Selepas filem No Time To Die menangguhkan tayangannya ke bulan November, kini Sony Pictures Entertainment pula mengambil keputusan untuk menukar tarikh tayangan asal Peter Rabbit 2 dari April ke bulan Ogos tahun ini.
Filem yang dibintangi oleh Rose Byrne, Domnhall Gleeson, David Oyelowo, Elizabeth Debicki, James Corden, Margot Robbie khabarnya bakal ditayangkan pada 20 Ogos nanti ekoran daripada penularan virus COVID-19 di seluruh dunia.
Tindakan ini diambil setelah mengambil kira faktor kesihatan orang awam yang sekali gus mungkin akan mempengaruhi jumlah kutipan tiket di pawagam.
Bagus juga tindakan mereka untuk menangguhkan tayangan filem-filem box office ini kerana musim wabak sekarang membuatkan ramai yang tidak mahu keluar rumah jika tiada urusan penting.
Apa-apa pun, kami berharap agar korang sentiasa menjaga kesihatan diri dan amalkan pemakaian penutup muka sekiranya berada di luar.
Pelancong Kongsi Pengalaman Pahit Restoran Di Munich Biadap Layan Pelanggan Islam
Melancong antara aktiviti yang sangat menyeronokkan bagi kebanyakan orang. Selain dapat meneroka lokasi-lokasi cantik terutama menyaksikan pemandangan yang berbeza di Malaysia, peluang belajar dan mencuba menu masakan berbeza di sesebuah negara antara pengalaman manis bagi seorang traveller.
Di sebalik seronok melancong, ada ketika terselit pengalaman pahit terutama jika melibatkan isu makanan dan diskriminasi terhadap pelancong Islam. Pengalaman pahit ini dilalui oleh Suzana yang baru saja melancong di Munich, Jerman apabila pelayan di sebuah restoran Augustiner Am Platzl memberikan diskriminasi berbeza buat pelancong Islam sepertinya.
Ikuti pengalaman pahit seperti dikongsikannya.
13 Jun 2019, saya tiba di Munich, Jerman bersama tiga rakan berbangsa Cina untuk menjelajah Eastern Europe. Satu pengalaman yang sudah lama saya tunggu untuk melakukannya. Biar dalam jelajah secara back packers ini hanya saya muslim tapi itu bukan masalah buat kami semua yang sama-sama bersemangat untuk melakukan tour bersama-sama.
Perjalanan awal kami sangat baik dan masing-masing enjoy dengan trip ini. Dari Munich, kami berempat bergerak ke Salzburg,
Dari Munich kami gerak ke Salzburg, Budapest, Krakow, Poland, Prague, Republik Chez dan kemudian patah balik ke Munich untuk penerbangan pulang. Setiap negara atau tempat yang dijelajahi, kami tinggal dalam 3 hari. Selain berpeluang meneroka tempat-tempat tumpuan pelancong, travel dalam satu tempoh lama sememangnya amat menyeronokkan.
Sepanjang perjalanan, Allah sering memudahkan setiap urusan kami. Orang-orang yang kami jumpa di sana juga begitu mudah memberi kerjasama jika ditanya. Malah mereka sangat beriya-iya membantu menunjukkan atau menerangkan arah jalan. Ada yang boleh berbahasa inggeris. Ada yang boleh sikit-sikit. Dan yang tak boleh langsung pun, cuba juga membantu kami semua dengan menerangkannya dengan isyarat tangan.
Semasa di sana, bila keluar jalan dan singgah makan, saya terpaksa ikut rakan-rakan non-muslim. Dah tentu sangat payah hendak cari makanan halal namun saya tiada banyak pilihan di mana saya terpaksa duduk bersama rakan-rakan saya. Biasanya saya makan roti dan minum ice cappucino dan mereka makan menu di setiap restoran yang singgah.
Semua ini kerana tiada pilihan di mana saya terpaksa duduk duduk bersama rakan-rakan saya ketika mereka menikmati makanan. Hendak tunggu di luar itu negara orang. Nak merayau seorang, takut tak ingat jalan dan arah balik kedai mana.
Lagipun, wifi hanya di hostel saja. Bila duduk satu meja itu, biasanya saya cuma order minum ice cappucino atau ice latte. Dan kalau sempat, saya bawa bekal nasi goreng yang saya masak di hostel selain roti. Jika ais mudah di negara kita, tapi nampaknya dalam tour Europe ini begitu susah untuk saya dapatkan ais. Mungkin mat-mat salleh ini tak berapa gemarkan ais sebagai minuman mereka kerana amat banyak minuman dijual panas. Kalau ada pun mungkin agak terhad pilihan airnya seperti cappuccino ais. Tekak orang Melayu yang dah biasa dengan teh ais bagai tentu susah bagi saya dalam bab minuman ini. Tambahan pula ketika travel ini, cuaca panas terik disebabkan musim panas (summer).
Boleh dikatakan, di empat buah negara kami travel tiada masalah yang timbul. Maksud saya, pekerja restoran okey saja bila tengok saya makan bekal yang saya bawa, sebabnya kawan-kawan saya makan makanan di kedai tu.
