Walau keputusan dibuatnya kurang popular di kalangan pemimpin dunia khususnya negara jiran Greece namun Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pasti dikenang sebagai pemimpin kesayangan ramai umat Islam khusus di negara pentadbirannya, Turki.

Ini kerana, tidak sampai sebulan menukar gereja yang juga muzium Warisan Dunia UNESCO, Hagia Sophia menjadi masjid dan umat Islam menunaikan solat Jumaat buat pertama kali selepas 86 tahun, terkini Presiden Turki itu sekali lagi mengumumkan satu lagi muzium yang dahulunya bekas gereja Ortodok menjadi masjid iaitu Muzium Kariye.

Dalam pengumuman semalam, Recep Tayyip Erdogan berkata, keputusan menukar Muzium Kariye sebagai masjid.

Bangunan berusia 1000 tahun itu sejarahnya amat mirip dengan Hagia Sophia. Keduanya berada di lokasi berdekatan di Eropah Istanbul. Sebelum dijadikan muzium, Kariye merupakan gereja Ortodok yang lebih dikenali dengan nama The Holy Saviour atau Gereja Chora.

Ads

Gereja itu dibangunkan di era Empayar Byzantine pada pertengahan abad. Di dalamnya dihiasi dengan lukisan Hari Kiamat yang memiliki nilai sejarah tinggi bagi penganut agama Kristian.

Selepas Hagia Sophia, Presiden Turki Tukar Muzium Kariye Jadi Masjid

Ads

Gereja ini sempat diubah menjadi Masjid Kariye setelah penaklukan Konstantinopel pada 1453 oleh kerajaan Uthmaniyyah Turki. Ia kemudian dijadikan Muzium Kariye selepas Perang Dunia ke 2 di mana Turki berubah menjadi republik dan cara yang agak sekular selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah.

Malah sekelompok sejarahwan Amerika Syarikat membantu memulihkan marmar gereja asli dan membukanya kepada umum pada 1958.

Ads

Bagaimana pun Mahkamah Pentadbiran Tertinggi Turki telah menyetujui penukaran Muzium Kariye menjadi masjid pada November tahun lalu.

Laporan AFP memetik, Erdogan berkata, walau Muzium Kariye ditukar menjadi masjid namun ia masih boleh dilawati dan dikunjungi pengunjung. Ia sangat berbeza dengan Hagia Sophia yang ditutup hanya untuk tujuan ibadah umat islam sahaja.

Perubahan status dari muzium menjadi masjid oleh Presiden Tukri Recep Tayyip Erdogan ini tetap mengundang kritikan dari pemimpin gereja yang mengatakan kunjungan ke masjid berisiko mempersendakan perpecahan agama. Namun Turki menyakinkan tapak bersejarah ini tetap terbuka kepada umum dan sejarah Kristian tetap dilindungi.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI