Menurut kenyataan tersebut, pelakon berusia 37 tahun itu akan melakukan sesi rakaman terakhir pada 30 Oktober ini.
“Pelakon Jeon So Min akan meninggalkan rancangan Running Man SBS selepas sesi rakaman terakhirnya pada 30 Oktober.
“Selepas perbincangan yang panjang dengan pasukan produksi, diputuskan bahawa dia memerlukan masa untuk berehat dan mengisi semula tenaga supaya dia boleh mempamerkan sisi yang lebih baik daripada dirinya melalui aktiviti masa depannya, termasuk lakonan.
Ads
“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada penonton yang bersama Jeon So Min selama enam tahun yang lalu, kedua-duanya ketawa dan menangis. Kami meminta sokongan dan kasih sayang anda untuk Jeon So Min pada masa hadapan,” jelasnya.
Ads
Untuk info, pelakon jelita itu menyertai rancangan kegilaan ramai tersebut bermula pada April 2017.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amalan mandi bunga ini sebenarnya bukanlah asing dalam budaya masyarakat di Asia terutamanya bagi kaum wanita.
Nenek moyang kita dahulu-kala percaya bahawa amalan mandi bunga ini berkesan bagi menaikkan aura seri wanita, membuang aura negatif diri dan memulihkan semangat.
Terbaru, perkongsian pelakon cantik Ruhainies menarik perhatian warganet apabila memuat naik foto-foto sedang merehatkan diri dengan berendam dalam tab mandi yang dipenuhi bunga. Senang kata mandi bunga la kan..hehe
Menurut beliau lagi, dia akan ke spa setiap bulan bagi mandi bunga dan juga merehatkan badan setelah penat bekerja.
Tapi ada juga dikalangan masyarakat kita keliru dan ragu-ragu tentang hukum mandi bunga ini, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan mandi bunga dibenarkan dengan syarat ia tidak disertakan dengan unsur syirik dan khurafat.
Tambahan lagi, amalan mandi bunga adalah bertujuan untuk sebagai ikhtiar diri bagi mendapatkan kesihatan badan, kesegaran dan terapi untuk memulihkan semangat.
Rata-rata warganet memuji kecantikan Ruhainies. pelakon tersebut bukan sahaja kelihatan cantik mengenakan alat solek ketika berendam, bahkan turut memakai mahkota di kepala.
Ooo ini la rahsia Ruhainies makin cantik dan glowing…okay penulis pun ank try la mandi bunga lepas ni…hiks
Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal kembali meraih perhatian warganet apabila memuat naik satu hantaran di platform Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama Norsyasya Syafiqah Shahrizal itu ada berkongsi beberapa foto dirinya di sebuah kafe bersama seorang rakannya.
“Sedang mencipta keindahan untuk kehidupan saya sendiri, one kick at a time,” coretnya di ruangan kapsyen.
Namun begitu, lain pula yang diperhatikan pengikutnya apabila rata-rata mereka mendakwa melihat penampakan ‘baby bump’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mencoretkan ucapan tahniah meskipun tiada sebarang penjelasan yang dibuat Syasya mengenai perkara tersebut.
“Oh my god, pregnant?” komen seorang pengikut.
“Baby bump aw,” tulis pengikut lain.
“Adakah Syasya…. tahniah!” komen juga seorang individu.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
Selepas itu, Syasya juga mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syasya Rizal
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai remaja yang couple hari ini sudah merancang hendak berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Kalau boleh setiap hari mahu bertemu untuk melepas rindu dendam. Syok punya cinta, bila pasangan minta buktikan tanda sayang, mereka serahkan tubuh badan.
Tahu-tahu sudah mengandung anak luar nikah pada usia muda.
Keluarga yang tak tahu apa-apa jadi keliru. Sama ada mahu nikahkan atau menghantar anak ke rumah perlindungan demi menutup malu.
Hendak dinikahkan, umur terlalu muda. Tak habis pun sekolah lagi. Perut semakin membusung dan pasti dapat malu kalau orang sekeliling tahu.
Remaja perempuan bawah 16 tahun yang nak sangat kahwin mesti dapatkan persetujuan dari mahkamah. Lelaki pula mesti bawah 18 tahun dan perlu lalui prosedur yang sama.
Baca perkongsian Pegawai Syariah, Siti Fadilah Ahmad dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor ini.
Apa dimaksudkan pernikahan bawah umur
Sebelum kebenaran nikah diberi, Mahkamah Syariah akan mengkaji dahulu kebaikan dan keburukan membabitkan pengantin lelaki dan perempuan bawah umur.
Adakah selepas berlangsungnya perkahwinan itu, jadi lebih baik atau buruk. Sebabnya kahwin bukan untuk seksual semata-mata.
Tapi kesediaan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.
Prosedur permohonan nikah bawah umur di Mahkamah Syariah
Merujuk kepada kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri, Seksyen 8 memperuntukkan:
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Berdasarkan seksyen di atas, umur minimum bagi seorang lelaki Islam ialah 18 tahun ke atas manakala bagi perempuan Islam ialah 16 tahun.
Kalau bawah dari umur itu, perlu ada membuat permohonan kebenaran nikah bawah umur di mana-mana mahkamah Syariah di Malaysia yang berbidangkuasa.
Ambil masa berapa lama?
*Biasanya selepas permohonan dihantar, dalam tempoh 21 hari akan dipanggil.
*Permohonan ini akan didengar di dalam kamar secara tertutup.
*Alasan-alasan yang kukuh mengapa pasangan bawah umur hendak berkahwin hendaklah dikemukan di hadapan Hakim Syarie.
*Selain ibu bapa atau penjaga, pasangan bawah umur juga dikehendaki hadir di hadapan Hakim.
*Alasan yang kukuh untuk berkahwin lazimnya akan mendapat kebenaran dari Hakim Syarie.
*Mahkamah boleh menolak permohonan atau menangguhkan kebenaran perkahwinan tersebut sehingga ke satu masa yang sesuai menurut pertimbangan Mahkamah.
Apa alasan selalu pasangan bawah umur berikan untuk berkahwin?
pasangan suka sama suka
sukar untuk dielakkan lagi perkahwinan kerana pasangan terlalu rapat
pasangan telahpun bersekedudukan
pasangan lari dari rumah
pasangan perempuan telahpun mengandung
telah mendapat persetujuan kedua ibu bapa atau keluarga kedua pihak dan lain-lain lagi alasan.
Apa pun alasan atau sebab yang dikemukakan, ianya terletak kepada kebijaksanaan dan budi bicara Makhamah Syariah untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut.
Kahwin untuk satu tanggungjawab, bukan untuk menutup malu tau girls. Tanggungjawab jadi isteri ini bukan kecil, semua kena buat.
Kalau orang yang dewasa pun kadangkala tension dengan perkahwinan mereka sampai ada bercerai- berai, so korang fikirlah kalau korang masih di bawah umur.
Banyak juga pasangan muda bercerai tetapi ada juga yang bahagia.
Pendek kata, betulkan naiwaitu kenapa kita mahu berkahwin. Adakah mengikut Sunah Rasulullah atau sebab nak tutup aib pasangan sudah mengandung.
Ada juga beri alasan cinta mendalam tapi ingat bukan semua perkahwinan itu mampu dihadapi dengan sabar. Hanya kematangan yang membezakan semasa membina mahligai impian.
Tapi kalau korang memang betul-betul bersedia memikul tanggungjawab, binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejarah tercipta di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila atlet silat negara, Thamaraj Vasudevan menjuarai kategori bebas Putera di Kejohanan Pencak Silat...