Restoran biadap terhadap orang Islam
Tapi, sehari sebelum pulang ke Malaysia iaitu pada 25 Jun 2019, masa di Munich. Satu restoran di old town Munich iaitu, Augustiner Am Platzl berlaku insiden buat hati jadi panas. Pergh! Sangat biadap pekerjanya dan cara mereka cukup mendiskriminasi orang Islam yang singgah di situ.
Kami singgah masuk ke restoran tersebut. Ketika dua orang rakan saya masuk ke kedai itu dan duduk membuat pilihan makanan, seorang antara mereka tolong temankan saya ke kedai lain kerana di restoran Augustiner Am Platzl itu tiada menjual ice latte.
Kami dapat ice latte seperti saya mahukan dan selepas itu kami patah balik ke kedai dua orang kami sedang menanti. Ingatkan macam biasa la, bila rakan-rakan saya mula buat pilihan makanan untuk makan di situ, saya keluarkan minuman dan makanan yang saya bawa.
Baru saja letak cup ice latte tu, satu pelayan perempuan restoran tu sudah pandang saya dengan pandangan yang bengis (macam mak harimau nak terkam orang, tiada langsung senyuman di wajahnya). Sambil tunjuk muka bengis, dia siap buat isyarat tidak boleh bawa masuk minuman luar (mungkin nak bercakap Inggeris dia tak pandai).
Bukan itu saja dia siap hentak botol air mineral yang rakan saya bawa dan bagi tahu tak boleh bawa minum dalam restoran tu. Fuhh! Saya masa tu punya tak sabar nak menghirup ice latte dan sambil berlalu, saya bangun sebab malas nak bertekak (satu lagi kita pun tahu peraturan). Bagi saya, boleh sajakan kalau cakap elok-elok, nampak sangat mereka macam anti Islam. Bila saya bangun, saya tengok waiter perempuan tu siap panggil rakan lelakinya, masing-masing tunjuk muka bengis seolah-olah sangat benci dengan orang Muslim bertudung.
Bila tengok saya bangun, seorang rakan ikut saya kerana bimbang saya duduk seorang di luar sementara dua lagi masih di dalam restoran itu kerana makanan sudah di order. Rakan saya pun sound pada waiter lelaki yang waiter perempuan tu biadap. Boleh je kalau cakap elok-elok. Sebab kami dah pergi negara-negara lain, tak ada pula pekerja restoran biadap macam di Munich tu. Tapi waiter lelaki tu macam blur je (buat-buat blur kot).
Bagi saya, ini sajalah pengalaman tak seronok dengan orang di sana. Tak sangka pulak sehari sebelum nak balik Malaysia, jumpa juga spesis Hitler ni. Baru tadi, cerita baik-baik je pasal orang-orang di Eastern Europe tapi rupanya ada lagi spesis Hitler. Mungkin dia orang nie anti Islam kot!
Kerajaan Jepun Tawar Biasiswa Dan Belajar Di Sana Buat Pelajar Malaysia, Jom Apply!
Menerima biasiswa penuh semasa pengajian di universiti merupakan impian bagi setiap pelajar. Tidak kiralah korang sambung belajar di universiti awam atau swasta, bantuan biasiswa yang diberikan mampu meringankan beban untuk pelajar menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.
Ada berita baik untuk korang yang teringin melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit ini tapi ada masalah kewangan, terbaru Kerajaan Jepun membuka tawaran biasiswa kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di negara tersebut bagi sesi tahun 2021.
Dalam satu kenyataan daripada Kerajaan Jepun menasihatkan para pemohon yang berminat untuk membaca garis panduan dengan teliti terlebih dahulu. Setiap pemohonan haruslah melalui kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur.
Dua program yang dibuka adalah Pengajian Jepun dan Latihan Perguruan di negara tersebut. Untuk permohonan sila KLIK SINI.
Namun begitu, bagi yang ingin memohon biasiswa sudah tentulah perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Keputusan yang cemerlang tu dah memang wajib. Hiks!
Good Luck Guys!
Polis Jawab Isu Saman RM1000 Di Stesen Minyak Walaupun Pakai Pelitup Muka
Di saat orang ramai berfikir tidak perlu mengimbas aplikasi My Sejahtera kerana hanya mahu mengisi minyak tanpa masuk ke kedai serbaneka, mulai hari ini pemikiran ini perlu ditukar agar tidak menerima saman bernilai RM1000 dari pihak berkuasa.
Ini kerana orang ramai wajib mengimbas MySejahtera semasa membuat urusan di stesen minyak bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di lokasi tersebut.
Ini kerana aplikasi MYSEJAHTERA telah diperkenalkan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.
Umum telah mengetahui aplikasi itu bertujuan untuk orang ramai mendaftarkan diri sekali gus dapat mengesan sekiranya terdapat kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19.
Ia sangat penting demi pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Terbaharu, Malay Mail melaporkan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.
Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, orang ramai dinasihatkan untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.
“Hal ini dibuat sebagai langkah untuk mengesan sekiranya terdapat individu yang positif Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskpun memakai pelitup muka.
Perlu diingat! Sentiasalah amalkan SOP dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan kerajaan demi memutuskan rangkaian Covid-19 yang kian mengganas ini. Sumber : Sinar Plus/ Malay Mail