Perkhabaran  pemain kelab Johor Darul Taazim (JDT), Safawi Rasid ke Thailand sebagai ‘rumah’ baharunya telahpun disahkan oleh Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana dan disiarkan oleh portal antarabangsa, Main Stand – International pada hari Ahad.

Selepas Berkahwin, Safawi Rasid Akan Berkelana Ke Thailand Awal 2023

Penyertaan Safawi dalam kelab Ratchaburi FC untuk bermain dalam Liga Thailand adalah peluang kedua pemain berusia 25 tahun ini bermain dengan kelab antarabangsa setelah pernah bermain untuk kelab Portimonense SC dalam Liga Premier Portugal pada tahun 2020.

Percaturan untuk mengembangkan kerjayanya juga telah dibincangkan apabila Tanawat berkata segala perjanjian telahpun diselesaikan.

Ads

“Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama pasukan kebangsaan di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami,” tambah Tanawat.

Selepas Berkahwin, Safawi Rasid Akan Berkelana Ke Thailand Awal 2023
Safawi Rasid yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Syifa Melvin.

Untuk pengetahuan, Liga Thailand merupakan salah satu liga antarabangsa yang ‘popular’ dalam kalangan pemain Malaysia setelah ramai tonggak tempatan yang pernah beraksi di sana. Ini termasuklah Dominic Tan (2019-2021, Police Tero), Shahrel Fikri (2018, Nakhon Ratchasima) dan Junior Eldstal (2021, Chonburi FC).

Selamat maju jaya Safawi!

Ads

P.S: Agaknya, Syifa akan mengekori suaminya itu tak ke Thailand? Hehe..

BACA LAGI: 28 November Jadi Detik Indah Safawi Rasid, Syifa Melvin Diijab Kabul. Shaheizy Sam Jadi Saksi – REMAJA

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI