Jika sebelum ini kecoh isu#KempenBenderaPutih yang menjadi pedebatan rakyat dan beberapa pemimpin pembangkang bagi meminta bantuan. Malah semalam muncul Kempen Kibar Bendera Merah membantu mereka yang mempunyai haiwan peliharaan.
Terkini trending di media sosial pula #Lawan dengan mengibarkan bendera berwarna hitam. Untuk pengetahun semua, #Lawan merupakan desakan rakyat negara ini mengibarkan bendera hitam di depan rumah, kedai, jalan atau tempat yang sesuai mulai hari ini, 3 Julai untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada pemerintah.
Media Sekretariat Solidariti Rakyat memberitahu dalam kenyataan bahawa orang ramai juga diminta untuk mengambil gambar dan memuat naik media sosial pada pukul tiga petang esok, dan menggunakan tag #Lawan pada setiap siaran untuk memenuhi syarat acara tersebut.
“Parlimen seharusnya menjadi tempat untuk membincangkan dan menyelesaikan penderitaan rakyat, tetapi masih gagal untuk mengadakan pertemuan.
“Selain kegagalan kerajaan sekarang, Sekretariat Solidariti Rakyat juga meminta Tan Sri Muhyiddin untuk segera meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, segera membuka parlimen dan mengakhiri darurat,” katanya hari ini.
Kempen kibarkan bendera hitam dilancarkan setelah#KempenBenderaPutih yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan yang positif daripada orang ramai. Pada masa yang sama, kenyataan itu mengatakan bahawa Inisiatif Bendera Putih adalah manifestasi keinginan rakyat Malaysia untuk mencari nafkah.
Namun, sebentar tadi menurut laporan Kosmo, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka siasatan berhubung kempen kibar bendera hitam yang diwar-warkan menerusi laman media sosial sejak beberapa hari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kewujudan kempen tersebut dan memaklumkan satu kertas siasatan mengenainya telah dibuka.
Dah…jangan main kibar je guys!
Sumber : Utusan, Kosmo