Selepas Indonesia, Demonstrasi Berlaku Di Bangkok! Simbol 3 Jari Saksi Kemarahan Rakyat

Share

Di saat ramai yang takutkan jangkitan COVID-19 jika duduk dalam kumpulan yang ramai, di negara jiran dapat disaksikan berlakunya demonstrasi secara besar-besaran. Jika sebelum ini menyaksikan Jakarta hampir lumpuh apabila protes Omnibus Law dilakukan (undang-undang omnibus adalah rang undang-undang yang merangkumi lebih dari satu aspek yang digabungkan menjadi satu undang-undang), terkini Thailand yang juga jiran terdekat juga menyaksikan rakyatnya melakukan demonstrasi besar-besaran sempena ulang tahun ke -47 pemberontakan pelajar 1973 di Bangkok.

Tunjuk perasaan yang sudah memasuki tiga bulan termasuk memprotes sistem monarki pemerintahan beraja menyaksikan ramai golongan muda mengkritik Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn tersebut biarpun menyedari mereka boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun kerana mengkritik.

Antara punca kemarahan terhadap pemerintahan beraja ini baginda lebih banyak meghabiskan masa di Jerman, membawa seramai 20 orang gundik istana dan 112 petugas diRaja untuk tinggal di negara tersebut. Dirinya disifatkan rakyat sebagai tidak menjaga kebajikan dan tak ambil peduli perihal negara terutamanya ekonomi rakyat di kawasan pedalaman.






Dan apabila tiba ulangtahun pemberontakan pelajar 1973 atau disebut Peristiwa 14 Oktober (Hari Kesedihan Besar) yang menyaksikan pemerintahan junta tentera antikomunis Thanom Kittikachorn, ia mengubah sistem politik Thailand sehingga ke hari ini. Malah dalam demonstrasi tahun itu juga menyaksikan kebangkitan dan pengaruh mahasiswa dalam rencah politik Thailand.





Pemimpin ditangkap, Bangkok larang acara kumpulan lebih 5 orang

Demonstrasi semalam juga menyaksikan dua pemimpin utama ditangkap pihak berkuasa iaitu Arnon Nampa dan Panupong Jadnok yang mana sebab mengapa mereka ditangkap tidak dinyatakan dengan jelas.

Dalam laporan The Guardian hari ini, Thailand mengeluarkan amaran darurat untuk mengekang penunjuk perasaan anti- kerajaan ini dari terus berkumpul dan setiap pertemuan tidak melebihi 5 orang sahaja.

Dalam pada itu, pemimpin mahasiswa yang diketuai oleh Panusaya Sithijirawattanakul juga dibawa pergi dalam keadaan dirinya menaiki kerusi roda malah dirinya sempat memberikan simbol tiga jari.

Dalam demonstarasi juga itu juga, kumpulan ini menuntut Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha untuk berundur dari kerusi didudukinya selain mahukan pembukaan sesi Parlimen khas untuk meluluskan pindaan rang undang-undang mengenai sektor awam dan reformasi monarki.

Published by
Almaswa Haji Che Ros