Ajal dan ketentuan merupakan rahsia Allah SWT. Siapa sangka, pergi berkerja ke lautan seperti biasa namun pulang ke daratan tidak bernyawa selamanya.
Susulan tragedi bot tunda Ever Winner yang berlepas dari Kinabatangan ke Sandakan itu dilaporkan karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar. Satu lagi mayat yang dikenal pasti sebagai Azlan Bin Hassan 23, telah berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat yang baru sebentar tadi dikongsikan oleh abang mangsa di laman instagramnya.
“Sebentarku Pulang” Abang Mangsa Bot Karam Sabah Kongsi Video Adik Nyanyi
Jenazah dalam keadaan kembung dan putih
Hampir 25 hari tidak ditemui, jenazah allahyarham agak sukar dikenali namun dapat dikenalpasti apabila mayat yang ditemui memakai jaket merah dan seluar pendek merah yang turut dimiliki allahyarham Azlan.
Mereka yang hilang dalam kejadian 14 Januari lepas ialah kapten bot, Mohamad Mal, 49, serta dua kru, Mohd Hafiz Isyra Nagrah, 22 dan Azlan Hassan, 23.
Al-fatihah untuk kesemua arwah dan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Sememangnya kejadian ini amat menyayat hati. Buat ahli keluarga mangsa moga terus kuat menerima dugaan ini.
Harimau Malaya Diserang Botol Plastik & Batu Selepas Tewaskan Indonesia 3-2
Bukan mudah untuk menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan bola sepak, tetapi..
Pengalaman menewaskan Indonesia dengan keputusan penalti 3-2 semalam bertukar seram apabila skuad U-19 negara ‘diserang’ oleh penyokong Indonesia di Stadium Galora Delta Sidoarjo.
Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 sehingga wisel penamat. Lalu, perlawanan berlarutan hingga penentuan sepakan penalti yang memihak Malaysia. Kejayaan ini membolehkan Harimau Malaya memasuki peringkat akhir Piala AFF Bawah 19 Tahun (AFF U-19) dan bakal bertemu Myanmar esok.
Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak dapat diraikan di atas padang selepas wisel penamat dek kerana balingan botol plastik malah batu oleh sebilangan daripada 26,000 penyokong Indonesia ke arah pemain dan pegawai pasukan Malaysia.
A post shared by Director Of ADEQSUE (@hairuddin_omar20) on
Situasi tegang memaksa skuad negara untuk segera berlari ke bilik persalinan atas faktor keselamatan. Menurut kenyataan jurulatih, Bojan Hodak kepada rakan media di Harian Metro, mereka bernasib baik kerana tiada siapa yang cedera semalam.
“Saya tidak tahu jika Persatuan Bola Sepak Malaysia akan menyerahkan bantahan kepada negara tuan rumah dan AFF. Saya personally amat kecewa kerana insiden seperti ini masih berlaku,” kata beliau.
Hampir sejam mereka terkurung di dalam stadium sebelum dibenarkan pulang ke hotel selepas kekecohan dapat dikawal pihak berkuasa.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Abdul Rahman telah memuat naik tweet mengenai insiden ini dan telahpun dimaklumkan mengenainya. Beliau turut berkata akan terbang ke Indonesia hari ini untuk memastikan sekuriti pasukan bola sepak Malaysia berada dalam tahap terbaik semasa perlawanan akhir esok.
Wakil Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Joko Driyono juga telah meminta maaf atas insiden itu.
Dalam tempoh 9 hari ini, perlawanan Malaysia-Indonesia semalam merupakan perlawanan kelima melibatkan skuad U-19 tahun ini. Harapnya, mereka masih bertenaga serta bersemangat ketika menentang Myanmar.
Good luck boys!
