‘Drama’ penggantungan operasi perniagaan oleh Amerika Syarikat terhadap syarikat telefon pintar China, Huawei dan Honor pada pertengahan Mei lalu nampaknya telah memasuki episod terbaru.
Untuk kita recap semula, Amerika Syarikat melalui Jabatan Pedagangan negara itu (U.S Commerce Department) telah meletakkan jenama telefon pintar dari China, Huawei dan 68 lagi jenama lain seluruh dunia ke dalam senarai hitam perdagangan mereka yang dipanggil ‘Entity List’. Ini berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas tuduhan pencerobohan sekuriti.
Lalu, Google, Android, Intel dan beberapa organisasi besar lain secara tak langsung tak dibenarkan bekerjasama dengan Huawei dan Honor (anak syarikat Huawei) dengan serta-merta kerana mereka tak dibenarkan mempunyai apa-apa perhubungan perdagangan dengan 2 jenama tersebut.
Tak sampai sebulan selepas kejadian tersebut, Huawei hari ini dilihat pantas ‘move on’ daripada situasi dipulau Amerika Syarikat dengan menandatangani sebuah perjanjian persefahaman bersama musuh ketat negara Uncle Sam iaitu Rusia!
Perjanjian di antara Huawei dan syarikat telekomunikasi Rusia bernama MTS itu adalah bagi memesatkan perancangan mereka untuk membangunkan jaringan teknologi 5G di negara China dalam tempoh setahun ini.
Ia ditandatangani hari ini oleh pemimpin tertinggi China, Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin di Moscow. Melalui perjanjian ini
Wakil kepada Guo Ping daripada Huawei berkata, pengarah mereka itu “sangat gembira” dengan perkembangan ini demi kepentingan strategik seperti 5G dan pembangunan seterusnya menggunakan kelebihan 5G.
Sebelum ini, ramai yang gusar mengenai kelangsungan hayat Huawei dan Honor selepas mereka diharamkan oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan syarikat yang pernah berdepan situasi itu seperti ZTE sebelum ini terpaksa gulung tikar kerana mereka tidak mampu bangkit semula.
Mungkinkah Huawei dan Honor akan melakukan comeback dengan lebih kuat dan berkuasa selepas ini?