We stan a girl who tries to save mother earth.
Empat tahun lamanya peminat setia penyanyi dan penulis lagu dari New Zealand ini menunggu sebarang single dan album baharu daripadanya.
Berlainan dengan kebanyakan penyanyi pop antarabangsa yang sentiasa memperkemas akaun media sosial mereka pada setiap hari, Lorde memilih untuk tidak ‘ketagih’ dengan medium atas talian.
Lihat sajalah ke akaun Instagram-nya, @lordemusic. Hanya tiga foto yang menjadi tatapan 7.1 juta pengikutnya. Obviously, korang perlu betul-betul meminati Lorde untuk setia menunggu sebarang perkembangan terbaru daripada penyanyi berusia 24 tahun ini.
Namun hari ini berbeza dengan hari-hari lain.
Single berjudul Solar Power ini adalah trek utama daripada album ketiganya yang bakal dilancarkan – well, kami ingin katakan tidak lama lagi tetapi kami juga tidak pasti bila Lorde akan melancarkannya.
Mungkin sekali pada minggu hadapan, bulan hadapan atau tahun hadapan – tiada siapa yang tahu.
Kata Lorde menerusi kenyataan rasminya sempena pelancaran Solar Power hari ini, dia faham peminatnya yang selalu bertanya bilakah dia akan muncul semula. Dia sendiri turut ingin ‘memanjakan’ peminatnya dengan pelbagai lagu baharu, seperti penyanyi pop lain.
Namun jelas Lorde, “Apabila usia saya meningkat, saya sedar ada sesuatu yang istimewa mengenai perlunya ada penantian sebelum memiliki sesuatu yang berkualiti.
“Kamu boleh mendapat sesuatu yang kurang berkualiti dengan lebih pantas, tetapi setelah sesuatu yang berkualiti tinggi kamu miliki, a warm feeling grows in you.”
Single terbaru ini hadir selari dengan musim panas yang kini sedang dihadapi di negara-negara yang terletak pada bahagian hemisfera utara.
Dilancarkan bersama-sama satu video muzik, Solar Power ditulis dan diterbitkan oleh Lorde dengan rakan baiknya & musical extraordinaire
, Jack Antonoff.Menerusi trek ini, Lorde ingin mengajak korang untuk meraikan ‘summer energy’ yang akan dirasai pendengarnya.
“Turn it on in a new kind of bright, it’s solar (solar, solar, solar) / Come on and let the bliss begin / Blink three times when you feel it kickin’ in / That solar power.”
Lorde juga ingin mengajak pendengarnya untuk ke luar rumah dan benar-benar menghargai peluang untuk mereka ‘bersatu’ bersama alam di sekeliling.
“(Gadis dalam lagu ini) selalu berkaki ayam. Dia seksi, suka bermain, ‘liar’ dan bebas. Dia ialah seorang gadis moden yang menyarungkan bikini, yang tidak melupakan masa lampaunya namun tetap teruja untuk masa hadapannya. Dan dia paling bersemangat semasa musim panas tiba.
“Album ini meraikan dunia semula jadi, saya cuba untuk menyampaikan perasaan saya semasa saya berada di luar. Ketika kita semua berdepan kekecewaan, kesedihan dan kekeliruan (sekarang), saya mendapatkan jawapan untuk semua persoalan itu daripada alam semula jadi.
“Saya telah belajar untuk menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan-lahan. Inilah yang berlaku (sepanjang 4 tahun ini),” ulas Lorde lagi.
Penyanyi Homemade Dynamite ini juga berkata Solar Power telah disiapkan sepenuhnya di New Zealand bersama rakan-rakannya.
Dalam pada itu, Lorde tidak sabar untuk kembali menjelajah dunia dengan siri konsertnya bagi album baharu ini.
Biarpun dia masih tidak merancangnya, namun dia teruja untuk kembali menghiburkan peminatnya di festival muzik dengan band-nya setelah dunia kembali normal.
Apa pendapat korang mengenai Power Solar? Adakah ia menepati semua expectation korang?