Tanggal 1 November tahun lalu, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham masing-masing dilantik sebagai Perunding Kreatif dan Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar Malaysia yang diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Namun begitu selepas empat bulan dalam khidmat, posisi mereka berdua di kementerian tersebut telah ditamatkan serta merta. Menurut laporan Sinar Daily, portal berita tersebut difahamkan yang penamatan tersebut berlaku dalam garis masa 24 jam yang lalu.
Walau bagaimanapun apabila ditanya mengapa kontrak dua personaliti popular itu ditamatkan, Saifuddin tidak memberikan maklumat lebih lanjut tentang perkara tersebut.
Dalam kenyataan ketika pelantikan dua personaliti tersebut di dalam Kementerian luar beliau menjelaskan bahawa pelantikan mereka berdua selari dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah kerangka Dasar Luar Malaysia.
Dr Ahmad Idham sebelum ini merupakan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bermula tahun 2019 sehingga 2021 dan seorang pelakon dan juga penerbit filem.
Manakala Datuk Seri Eizlan Yusof pula merupakan seorang pelakon terkenal yang sudah memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara atas pencapaiannya sebagai anak seni.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Mstar, Sinar Daily
17 Home Workouts Mudah Untuk Yang Selalu Malas Pergi Gym
Menghabiskan masa seharian di luar dengan kesibukan di tempat kerja atau aktiviti di kolej kadang kala menjadi kekangan buat korang untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat.
Nak ke gimnasium pula bukan calang-calang bayaran yang dikenakan. Sudahnya, bila berat badan mula naik dan baju-baju mula rasa sendat, menangislah korang sorang-sorang tepi bucu katil.
Nah, jangan risau. Apa yang REMAJA nak kongsi kan ini adalah 18 jenis home workouts yang korang boleh buat sendiri bila pulang ke rumah. Simple dan mudah, senaman-senaman ini juga sesuai bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia kecergasan ni.
Jadi jom mulakan hari ini. Jangan tangguh-tangguh lagi.
1. Jumping Jack
2. Flutter Jump
3. Cross Jack
4. Frog Jump
5. Side Jump
6. Sumo Squat
7. Narrow Squat
8. Lunges
9. Lunges High Knee
10. Mountain Runner
11. Mountain Cross
12. Mountain Climbers
13. Race Block
14. Plank Jack
15. Push Up
16. Wide Push Up
17. Triangle Push Up
18. Staggered Push Up
Apa yang paling penting adalah formation yang betul dan lakukan dengan disiplin. InsyaAllah kalau korang mula daripada sekarang, raya nanti pasti nampak hasilnya.
Bolehlah korang melaram baju kebaya kan?
Terima kasih: Coach Kholis
Instagram: escortgroupworkout
“Saya Memang Selesa Dengan Yoyol..” Fariz Isqandar Harap Mesej Budak Tebing 2 ‘Sampai’
Kesudahan drama popular, Budak Tebing 2 akhirnya terjawab juga setelah ia melabuhkan tirai episod terakhir sebentar tadi.
Drama lakonan Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Zarina Zainuddin, Nelissa Nizam dan Imran Aqil ini telah membuka mata khalayak mengenai isu yang selalunya tidak dipertontonkan di slot drama utama Malaysia.
Isu kekeluargaan, persahabatan, jenayah dan penderaan kanak-kanak umpamanya adalah isu-isu yang berlaku dalam realiti kehidupan kita semua. Mungkin di situlah kekuatan Budak Tebing 2 yang tidak gentar untuk memaparkan keadaan sebenar masyarakat dalam bentuk naskah drama 13 episod.
REMAJA berpeluang menemubual salah seorang pelakonnya, Fariz Isqandar yang terkenal dengan watak Yoyol iaitu adik kepada Arif (lakonan Adam Lee) baru-baru ini menerusi sesi Instagram Live : Remaja Dengar Kata.
Susah tak sebenarnya untuk Fariz bawakan watak Yoyol dan apakah perancangan seterusnya?
