaran iPod. Pastinya ia memberi nilai sentimental buat pengguna iPod dan jika korang ingin menyimpan gajet ini sebagai kenangan, bolehlah beli iPod Touch selagi stok masih ada.

Foto: Apple

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman