Selepas filem No Time To Die menangguhkan tayangannya ke bulan November, kini Sony Pictures Entertainment pula mengambil keputusan untuk menukar tarikh tayangan asal Peter Rabbit 2 dari April ke bulan Ogos tahun ini.
Filem yang dibintangi oleh Rose Byrne, Domnhall Gleeson, David Oyelowo, Elizabeth Debicki, James Corden, Margot Robbie khabarnya bakal ditayangkan pada 20 Ogos nanti ekoran daripada penularan virus COVID-19 di seluruh dunia.
Tindakan ini diambil setelah mengambil kira faktor kesihatan orang awam yang sekali gus mungkin akan mempengaruhi jumlah kutipan tiket di pawagam.
Bagus juga tindakan mereka untuk menangguhkan tayangan filem-filem box office ini kerana musim wabak sekarang membuatkan ramai yang tidak mahu keluar rumah jika tiada urusan penting.
Apa-apa pun, kami berharap agar korang sentiasa menjaga kesihatan diri dan amalkan pemakaian penutup muka sekiranya berada di luar.