Babak mana yang paling mencabar untuk Fariz?
F : Ada satu babak di mana saya perlu menangis seorang diri di dalam bilik. Babak itu saya rasakan fuh, beratnya.
Yoyol terpaksa menghadap pelbagai perkara yang serabut; dengan bapanya, dengan orang di sekeliling yang menipunya. Kawan dan abang dia juga buat perangai. Dalam babak tersebut, saya jatuh ke lantai bilik dan terus menangis.
Tapi kalau babak bersama Abang Adam, besar kemungkinan babak berlawanlah. Tidak susah tetapi penat.
Ramai berpendapat 13 episod adalah terlalu pendek. Fariz setuju?
F : Jika kita lihat feedback dari musim pertama, mereka meminta untuk musim kedua. Dan apabila musim kedua disahkan sedang menjalani penggambaran pada masa itu dan kami memberitahu Budak Tebing 2 hanya akan ditayangkan selama 13 episod; mereka sudah meminta agar ia dipanjangkan.
Mungkin musim ini dikhaskan untuk 13 episod saja. Mungkin juga produksi ingin sekali memanjangkannya, namun disebabkan PKP kami terpaksa akur dengan kekangan penggambaran. Kita doakan bakal ada musim ketiga, siapa tahu?
Apakah watak dalam drama Budak Tebing 2 yang diminati Fariz?
F : Saya meminati dua watak iaitu Pablo (lakonan Pablo Amirul). Signature dia makan cupcake memang comel! Kedua ialah watak Talam (lakonan Firdaus Ghufran) kerana wataknya yang blur nampak menarik.
* Imran Aqil (yang membawakan watak Pijoy) turut berada dalam perbualan dan berkongsi pendapatnya mengenai Fariz. *
I : Kalau saya boleh tambah sedikit. Saya beruntung kerana mendapat sparring partner seperti Fariz kerana bukan saja dia seorang yang baik dan peramah. Dia juga tidak sombong berkongsi pengalaman 8 tahunnya dalam dunia lakonan bersama saya,.
Fariz selalu memastikan saya bersedia sebelum penggambaran dimulakan. Jika dia perlu menolak saya di mana-mana bahagian badan, dia akan pastikan saya tahu perkara itu. Working with him is a pleasure with me.
Watak Yoyol dalam Budak Tebing terbukti berbekas di hati penonton.
Bagaimana Fariz mengambil cabaran mengambil watak-watak berlainan genre selepas ini agar penonton tidak mengaitkan diri dengan Yoyol?
F : (Berfikir) Sejak di bangku sekolah, saya sudah ceburi bidang teater. Dari usia itu lagi, saya sudah meletakkan mindset; ‘Sekiranya aku perlu bawa watak berlainan, bagaimana aku hendak lupakan watak yang aku sudah selesa bawa?’
Memang benar, saya selesa dengan watak Yoyol. Penonton kenali saya pun sebagai Yoyol, orang pun masih susah nak panggil saya Fariz. Jadi, solusinya hanya satu. Saya perlukan alter ego. Saya kena ada split personality. Tanpa alter ego, sampai bila-bila pun imej Yoyol itu akan melekat dengan saya.
Jika untuk projek drama seterusnya, saya akan gunakan alter ego dengan ‘memasukkan diri’ ke dalam watak baharu. Apabila saya into the charater, watak Yoyol itu mudah untuk saya lupakan. Contohnya jika saya bawakan watak cacat, saya akan dalami pergerakannya, cara dia bercakap dan cara pemikirannya.
Adakah Fariz inginkan peluang untuk ke negara seberang?
F : Sudah tentu. Bagi yang tidak tahu, saya suka menulis puisi dan inspirasi saya banyak datang dari Indonesia. Saya ingin sekali ke sana untuk belajar cara mereka bekerja di set penggambaran, belajar budaya mereka dan mengutip pengalaman daripada para pelakonnya.
