Jika sebelum ini 3X Extra Spicy Ayam Goreng McD mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Malaysia, kini McDonalds telah memperkenalkan Spicy Chicken McNuggets pula.
Memang kena dengan selera orang Malaysia yang suka pedas, Spicy Chicken McNuggets ini khabarnya dijual dengan harga RM9.43 untuk 6 ketul, RM13 untuk 9 ketul dan RM24 untuk 20 ketul nugget.
Hm, baru tengok poster pun kami dah telan air liur, belum lagi kalau dapat rasa kan? Confirm meletop ni.
Malah, ada juga pelanggan yang sudah mencuba dan mengatakan nugget pedas ini memang sedap.
Ha guys, so lunch ni makan dekat mana? Boleh la try nugget pedas ni. Let's!
Carta Teratas Forbes Tahun 2020, Lionel Messi Bintang Bola Sepak Bergelar Billionaire
Siapa tak kenal dengan kelincahan pemain lagenda dan juga penyerang utama Barcelona dan Argentina ini. Dia lah playmaker dalam pasukan dan dia juga finisher untuk menjaringkan gol. Goal Machine ntah jenama apa dia gunakan.
Menurut Forbes, pemain berusia 33 tahun itu telah mencatat pendapatan sebelum cukai sebanyak AS$1 billion (RM4.14 billion), mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo dan menghuni kedudukan teratas dalam senarai Forbes untuk tahun 2020.
Berdasarkan laporan tersebut, pemain antarabangsa Argentina itu merupakan pemain yang menerima bayaran paling tinggi bagi tahun 2020.
Messi dikatakan telah mencatat pendapatan sebanyak 98 juta pound (RM521 juta) daripada gajinya dan juga bayaran iklan atau penajaan.
Selain ditaja oleh jenama sukan seperti Adidas dan Pepsi, pemenang Ballon d’Or itu juga mengeluarkan edisi terhad minuman beralkohol bir Budweiser.
Jadi jom kita lihat 4 fakta menarik tentang Lionel Messi ini
Lionel Messi Sebenarnya Hidap Gangguan Hormon Tumbesaran?
Ketika kecil, Messi sudah mempamerkan bakat dan minat sebagai seorang pemain bola sepak. Namun, beliau mempunyai masalah kekurangan hormon tumbesaran yang menyebabkan fizikal beliau terbantut berbanding rakan-rakan sebayanya.
“Saya terpaksa menyuntik hormon tumbesaran di kaki sekali setiap malam sejak berusia 12 tahun, ia adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan”, kata Messi semasa ditemubual oleh wartawan yang bertanya mengenai kondisi kesihatannya.
Tambah beliau lagi, dia sudah menerima suntikan hormon tumbesaran itu sejak berumur 8 tahun lagi dan dibantu oleh ibu bapanya. Menurut beliau, jarum itu adalah kecil sahaja dan tidak menyakitkan. Namun, dengan jarum sekecil itulah yang telah membantu Messi mencipta karier bola sepaknya yang sangat besar di persada dunia.
Untuk info, gangguan hormon tumbesaran atau growth hormone deficiency (GHD) adalah satu kondisi di mana kelenjar pituitari yang terdapat dalam otak manusia tidak menghasilkan hormon tumbesaran yang secukupnya buat individu yang mengalami gangguan ini. GHD dianggarkan akan berlaku kira-kira 1 dalam 7,000 kelahiran bayi.
Sangat Gemarkan Minuman Cola
Kelab Catalan ini sanggup membiayai yuran perubatan Messi demi memastikan beliau bersama kelab tersebut. Ketika menyertai Barcelona, Messi hanya baru berusia 13 tahun. Walaupun mempunyai masalah kesihatan. Messi sangat menyukai minuman Cola.
Terdapat satu cerita dimana mesin soda di La Masia terpaksa dikeluarkann daripada akademi tersebut gara-gara Messi minum terlalu banyak. Demi menjaga kualiti permainan serta kesihatan, pihak pengurusan Barcelona terpaksa mengambil tindakan tersebut.
Kontrak Tawaran Barcelona Kepada Messi Hanya Ditulis Pada Sehelai Tisu
Messi berjaya melakar kejayaan dengan rekod golnya yang sangat menakjubkan, namun korang tahu tak semuanya bermula apabila setiausaha teknikal Barcelona Carles Rexach terpesona dengan skil yang dipamerkan oleh beliau.
Kerana tidak mahu Messi diambil oleh kelab lain ketika itu, dan ingin menjadi yang pertama untuk menandatangani remaja itu.Carles dengan spontan membuat kontrak tawaran diatas sehelai kertas tisu. Messi bersetuju untuk menyertai Barcelona.
Sumber : The Sun UK – SM
Aksi Cium Sesama Jenis, Filem Lightyear Mungkin Tidak Akan Ditayangkan Di 14 Buah Negara
Walt Disney dilaporkan tidak mendapat kebenaran untuk menayangkan filem Pixar terbaharu, “Lightyear” di 14 buah negara Timur Tengah dan Asia. Apa yang lebih merisaukan, nampaknya ia juga tidak akan ditayangkan di pasaran filem terbesar dunia, China.
Penerbit filem itu memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa di China telah meminta pemotongan filem tetapi Disney enggan melakukannya dan menganggap filem itu tidak akan ditayangkan di sana juga. Di dalam filem Lightyear itu dikatakan mempunyai babak bercium pasangan sejenis dan ini membuatkan negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga turut mengharamkan tayangan filem tersebut.
UAE berkata, hubungan pasangan itu melanggar standard kandungan media negara tersebut dan homoseksualiti dianggap sebagai satu jenayah di kebanyakan negara Timur Tengah.
Wakil negara lain, termasuk Arab Saudi, Mesir, Indonesia, Malaysia dan Lubnan masih belum membuat kenyataan berkaitan dengan hal ini.
Dalam filem ini, kawan rapat kepada Buzz merupakan seorang renjer angkasa yang berkahwin dengan wanita lain. Ia merupakan adegan yang menunjukkan babak penting hubungan pasangan itu, termasuklah babak bercium.
Hm, ini merupakan satu khabar duka bagi peminat siri Toy Story. Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi sekiranya filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Hampir 8 Tahun. Ini Pertama Kali Tengok Surat Ini Semula,” Usaha Pengirim Surat Layang Kes Zulfarhan Dipuji Warganet
Terbaru, tular mengenai penemuan individu yang juga pengirim surat layan kes pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan, 7 tahun yang lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aufa telah menarik perhatian masyarakat di media sosial dan dia turut dihujani ucapan terima kasih daripada rakyat Malaysia atas usahanya yang cuba membantu menyelamatkan arwah Zulfarhan pada ketika itu.
Aiman memberi respon menerusi aplikasi Instagram pada 25 Julai selepas akaun media sosialnya menjadi bualan warganet sejak kebelakangan ini.
“Setelah hampir 8 tahun. Ini pertama kali saya tengok semula surat ini. Selepas saya letak pada hari itu, saya tidak pernah lagi melihat surat itu sehingga sekarang.”
“Ini pun saya tak pasti bagaimana boleh sampai ke public. Apa pun, Al-Fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha. Allah penentu segalanya.”
Sekadar info, Aiman Aufa ketika itu berusia 22 tahun ada memberitahu mahkamah bahawa dia menulis dua pucuk surat layang untuk memaklumkan pihak atasan UPNM mengenai Zulfarhan sedang didera oleh sekumpulan pembuli.
Surat layang pertama diselipkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera (RESAT) pada 23 Mei 2017. Manakala, surat kedua pula diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada 24 Mei 2017 iaitu keesokan harinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.