Ajal dan ketentuan merupakan rahsia Allah SWT. Siapa sangka, pergi berkerja ke lautan seperti biasa namun pulang ke daratan tidak bernyawa selamanya.
Susulan tragedi bot tunda Ever Winner yang berlepas dari Kinabatangan ke Sandakan itu dilaporkan karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar. Satu lagi mayat yang dikenal pasti sebagai Azlan Bin Hassan 23, telah berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat yang baru sebentar tadi dikongsikan oleh abang mangsa di laman instagramnya.
“Sebentarku Pulang” Abang Mangsa Bot Karam Sabah Kongsi Video Adik Nyanyi
Jenazah dalam keadaan kembung dan putih
Hampir 25 hari tidak ditemui, jenazah allahyarham agak sukar dikenali namun dapat dikenalpasti apabila mayat yang ditemui memakai jaket merah dan seluar pendek merah yang turut dimiliki allahyarham Azlan.
Mereka yang hilang dalam kejadian 14 Januari lepas ialah kapten bot, Mohamad Mal, 49, serta dua kru, Mohd Hafiz Isyra Nagrah, 22 dan Azlan Hassan, 23.
Al-fatihah untuk kesemua arwah dan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Sememangnya kejadian ini amat menyayat hati. Buat ahli keluarga mangsa moga terus kuat menerima dugaan ini.