Apa yang Fariz hendak sampaikan kepada penonton yang setia bersama Budak Tebing 2 dari awal hingga episod ke-13?
F : Saya harap mereka mendapat mesej yang ingin disampaikan. Jika korang rasa susah, ingat ada orang yang lebih susah. Jika korang rasa serabut dengan banyak konflik, ada orang yang lebih banyak konflik di luar sana.
Jika kawan korang senyum dan gelak memanjang, tidak semestinya dia tidak mempunyai masalah. Saya harapkan melalui watak Yoyol ini, korang akan lebih menghargai kawan, keluarga dan orang di sekeliling. Selalunya ringankan mulut bertanya sama ada mereka okay ataupun sebaliknya.
*
Tonton temuramah penuh kami bersama pelakon Budak Tebing 2:
Michelle Yeoh Terus Ikonik Di Hollywood, Kali Ini Menerusi Siri Netflix
Satu-persatu projek lakonan Tan Sri Michelle Yeoh, 58 muncul sepanjang 2-3 tahun kebelakangan ini. Ia membuktikan bahawa karakter menarik untuk pelakon wanita senior di Hollywood masih wujud.
Michelle terus menyinar menerusi siri Star Trek Discovery, filem Crazy Rich Asians hinggalah ke filem Marvel Studio, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang akan ditayangkan pada 3 September ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Masih BERBISA, Tan Sri Michelle Yeoh ‘Tunjuk Taring’ Dalam Trailer Shang Chi Terbaru – REMAJA
Dengan daya profesionalisma dan kredibiliti Michelle sebagai seorang pelakon berpengalaman serta berbakat, seakan tiada cabaran yang tidak boleh disahut olehnya dalam dunia lakonan.
Terbaru, Michelle telah disahkan bakal muncul dalam sebuah siri original Netflix! Siri berjudul The Witcher : Blood Origin ini akan disiarkan sebagai siri 6 bahagian dan ia merupakan siri prekuel kepada The Witcher.
Oleh kerana ini merupakan plot prekuel, The Witcher : Blood Origin mengambil tempat di dalam dunia elves 1200 tahun sebelum siri originalnya. Ia menceritakan mengenai penciptaan prototaip pertama Witcher dan kisah-kisah yang akan membawa penonton ke momen di mana monsters, manusia dan elves bergabung menjadi satu.
Biarpun The Witcher : Blood Origin hadir dalam 6 bahagian saja (mengapa tidak 10 episod hhm), dengan kehadiran Michelle, kami pasti siri ini adalah menarik untuk ditonton dari awal hingga ke episod terakhir.
Beliau akan memainkan watak Scian iaitu insan terakhir daripada puak sword-elves. Kemahiran wataknya menguasai seni lawan pedang tidak mempunyai tandingan.
Apabila Scian berpeluang untuk merampas sebilah pedang curi yang diambil daripada puaknya yang telah tewas, Scian memulakan pencarian yang bakal menukar senario Continent.
Tak sabar rasanya untuk melihat Michelle menyertai rakan pelakon lain seperti Laurence O’Fuarain yang memainkan watak Fjall.
Fjall digambarkan sebagai pejuang yang bersumpah untuk melindungi Raja mereka. Namun, jauh di dalam lubuk hatinya, Fjall masih bersedih dengan kematian insan yang maut kerana ingin menyelamatkannya.
Luka emosi itu masih tidak dapat dilupakan Fjall dan kini, dia bersedia bertarung untuk membalas dendam.
Walaupun korang belum pernah menonton siri The Witcher sebelum ini, dengan hanya mendengar sinopsis terbaru ini, penulis pasti ramai yang sudah tertarik untuk menontonnya.
Tapi sebelum itu, kita tamatkan dulu siri The Witcher okay. Barulah faham jalan ceritanya nanti, hehe..
BACA LAGI: Pembaca Novel Seram R.L. Stine Akan OBSES Dengan Filem Trilogi Netflix : Fear Street – REMAJA