Tinggal lagi beberapa hari umat Islam seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan. Waktu inilah ramai yang mengambil peluang untuk mengutip pahala dengan melakukan lebih banyak ibadah.
Apa yang menariknya tahun ini, Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul bakal mengadakan solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun. Masjid itu telah diubah suai menjadi muzium pada 1934 dan tahun 2020, statusnya kembali menjadi masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai 2020. Namun, masjid itu tidak digunakan akibat sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko penularan.
Walau bagaimanapun, menurut laporan Bernama, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan ini berikut kebanyakan penduduk sudah pun divaksin dan jumlah kes baharu serta kematian semakin menurun.
Untuk info, Hagia Sophia dibina pada 532 SM dan dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul. Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Bagi individu yang pernah sampai ke Masjid Hagia Sophia ini mesti korang sudah tahu bagaimana cantiknya masjid besar ini kan? Semoga kita semua diberikan kesempatan dan peluang untuk menjejakkan kaki di masjid terindah ini. InsyaAllah!
Sumber: (1)