“Jaga Student Seperti Anak-Anak Sendiri,” UniMAP Sedia 30 Buah Bas Hantar Pelajar Pulang Kampung
Ekoran dengan perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini 18 Mac 2020 (Rabu), IPTA/ IPTS antara institusi yang terpaksa ditutup angkara Covid-19 yang makin teruk di Malaysia.
Dan semalam juga, ramai mahasiswa dan mahasiswi yang terperangkap di terminal bas setiap negari akibat ingin pulang ke kampung masing-masing.
Namun, langkah yang patut dicontohi ditunjukkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) apabila mengambil tanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan dengan menyewa 13 buah bas khusus untuk menghantar lebih 500 pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Inisiatif tersebut diambil susulan pertemuan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sebaik sahaja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Naib Canselor, Prof. Ir. Ts Dr. R Badlishah Ahmad berkata, melalui inisiatif tersebut, UniMAP percaya ia mampu mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19 yang kini telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan telah menyebabkan dua kematian di Malaysia.
“Untuk malam ini sebanyak 13 buah bas terlibat dan bagi perjalanan 18 Mac pula, UniMAP menyediakan 17 buah bas lagi untuk menampung 680 pelajar menjadikan keseluruhan 30 buah bas dengan 1200 pelajar terlibat.
Menurut malaysiagazette juga, bas-bas yang disediakan ini membabitkan perjalanan ke Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta negeri-negeri di Pantai Timur dan setiap pelajar turut menjalani pemeriksaan kesihatan khas yang dikendalikan oleh pasukan petugas Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum dibenarkan menaiki bas.
“Dengan cara ini, kita berharap para pelajar tidak terdedah kepada risiko kontak bersama orang awam selain dapat memastikan pelajar selamat tiba ke kampong halaman masing-masing,” ujarnya.
Beliau menambah, selain inisiatif tersebut, UniMAP turut menyediakan penginapan kepada para pelajar yang tidak pulang ke kampung dengan kemudahan kedai runcit serta kafeteria beroperasi seperti biasa tetapi hanya terhad untuk makanan berbungkus sahaja.
Netizen juga kebanyakkannya memuji tindakan UniMAP
Sumber : Facebook PerlisAktif, malaysiagazette
‘Pecah Muka’ Selepas Airbag Meletup, Semuanya Gara-Gara Main Telefon
[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]
Sebenarnya sudah banyak larangan jangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Namun masih ramai pemandu yang degil atau bersikap tidak ambil peduli kerana belum kena atau belum terjadi kemalangan.
Namun perkongsian dari Khairul Abdulllah ini yang menyaksikan sendiri bagaimana seorang wanita yang memandu kereta mula terhoyang-hayang ke kiri dan ke kanan kerana leka bermain telefon bimbit mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua.
Baca perkongsian darinya tentang kisah yang disaksikannya sendiri…
Kisah akak “pecah muka” ketika main handphone.
Ini kejadian petang semalam ketika saya pulang dari kerja. Waktu puncak, kenderaan bertali arus. Sekejap bergerak sekejap berhenti. Tiba-tiba dengar hon bertalu-talu. Jenguk cermin belakang nampak ada mat motor sedang bagi jari tengah pada sebuah kereta selang sebuah di belakang saya.
Saya terus memandu, dan jalan sesak kembali di hadapan. Saya berhenti, kereta belakang pun berhenti. Mat motor tadi lalu melewati saya dengan muka tak puas hati.
Tiba-tiba, “BAMMMM” bunyi dentuman kuat di belakang. Usai saya pandang sahaja cermin belakang, “BAMMMMM” bunyi kali kedua kedengaran apabila kereta saya pula dihentam.
Allah. Allah.
Saya ke tepi dan berhenti lalu keluar. Kereta di belakang saya juga ke tepi dan keluar sambil bergegas membuka pintu belakang. Nampak beliau sedang mengeluarkan anaknya.
Saya terus ke kereta beliau dan bertanya semuanya ok tak, takut apa-apa terjadi pada anak perempuan beliau yang berusia sekitar 5 tahun.
