Kita semua sedia maklum bahawa hubungan politik dan ekonomi di antara 2 negara gergasi, China dan Amerika Syarikat (US) selalu berdepan dengan ketegangan.
Pelbagai konflik pernah tercetus pada era millennial ini. Kalau nak disenaraikan satu-persatu memang tak terkira!
Antara yang paling ‘popular’ dibahaskan termasuklah punca kehilangan pesawat MH370, pengharaman jenama telefon pintar Huawei dari China dan terbaru, penutupan bangunan kedutaan negara masing-masing di Houston dan Chendu.
Seriously, these two do not know when to stop!
Kini, timbul pula ura-ura Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ingin mengharamkan aplikasi yang dimiliki oleh China iaitu TikTok di US kerana khuatir China menggodam data peribadi rakyatnya.
Ada juga yang mengatakan bahawa pengharaman itu akan berkuatkuasa sepantas HARI INI.
Well, kami tidak boleh mengiyakan atau menafikan rasional di sebalik tuduhan Donald Trump itu dan ini sebabnya.
Pertama, sekiranya ia benar, US bukanlah negara pertama yang mengharamkannya kerana India telah berbuat sedemikian beberapa bulan lalu setelah aplikasi tersebut mencetuskan insiden bunuh diri di kalangan remaja negara itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Menggugat Kedaulatan & Nyawa Rakyat, India Haramkan TikTok
Selain itu, US juga ialah antara negara yang mempunyai pengguna TikTok paling ramai di dunia.
Tidak mustahil daripada 80 juta pengguna di seluruh dunia, kebanyakannya datang dari US. Justeru, walaupun pengusaha TikTok iaitu ByteDance menafikan mereka berkongsi data penggguna kepada kerajaan China, teori itu mungkin juga tidak mustahil. They have the power guys.
BACA JUGA: Remaja TikTok Popular Ragut Nyawa Kerana Tekanan?
Dalam kenyataan balas ByteDance, mereka membidas teori Donald Trump itu dan berkata kesemua data pengguna dari US disimpan di dalam negara Sam itu dengan backup di Singapura.
Bercakap dengan wartawan di Air Force One, Donald Trump berkata, “Kami sedang mengamati TikTok. Kami mungkin akan mengharamkan TikTok. Kami juga mungkin akan mencipta alternatif baru untuk TikTok.”
Untuk pengetahuan korang, selain India dan mungkin Amerika Syarikat, Australia juga telah bertindak untuk menolak produk Huawei dan sedang mempertimbangkan keputusan mengharamkan TikTok.