Selepas Adik, Kini Abang Pula Genggam Double Degree. Rozita Che Wan Syukur Allah SWT Permudahkan Urusan

Share

Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya cemerlang dalam pendidikan, menjadi impian orang tua untuk melihat anak menggenggam segulung ijazah.

Personaliti popular Malaysia, Rozita Che Wan hari ini berkongsi mengenai anak sulungnya, Ammar Effendy yang kini sudah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda berganda.

Tulisnya di laman Instagram, “Alhamdulillah, syukur Allah SWT bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela, 12 tahun menjadi ibu tunggal, dalam kepala cuma ada azam untuk besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik untuk mereka. Tidak terfikir langsung untuk diri sendiri.”

Rozita yang mesra dipanggil Che Ta kemudiannya berkongsi mengenai perjalanan pendidikan anaknya dan juga pengalaman susah payah untuk menyekolahkan mereka.

Tambahnya lagi, “Mereka dapat masuk Maktab Rendah Sains MARA lepas tu upgrade masuk ke Kolej Yayasan Saad. Mereka kemudiannya dapat straight A’s dan masuk Taylor’s University.

“Untuk kami yang pendapatan tak tetap ketika itu hendak bayar yuran Kolej yayasan Saad, memang mencanak cari duit, tetapi Allah permudahkan segalanya. Hari ini Ammar Effendy pula yang bergraduasi! Double degree dalam tangan.”

ARTIKEL BERKAITAN: “Berbaloi La Mak Hang Berkepak Cari Duit..” Anak Teruna Che Ta Genggam ‘Double Degree’

Bukan calang-calang ibu yang berjaya membesarkan anak dengan baik, ternyata penat lelah wanita anggun ini tidak sia-sia. Ammar sebelum ini cemerlang memperoleh semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Sebelum ini adiknya, Aniq Ezra terlebih dahulu bergraduasi dan tamat dan turut dianugerahkan ijazah sarjana muda berganda.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen