Selepas Esprit Dan Zara, Kini Giliran H&M Tutup Cawangan Setelah Catat Kerugian Hampir 50%

Share

Agaknya lepas ni kita shopping dekat mana ye?

Sektor fesyen dan peruncitan antara yang teruk terkesan dengan tempoh kuarantin di seluruh dunia disebabkan Covid-19. Rasanya baru je kita dengar berita  penutupan stor fesyen seperti Esprit,Zara dan beberapa label terkenal yang mengecewakan ramai peminat fesyen.

ARTIKEL BERKAITAN

: Beralih Ke Online, Stor ZARA Akan Ditutup

So macam mana kita nak shopping ni  guys??

Terbaru, kita dikejutkan dengan berita syarikat fesyen terkenal, H&M umum akan tamatkan perkhidmatan 170 cawangan mereka di seluruh dunia pada 2020 setelah mencatatkan kerugian hampir 50% (RM1.4 bilion) daripada pendapatan bersih pada suku kedua tahun ini.

H&M pada awalnya memang bercadang mahu menutup sekitar 130 cawangan, namun jumlah tersebut terpaksa ditambah susulan daripada kerugian yang dialami dan memfokuskan pada penjualan secara dalam talian mengikut keadaan tabiat pembelian semasa.

Menurut CEO Kumpulan H&M, Helena Helmersson memberitahu pihak mereka menjangkakan pandemik COVID-19 akan memberi kesan jangka panjang terhadap tabiat pembelian pelanggan.

Ini menyebabkan syarikat akan terus melakukan perubahan dan mengadaptasikannya dengan cara bekerja syarikat ke arah perkembangan digital; lebih fleksibel, pantas dan efisyen.

Sebagaimana kita sedia maklum, akibat pandemik COVID-19 semua sektor di seluruh dunia mengalami kerugian dan paling sadis terpaksa menutup operasi mereka susulan daripada tidak mampu menjana pendapatan dan mencatatkan kerugian.

Emm….semua orang terjejas dengan Covid-19 ni kan. Tapi penulis sedih la sebab H&M antara label kegemaran penulis juga sebab ia affordable dan trendy.

Sumber: Business Insider

Published by
Nana