“Ok bang, takde apa, terkejut jer ni” jawab lelaki tersebut.
Mujur anaknya duduk dalam carseat. Selamat beb, kalau jenis berdiri melompat-lompat tu memang nahaslah. Bahagian belakang kereta dia remuk teruk. Memang kuat gila bunyi berlanggar tu.
Saya lantas pergi ke kereta yang melanggar kami, masih di tengah jalan. Bahagian depan remuk teruk, berasap, air menitis dan memancut.
Nampak seorang akak sedang kaku.
Saya buka pintu nak tengok keadaan beliau.
Allahuakbar!
Darah penuh muka, hidung dan mulut. Baju turut lencun dengan darah. Badannnya menggeletar akibat terkejut.
“Kak, kak. Akak ok ke?” tanya saya.
Beliau tak dapat menjawab. Bibir menggeletar dipenuhi darah. Muka juga penuh darah. Terdengar tangisan berserta air mata yang mengalir deras sederas darah yang mengalir keluar dari hidung.
Airbag dah pecah, begitu juga telefon yang pecah dan retak seribu skrinnya tanpa pentup tanpa bateri yang terpelanting entah ke mana.
Saya lantas menyuruh lelaki bersama anak perempuan tadi untuk telefon ambulan. Orang ramai mula berhenti dan datang menghampiri. Kemudian kami bersama tolak kenderaan akak tadi ke tepi.
“Tadi ada motor hon-hon kat dia bang. Siap tunjuk jari lagi” kata seorang lelaki yang bekerja di tepi lebuhraya yang sedang dibina kepada saya.
“Ohhh motor tu hon kat dia lah yer? Saya perasan jugak tadi” tanya saya mintak kepastian.
“Yer bang, moto tu marah sebab akak tu ke kiri kanan hampir nak langgar dia. Akak tu main telefon” jelas lelaki itu lagi.
Nah.
……
Jadi boleh tak kau bayangkan?
Telefon kat depan muka, kau tengah layan whatsapp, lepas tu eksiden, serta-merta “airbag deployed” lepas tu airbag hentam tangan bersama handphone terus ke muka kau.
Laju dan kuat kau tau tak?
Boleh kau bayangkan tak betapa kuat handphone tu hentam muka kau sampai cedera teruk begitu sekali?
Cuba kau bayangkan kuat tak kuat sampai skrin phone boleh pecah dan retak seribu serta cover dan bateri tertanggal.
Cuba kau bayangkan darah mengalir laju keluar dari hidung, keluar dari luka-luka di bahagian muka, dahi dan mata. Nak muka mata pun tak boleh.
Cuba kau bayangkan darah mengalir keluar dari mulut bersama air liur dan gigi depan kau hilang 3 batang. Nak bercakap pun tak boleh bila bersembur darah keluar bila kau buka mulut.
Cuba kau bayangkan tangan kau menggeletar, badan kau menggeletar, jantung kau berdegup kencang dan fikiran kau melayang teringat mak, ayah, suami, isteri atau anak-anak.
Boleh bayang semua tu?
….
.Jadi, bagi semua yang suka guna telefon ketika memandu tu kau hadamkanlah yer. Selagi tak kena maka selagi tu kau rasa ianya tak akan berlaku dekat kau.
Tapi bila dah kena, maka terlambat dah.
Kalau nasib baik, kau masih boleh main telefon lagi lepas tu. Kalau nasib tak baik mungkin kau makan minum guna straw lah buat beberapa ketika. Atau kalau lebih teruk, sedar-sedar dah “Maarobbuka” lah.
Waktu tu apa pun tak boleh.
Tak salah kalau lepaskan kejap handphone tu barang sejam dua ketika memandu pulang. Kau simpan phone tu dalam glove box. Kau dengar radio sudah lah.
Ada orang menunggu kau di rumah tu.
Faham.
Sekian.
KHAIRUL ABDULLAH
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]